Translate

Selasa, 31 Mac 2009

Terlepas hari penting

Hari tu aku terlepas hari penting. Member alien aku buat perjumpaan di KL sentral seperti yang pernah kami buat sebelum ini. Memang aku cadangnya nak pergi tapi masa yang ditetapkan untuk perjumpaan tersebut tidak kena masa. Sebabnya aku balik kampung. Aku cadangnya nak pergi juga walaupun masa tu aku kat kampung. Tapi sebab banyak pulak halnya bila dah sampai kat kampung, jadi cancel la nampaknya. Rasa rugi la pulak walaupun terpaksa.

Aku harapkan lepas diorang buat perjumpaan lagi dan aku akan usahakan untuk berjumpa semua alien tu nanti. Banyak cerita yang perlu aku dengar dari member-member. Itu belum lagi kalau aku buka cerita. Mahunya diorang terlopong je mendengarnya atau pun buat tak kisah sebab mungkin cerita tu dah biasa diorang dengar.

Sebelum ini pun banyak kali juga aku terlepas dari aktiviti diorang ni tapi9 masa tu tak berapa kisah sebab diorang selalu buat perjumpaan. Bila dah kurang aktiviti, rasa macam rugi sebab dah lama tak dengar cerita. Dahulunya buat aktiviti pergi ke Gong Badak, Terengganu untuk aktiviti xpdc di sana selama beberapa hari, selepas ini harapnya ada lagi xpdc seumpanya. Aku rasa dan cadangkan untuk pergi ke Teluk Panglima Garang dan Jenjarum. Sebabnya Bro Jimi ada cerita mengenai kejadian di sana. Lagi pula tempat sana tak jauh macam Terengganu.

Aku rasa juga pada waktu ini member alien sibuk dengan kerja masing-masing, termasuk la aku. Aku pulak sibuk dengan R&D yang tak habis-habis. Pada waktu yang sama juga aku sedang siapkan perancangan dan kertas kerja untuk projek aku. Memang takde siap yang suruh buat, tapi ini komitmen aku untuk perancangan masa depan. Aku selalu katakan, aku hanya mampu merancang. Selebihnya berserah pada Tuhan. Kepuasannya bila aku tidak berhenti berusaha walaupun selalu gagal. Aku tak kisah sebab aku nampak apa yang aku buat sekarang. Cuma belum masanya untuk aku dapat menerobos sempadan diri.

Rabu, 25 Mac 2009

Dapatkan bonus Percuma

Sudikah kita menjadi member? Itulah tawaran aku kepada korang yang baru dan lama masuk blog ini. Jika berminat sila isikan nama dan email korang kat sebelah kanan ni. Ianya adalah percuma sahaja. Lepas tu nanti aku akan berikan beberapa e-book yang berfaedah kepada member-member aku.

Bukan setakat e-book, malah benda-benda yang berguna seperti maklumat terkini, software, tips-tips, artikel dan sebagainya akan aku berikan percuma. Tujuannya aku nak ramai member yang boleh berhubung dan boleh berkongsi pengalaman dan cerita.

Pada masa yang sama juga aku akan berikan maklumat terkini perihal aktiviti aku dan projek-projek terbaru aku untuk pengetahuan korang. Jadi korang hanya perlu cek email selain dari lawat blog aku ni setiap hari. Manalah tau nanti kalau aku ada projek baru boleh juga bagi job kat korang yang berminat atau yang takde kerja tu. Setidak-tidaknya ada juga kerja dan boleh la join group aku nanti.

Aku offer pada yang berminat sahaja. Yang tak berminat jangan la marah-marah dan bising. Duduk diam-diam je. Yang berminat boleh isi ruangan nama dan email di sebelah kanan ini. Kemudian ikut arahan yang diberikan.

Selasa, 24 Mac 2009

Aktiviti minggu ini

Minggu ini aku balik kampung seperti biasa setiap hujung bulan atau pun awal bulan. Selain itu juga aku ada lagi aktiviti lain yang akan aku sertai dan perlu untuk aku lakukan. Aktiviti kerja memang setiap hari aku buat. Itu tak payah cerita la. Sebab dah biasa.

Kebetulan masa di kampung nanti, ada perjumpaan group UFO dengan alien-alien lama dan baru. Tapi tak pasti la ada alien baru akan hadir atau tak. Cuma aku nak juga jumpa dengan alien yang lama-lama ni. Dah lama meninggalkan perjumpaan yang dahulunya selalu sangat buat groupin' ni. Banyak cerita yang terpacul setiap mulut alien-alien ni yang aku sendiri belum pernah dengar dan yang pasti cerita mereka sangat menarik dan meningkatkan pulse otak.

Orang biasa memang tak boleh nak join group ini sebab aku takut ada orang tu yang pengsan pulak. Sebelum ini pun group ini sangat aktif sehinggakan buat xpdc ke Gong Badak, Terengganu untuk misi UFO Hunter. Terbukti memang xpdc yang tidak sia-sia. Aku nampak apa yang korang tak nampak. Cuma aku tak pengsan la sebab aku pun dah kena hack dengan alien juga. Jadi minda aku neutral.

Setelah buat contact setiap alien seperti tidak mahu berjumpa lagi. Tak tau la apa sebabnya? Tapi alien-alien ni macam nak berjumpa lagi hujung minggu ni cuma aku tak boleh beri kepercayaan penuh. Sebabnya takut semua tak hadir. Biasa la. Faham dah, sedangkan aku sendiri pun macam tu juga. Bergantung kepada Mr President. Masakan aku pernah kena maki dengan kata-kata yang kesat oleh orang yang berurusan dengan aku sampaikan diorang kata aku ni manusia ke? Jadi aku tak terkejut dengan makian tersebut sebab sememangnya aku tahu dan membuatkan aku tersenyum je.
Untuk join group ini tak susah dan mudah je. Tapi aku bukan nak promote korang masuk group ini pun dan memang aku tak bagi atas sebab-sebab tertentu. Lagi satu kalau korang orang Islam, iman tu kena kuat untuk group ini, sebab research yang diorang jalankan ini memerlukan iman yang kuat dan percaya bahawa Allah itu Maha Esa. Itu je. Kalau tak fikiran korang akan kena hack dengan bab-bab logik. Apa pun alien-alien yang hadir terdiri daripada alien yang profesional.
Kalau aku cerita korang mesti tak percaya, aku dan salah satu alien dalam group bercadang untuk membina UFO. Kat US dah ada dah tapi ramai yang tak tau. Kat Malaysia ni je belum ada lagi. Cuma aku tunggu engineer alien turun baru boleh siap dengan cepat. Kalau tak memang tak boleh siap pun. Sebabnya teknologinya sangat canggih giler dan ilmu tersebut manusia tidak mampu untuk menerimanya lagi. Teknologi yang kita ada sekarang ini terlaku kuno oleh alien. Diorang gelak je tengok teknologi kita ni, pada hal kita dah rasa cukup canggih dah. He he he...

p/s: Alien-alien dalam group itu adalah manusia seperti aku juga. Alien yang sebenar berada among us. Tak dapat dikesan. UFO yang aku nak hasilkan tu boleh siap dengan bentuk yang real tapi tak boleh terbang macam UFO normal sebab Generator yang terdapat dalam UFO asal memang manusia tak boleh buat. Jangan mimpi la. He he he

Isnin, 23 Mac 2009

Tukar pada asal

Ni tiba-tiba je blog Lepak Santai dah jadi Blog stress pulak. Sebabnya dah tak boleh buka oleh sesetengah pelawat dan juga masalah imej. Sebabnya blog ini aku modify guna banyak saluran sehinggakan ianya dah jadi celaru dan berlaku macam-macam masalah.

Oleh itu aku reset balik kepada template asal. Kemudian aku buat modify balik tapi tak keterlaluan la. Aku cuba masukkan flash tapi hanya untuk Internet Explorer saje. Bagi google Chrome tak boleh buka melainkan kena download flash player. Begitu juga untuk Mozila FireFox.

Lambat panas

Lambat panas. Itulah yang terjadi pada aku. Kalau nak buat kerja tu, bila nak masuk petang barulah kerja menjadi rancak. Pada masa tulah masa tamat kerja sudah hampir. Jadi aku ni memang lambat panas. Pagi memang slow sikit. Sebabnya aku kena buat terapi kat kepala otak aku ni. Maklumlah baru lepas dari melalui pengalaman perit. Jadi aku kena buat terapi setiap pagi untuk meneutralkan minda kau yang sudah tercemar dengan peristiwa mengerikan.

Selepas aku buat semua tu, barulah kerja aku jadi rancak. Satu lagi, aku sekarang dah tak boleh tidur lewat. Maklumlah kena rehatkan minda. OKlah... itu saja yang aku nak celoteh. Celoteh panjang nanti ada orang yang tak faham. Buang karen je. Hari ni pun yang buat aku rasa lega sebab sebahagian kerja aku sudah siap. Satu lagi, produk terbaru aku pun sudah diumumkan jualannya. Dan satu lagi aku baru umumkan kursus pertama yang akan aku buat nanti.

Rabu, 18 Mac 2009

Perancangan selepas ini?

Memang susah kadang kala bila nak merancang. Lebih-lebih lagi jika perancangan tersebut menjadi gagal. Tetapi kadang kala juga kegagalan itu pun berpunca daripada diri kita sendiri. Macam aku ni dah banyak kali dah merancang dan gagal. Tapi aku rasa banyak-banyak perancangan aku ni pun ada orang yang lagi banyak. Jadi setiap orang, lain-lain punya pemilikannya tersendiri.

Baru-baru ini aku baru je menemui tugasan baru dan ianya masih dalam perancangan. Tapi kali ini bagi aku ianya agak serius sebabnya memang aku serius. Makna serius ni sebab aku benar-benar sungguh untuk memperolehinya. Namun begitu kebanyakan tugasan yang aku perolehi ni ada yang terkeluar dari bidang aku dan ada yang memang bidang aku juga. Walau bagaimana pun, kalau dicongak dan didarap campur, ia akan pusing situ juga. Maksudnya ia akan berbalik kepada bidang aku balik.

Antara tugasan yang aku perolehi adalah membuat rekaan web site berdaftar untuk beberapa syarikat dan individu. Selain itu perancangan besar untuk setup syarikat secara serius dengan membuat persiapan dan perancangan yang sangat teliti. Sebab teliti kerana untuk menjamin peningkatan pada masa akan datang. Oleh itu peluang kerja juga akan dibuka. Aku dengan Brader Jimi akan berusaha untuk perancangan ini dan harapkan ianya menjadi kenyataan setelah beberapa tahun hampir tersadai disebabkan perancangan yang sangat lemah dan tiada keyakinan.

Setelah melalui pelbagai masalah, kegagalan, cemuhan dan segalanya negatif, aku sekali lagi menarik nafas sedalam-dalamnya untuk bangun semula. Memang sebelum ini aku banyak kena tibai dengan pelbagai cemuhan dan juga kutukan. Tambahan pula ada orang kurang kepercayaan terhadap diri aku sendiri disebabkan hal-hal yang lalu. Macam-macam input negatif yang aku terima sehinggakan aku hampir tidak berdaya lagi. Apa pun Allah Maha Adil. Memang adil terhadap aku dan segalanya. Semua itulah guru aku. Jika aku tidak dapat semua itu, aku tidak akan bangun dan teruskan usaha lagi walaupun pelbagai masalah terjadi. Pada hal aku sepatutnya down habis dan termenung 24 jam. Tetapi tidak. Aku tidak boleh menyerah kalah.

Kalau nak cerita panjang, susah la kat sini. Apa pun aku sedang hasilkan satu e-book Diari diri aku sebagai tatapan anda semua sebagai sumber inspirasi dan juga motivasi. Percuma je. Dah siap nanti aku akan umumkan dan berikan pada korang.

Satu lagi, aku akan laksanakan satu kursus untuk mempelajari rekacipta elektronik iaitu Kursus Asas Elektronik. Masih dalam perancangan dan memerlukan feedback dari orang ramai. Tempat dan silibus telah disediakan dan siap, hanya menunggu sambutan. Tetapi kursus ini dibuat atas permintaan orang ramai juga yang selalu melawati web site MyEnik dan memberi cadangan. Jadi setelah dipertimbangkan dan beberapa kali buat survey, jadi aku bersetuju untuk buat kursus tersebut. Ha... macam mana yang lain-lain ni? Sapa yang minat giler dengan rekacipta elektronik boleh la masuk kursus ini. Akan datang aku akan umumkan Topic kursus tersebut. Memang menarik.

p/s: Dah tak takut pada kegagalan dan rindukan kepada cemuhan.

Sabtu, 14 Mac 2009

Satu penyelesaian

Pernah tak dengar atau ketahui satu cerita mengenai kambing di dalam kotak? Ya kambing dalam kotak. Kalau tak nak kambing, anak kucing pun boleh.

Seorang budak telah menyuruh seorang lelaki dewasa untuk melukiskan satu gambar kambing biri-biri untuk budak itu. Atas permintaan budak itu, lelaki tersebut cuba melukis gambar biri-biri yang diminta. Setelah siap lukis lelaki tadi memberikan gambar yang dilukis kepada budak itu tadi. Setelah melihat gambar biri-biri yang dilukis, budak tadi tak berpuas hati dengan mengatakan lukisan tersebut tidak serupa dengan gambar kambing biri-biri idamannya.

Kemudian lelaki tadi melukiskan semula gambar biri-biri supaya gambar kedua yang dilukiskan itu akan memuaskan hati budak itu tadi. Namun sama juga hasilnya sehingga lelaki itu melukisnya berpuluh-puluh kali sehinggakan budak itu mendesaknya untuk melukis dengan sebenar-benar gambar kambing biri-biri yang diminta. 

Nak ditolak permintaan budak tu tak boleh pulak sebab budak tu mendesak sangat. Nak dilukis dah la tak pandai lukis. Jadi setelah berpuluh-puluh kali melukis asyik tak jadi saje, lelaki tadi dapat satu idea. Dia melukis satu kotak seperti macam yang aku lukiskan ni. Kemudian lelaki tersebut memberikan pada budak itu. Budak tu lagilah bengang. Gambar kambing biri-biri yang diminta, gambar kotak pulak yang dilukis. Untuk pengetahuan semua, budak itu memang minat dengan kambing biri-biri sebab tu dia suruh orang lukis gambar kambing biri-biri.

Budak itu bertanya kenapa lelaki tu lukis gambar kotak yang ada lubang? Lelaki tu jawab 'kambing biri-biri tu ada dalam kotak tu'. Budak itu seronok sekali kerana kambing biri-biri yang dia minat tu ada dalam kotak yang lelaki tu lukis. Lelaki tadi rasa selamat dan tak perlu lukis berulang kali lagi. Disebabkan budak tu banyak tanya, maka lelaki tu ceritalah perihal kambing biri-biri tu sehinggalah budak tu rasa benar-benar puas hati walaupun dia tak nampak pun kambing biri-biri dalam kotak tu. Semua ciri-ciri kambing biri-biri yang diidamkan tu benar-benar ada walaupun ia berada dalam kotak yang dilukiskan saje.

Ini cerita lama. Tapi aku teringat-ingat sampai sekarang. Sebabnya ada sesuatu yang tersembunyi di dalam cerita itu tadi. Aku ingatkannya sebagai satu panduan hidup. Jangan tanya aku kenapa. Korang fikirlah sendiri. Aku cuma nak kongsi cerita je.




Jumaat, 13 Mac 2009

Ada tersirat di balik tersurat

Baru-baru ini banyak betul perkara yang tidak diingini berlaku ke atas aku. Tapi aku tak kisah dan anggap ianya sebahagian dari cabaran dan dugaan hidup. Bagi aku itulah guru aku sekarang. Tapi bila difikirkan dari apa yang berlaku banyak datang dari kekuatan minda aku sendiri. Jika tumpuan minda sudah terpesong kepada sesuatu yang buruk, maka banyaklah berlaku perkara yang buruk. Jadi aku tidak boleh salahkan takdir jika aku tidak lihat pada diri aku sendiri.

Dulu masa sekolah dulu aku memang aktif dengan persatuan dan juga kelab-kelab. Jadi apa yang aku sertai pasti ada jawatan yang aku sandang. Paling cikai pun jadi AJK je. Dipendekkan cerita aku pernah menjawat jawatan presiden Kelab Bimbingan Kaunserling. Perlantikan aku atas undian ahli kelab dan aku terpaksa walaupun aku tak berapa setuju atas perlantikan tersebut. Maklumlah tugas presiden bukannya mudah dan sepatutnya perlu aktif dalam kelab. Asalnya aku suka masuk kelab tu sebab aku memang minat dengan motivasi dan program jati diri. 

Namun bukan bermakna bila aku masuk kelab tu aku menjadi orang yang bermotivasi tinggi serta merta. Sebenar tidak sebab aku sebenarnya seorang sangat pendiam dan tidak suka bersosial. Dalam kelas pun asyik dapat nombor dua dari belakang (masa sekolah rendah la). Tapi segalanya telah berubah dengan begitu mendadak sehinggakan aku tidak faham apa yang telah terjadi. Setelah menjalani kursus kaunserling di luar dan selalu membaca buku teknik pemikiran tinggi, baru aku faham. Minda aku yang memandu aku ke arah yang aku inginkan. Tanpa aku sedar minda bawah sedar aku yang melaksanakannya. Ada caranya.

Pada waktu itu (masuk sekolah menengah) apa dalam fikiran aku adalah kegemilangan, pengaruh dan tarikan bermain-main dalam minda sedar aku sehinggakan ia mengaktifkan minda bawah sedar untuk melaknakannya. Minda bawah sedar melaksanakannya tanpa aku sedar. Ini adalah benar dan benar-benar berlaku.

Itu dulu masa di sekolah. Akhirnya aku banyak lupa dan tinggalkan sedikit-demi sedikit sehinggakan teknik minda bawah sedar aku lupakan. Sehinggalah berlakunya pelbagai krisis hidup dan akhirnya aku terlalu banyak memikirkan masalah, masalah dan masalah. Jadi dari cerita sebelum ini pasti korang tahu apa yang terjadi? Ya... memang masalah yang datang satu demi satu walaupun aku cuba menanganinya dengan kepala otak yang selalu memikirkan masalah. Minda bawah sedar melaksanakannya apa yang aku fikirkan berterusan.

Mungkin korang tidak faham apa yang aku perkatakan mengenai minda bawah sedar dan minda sedar. Ada satu lagi iaitu minda infiniti. Kalau tak faham, eloklah korang rajin-rajin pergi kursus berfikir tinggi atau apa-apa yang berkaitan. Tapi apa yang aku nak rumuskan, jika ada masalah janganlah sibuk-sibuk dengan memikirkan masalah tersebut. Tenang dan fikirkan cara untuk memajukan diri supaya menjadi lebih baik lagi dan secara tidak sedar masalah yang ada pasti akan selesai. Memang sukar untuk laksanakannya. Sedangkan aku sendiri pun terasa susah untuk maintain tahap motivasi setiap hari. Wallahualam.

Khamis, 12 Mac 2009

Nak perbaiki blog

Sekarang ni aku terpaksa perbaiki blog aku yang dah tak boleh buka. Terpaksa reset balik. Lepas tu kena la modify la sikit-sikit.

Harap lepas ni ok la. Malas nak touch-up blog cantik-cantik sangat sampaikan tak boleh nak buka pulak.

Rabu, 11 Mac 2009

Patut la pun

Memang patut la pun blog ni jadi masalah kalau dibuka guna internet explorer. Tapi masalah tidak akan berlaku jika buka guna Mozila FireFox atau Google Chrome atau Netscape. Aku pun tak tau la apa puncanya. Patut la semalam aku detect takde orang yang masuk. Selalunya ada je pelawat. Aku sedar bila ada orang bagitau tak boleh masuk blog ini.

Aku cuba buka guna internet explorer memang betul tak boleh masuk. Tapi bila aku guna Mozila FireFox dan Google Chrome, ok je. Takde masalah. Masalah ini memang aku tak sedar sebab aku selalu guna Google Chrome berbanding internet explorer.

Jadi aku minta maaf atas masalah yang sering berlaku ini. Aku cuba settle masalah ini dan kalau ada sesiapa yang ada idea boleh la tolong aku.

Jatuh bangun yang memeritkan

Hari ini aku nak cerita sikit mengenai pengalaman beberapa orang yang pernah mengalami jatuh bangun dari pelbagai bidang dan cita-cita dalam kehidupan. Kehidupan ini ada turun dan naiknya dan tidak lupa juga kita jangan selalu pandang ke atas saja tapi jenguk-jenguk sikit ke bawah. Bukannya apa sebab nak bagi peringatan sikit. Maklumlah manusia ni mudah melakukan dosa dan lupa.

Satu keadaan yang biasa terjadi dan ianya memang Allah sudah rancang. Apa pun apa yang berlaku semuanya Allah nak lihat tahap kesabaran kita. Adakah kita terima dengan baik atau sekadar mengeluh setiap masa. Ada juga yang makin hamun tidak tentu pasal. Bawa bersabar dan banyak cara yang boleh kita selesaikan dengan kesabaran. Tapi tidak bermakna dengan kesabaran kita orang boleh sewenang-wenang memijak kepala kita sendiri. Bak kata orang 'mengambil kesempatan atas kesabaran dan kesusahan orang lain'. 

Jadi apakah caranya jika jatuh tersungkur? Bangun la. Bangun sendiri dan cepat sangat minta tolong orang lain jika kita masih boleh usaha sendiri. Lakukankan sebanyak mungkin jika kita sering gagal dan yang penting jangan putus asa. memang keadaan sekeliling banyak mendesak kita lebih-lebih lagi jika kita susah dan tertekan. Fikirkan positif dan tenang. Yang penting adalah senyum walaupun susah. Takut-takut orang lain pulak yang stress tengok kita selalu senyum walaupun sering ditimpa musibah. Allah Maha Adil. Ingat tu.

Di bawah ini aku nak tunjukkan satu video untuk tatapan korang. Mula-mula aku dapat video ni ingatkan satu persembahan tunjuk bakat. Rupa-rupanya tidak. Lepas tengok video ni aku terfikir 1001 persoalan tentang diri aku dan keadaan sekeliling ini. Harap korang pun boleh rasa. Heyyy... bangun la. Jangan suka sangat menuding jari kepada orang lain. Ukur diri dulu.



Sekian sajalah. Tunggu post setrusnya.

Jumaat, 6 Mac 2009

Suka melukis untuk ...

Ramai yang tidak tahu kecuali orang tertentu yang mengenali aku. Aku suka melukis dan dianugerahkan Tuhan mempunyai bakat melukis sejak kecil lagi. Jadi kalau dah kata melukis tu sudah tentu tidak lekang dengan pensil dan kertas. Sejak kecil masa tadika lagi aku memang minat dengan melukis. Tak kiralah lukis apa pun janji lukis.

Kelebihan itu aku gunakan sebaik mungkin sehinggalah banyak kali menang pertandingan melukis dan mewarna dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negeri. Itu pun atas usaha cikgu-cikgu aku dulu yang memang rajin membawa aku ke mana-mana pertandingan melukis. Jadi aku dulu memang jadi kebanggaan sekolah dan menjadi t
op student sebab banyak kali harumkan nama sekolah. Tapi bila masuk bab akedemik, memang fail. Tapi tak la teruk mana pun.

Jadi kalau aku nak luahkan perasaan aku melukis dan kalau orang tengok memang tak faham 
pun apa maksudnya. Hanya aku je yang tau. Kadang-kadang aku lukis kartun dan pernah hasilkan buku koleksi kartun aku sendiri. Tapi tak jual la. Hanya sebagai koleksi peribadi walaupun kartun aku dulu memang pernah masuk majalah kartun. Itu dulu. Sekrang ni aku kurang sikit melukis. Cuma aku tengah didik anak aku sendiri jadi pandai melukis.

Sekarang ni teknologi semakin canggih dengan macam-macam benda boleh buat termasuklah melukis guna komputer. Dengan kelebihan itulah aku sekarang dah mula minat melukis tapi guna komputer dengan menggunakan pen tablet yang aku dapat dari hadiah hari jadi aku dari isteri aku (dah tua pun dapat hadiah lagi). Memang best sebab kerja grafik aku jadi mudah. Nak melukis, edit grafik memang senang
. Dulu guna mouse agak payah sikit dan tak boleh melukis dalam komputer. 

Ada pen tablet ni kalau nak lukis kartun pun takde masalah. kalau nak buat lukisan abstrak pun takde masalah. Syukurlah atas apa yang aku perolehi ni. 

Isnin, 2 Mac 2009

Dah mula dah...

Sekarang sudah bermulalah segala-galanya kerjaya aku di internet pada masa ini. Bermula dari semalam aku sudah pun menyiapkan beberapa benda yang sudah lama yang perlu siapkan. Untuk blog MyEnik pun dah mulakan aktiviti pertama. Aku harap ianya akan mendapat sambutan hangat.

Semalam saje bila aku on YM, aku terus diserbu. Rupa-rupanya ramai betul yang menunggu kehadiran aku. Dan masa tu memang banayk persoalan yang aku terima. Apa pun aku relax je. Sebab dah biasa dah macam dulu-dulu juga. Paling ramai sekali yang minta pendapat mengenai projek dan juga diagram litar. Jadi aku cool je bagi secara percuma.

Selepas ini aku perlu ambil masa di dalam lab aku untuk siapkan produk terbaru aku yang akan aku siarkan di blog produk kreatif nanti. Di situlah nanti aku akan cerita mengenai produk baru tersebut yang dah lama aku nantikan kemunculannya.

Ahad, 1 Mac 2009

Kesihatan aku terjejas teruk

Pada sekarang ini aku berada dalam tahap bertahan dari pelbagai jenis kesakitan berpunca dari pelbagai faktor juga. Sebelum ini aku sibuk dengan kerja di dalam lab aku dan terdedah kepada banyak sumber yang tidak sihat dan merbahaya. Akibatnya aku mengalami sakit kulit pada tangan sebab terdedah dengan asid, sakit kepala dan kesan buruk pada tekanan darah disebabkan terdedah dengan asap timah solder yang mengandungi unsur plumbum. Kesan lecur dan juga kepedihan pada mata juga selalu aku alaminya.

Disebabkan atas kerja dan minat aku teruskan juga walaupun sepatutnya aku perlu elak semua itu pada masa yang tertentu untuk elak kesah yang labih teruk. Sehingga sekarang ini tahap peredaran darah dan juga tekanan darah aku tidak normal dan pernah mengalami tekanan darah rendah. Pernah satu ketika aku hampir rebah dan berasa kebas. Disebabkan itu aku berasa amat takut dan fobia dengan keadaan tersebut.

Kini aku perlu masa untuk berehat dan mengambil ubat-ubat yang diperlukan untuk mengembalikan kesihatan yang lebih baik dan normal. Aku sudah ambil keputusan untuk berubah arah kepada kerja yang lebih baik dan selamat. Tapi bukanlah maksud aku nak berhenti terus dari kerja yang sebelum ni aku pernah buat. Kerja itu adalah minat aku dan bukan disebabkan duit semata-mata. Bagi aku duit tu mungkin akan datang dengan sendirinya jika kita bekerja dengan niat yang betul. Insyallah.

Pada masa akan datang aku mungkin ubah teknik kerja di dalam lab dengan alatan dan juga perkakas keselamatan kerja supaya aku tak la kena lagi macam sekarang ini. Memang berisiko. Oklah... kini aku dah tumpu kerjaya di internet semula setelah lama aku menjalani pengalaman yang memeritkan sebelum ini.