Translate

Ahad, 1 Mac 2009

Kesihatan aku terjejas teruk

Pada sekarang ini aku berada dalam tahap bertahan dari pelbagai jenis kesakitan berpunca dari pelbagai faktor juga. Sebelum ini aku sibuk dengan kerja di dalam lab aku dan terdedah kepada banyak sumber yang tidak sihat dan merbahaya. Akibatnya aku mengalami sakit kulit pada tangan sebab terdedah dengan asid, sakit kepala dan kesan buruk pada tekanan darah disebabkan terdedah dengan asap timah solder yang mengandungi unsur plumbum. Kesan lecur dan juga kepedihan pada mata juga selalu aku alaminya.

Disebabkan atas kerja dan minat aku teruskan juga walaupun sepatutnya aku perlu elak semua itu pada masa yang tertentu untuk elak kesah yang labih teruk. Sehingga sekarang ini tahap peredaran darah dan juga tekanan darah aku tidak normal dan pernah mengalami tekanan darah rendah. Pernah satu ketika aku hampir rebah dan berasa kebas. Disebabkan itu aku berasa amat takut dan fobia dengan keadaan tersebut.

Kini aku perlu masa untuk berehat dan mengambil ubat-ubat yang diperlukan untuk mengembalikan kesihatan yang lebih baik dan normal. Aku sudah ambil keputusan untuk berubah arah kepada kerja yang lebih baik dan selamat. Tapi bukanlah maksud aku nak berhenti terus dari kerja yang sebelum ni aku pernah buat. Kerja itu adalah minat aku dan bukan disebabkan duit semata-mata. Bagi aku duit tu mungkin akan datang dengan sendirinya jika kita bekerja dengan niat yang betul. Insyallah.

Pada masa akan datang aku mungkin ubah teknik kerja di dalam lab dengan alatan dan juga perkakas keselamatan kerja supaya aku tak la kena lagi macam sekarang ini. Memang berisiko. Oklah... kini aku dah tumpu kerjaya di internet semula setelah lama aku menjalani pengalaman yang memeritkan sebelum ini.