Translate

Rabu, 18 Mac 2009

Perancangan selepas ini?

Memang susah kadang kala bila nak merancang. Lebih-lebih lagi jika perancangan tersebut menjadi gagal. Tetapi kadang kala juga kegagalan itu pun berpunca daripada diri kita sendiri. Macam aku ni dah banyak kali dah merancang dan gagal. Tapi aku rasa banyak-banyak perancangan aku ni pun ada orang yang lagi banyak. Jadi setiap orang, lain-lain punya pemilikannya tersendiri.

Baru-baru ini aku baru je menemui tugasan baru dan ianya masih dalam perancangan. Tapi kali ini bagi aku ianya agak serius sebabnya memang aku serius. Makna serius ni sebab aku benar-benar sungguh untuk memperolehinya. Namun begitu kebanyakan tugasan yang aku perolehi ni ada yang terkeluar dari bidang aku dan ada yang memang bidang aku juga. Walau bagaimana pun, kalau dicongak dan didarap campur, ia akan pusing situ juga. Maksudnya ia akan berbalik kepada bidang aku balik.

Antara tugasan yang aku perolehi adalah membuat rekaan web site berdaftar untuk beberapa syarikat dan individu. Selain itu perancangan besar untuk setup syarikat secara serius dengan membuat persiapan dan perancangan yang sangat teliti. Sebab teliti kerana untuk menjamin peningkatan pada masa akan datang. Oleh itu peluang kerja juga akan dibuka. Aku dengan Brader Jimi akan berusaha untuk perancangan ini dan harapkan ianya menjadi kenyataan setelah beberapa tahun hampir tersadai disebabkan perancangan yang sangat lemah dan tiada keyakinan.

Setelah melalui pelbagai masalah, kegagalan, cemuhan dan segalanya negatif, aku sekali lagi menarik nafas sedalam-dalamnya untuk bangun semula. Memang sebelum ini aku banyak kena tibai dengan pelbagai cemuhan dan juga kutukan. Tambahan pula ada orang kurang kepercayaan terhadap diri aku sendiri disebabkan hal-hal yang lalu. Macam-macam input negatif yang aku terima sehinggakan aku hampir tidak berdaya lagi. Apa pun Allah Maha Adil. Memang adil terhadap aku dan segalanya. Semua itulah guru aku. Jika aku tidak dapat semua itu, aku tidak akan bangun dan teruskan usaha lagi walaupun pelbagai masalah terjadi. Pada hal aku sepatutnya down habis dan termenung 24 jam. Tetapi tidak. Aku tidak boleh menyerah kalah.

Kalau nak cerita panjang, susah la kat sini. Apa pun aku sedang hasilkan satu e-book Diari diri aku sebagai tatapan anda semua sebagai sumber inspirasi dan juga motivasi. Percuma je. Dah siap nanti aku akan umumkan dan berikan pada korang.

Satu lagi, aku akan laksanakan satu kursus untuk mempelajari rekacipta elektronik iaitu Kursus Asas Elektronik. Masih dalam perancangan dan memerlukan feedback dari orang ramai. Tempat dan silibus telah disediakan dan siap, hanya menunggu sambutan. Tetapi kursus ini dibuat atas permintaan orang ramai juga yang selalu melawati web site MyEnik dan memberi cadangan. Jadi setelah dipertimbangkan dan beberapa kali buat survey, jadi aku bersetuju untuk buat kursus tersebut. Ha... macam mana yang lain-lain ni? Sapa yang minat giler dengan rekacipta elektronik boleh la masuk kursus ini. Akan datang aku akan umumkan Topic kursus tersebut. Memang menarik.

p/s: Dah tak takut pada kegagalan dan rindukan kepada cemuhan.