Translate

Khamis, 3 April 2008

Terkenang masa dulu

Terkenangkan masa dulu bila mula-mula buka bisnes elektronik melalui internet. Masa tu kurang dapat sambutan sebab no promotion. Kalau dah kurang promosi so bisnes menjadi kurang sambutan dan orang pun ramai yang tak tau. Buktinya bila saya buat beberapa promosi yang agak kurang usaha, tetiba saya menerima banyak email yang mengatakan mereka tidak pernah jumpa web site seperti MyEnik sebelum ini. Dan kebanyakan dari mereka memberi ucapan tahniah dan kata-kata perangsang.

So di sini saya mula terfikir dan rasa macam pelik. Macam mana boleh jadi camtu. Saya bukan fikirkan apa yang mereka katakan tetapi saya baru terasa bahawa promosi itu memainkan peranan yang penting dalam semua bisnes. Tak kisahlah apa pun bisnes yang nak dibuat.

kemudian saya membuat beberapa promosi melalui email dan juga enjin pencari. Tidak kurang juga saya buat promosi melalui website iklan yang free dan juga memberi komen pada blog orang lain yang saya lawati. Semua ini merupakan usaha yang agak berbaloi. Kerana boleh mendatangkan hasil.

Saya ada membaca dan juga melawat beberapa laman web usahawan internet yang terkenal, mereka menyatakan promosi itu sangat penting. Jika diberikan angka 10. 1 dari 10 adalah usaha kerja seperti menyediakan produk, membuat laman web, tetapu 9 dari 10 adalah promosi. Terkejut juga saya. Adakah benar? Jawapan saya adalah benar. Untuk menjawab persoalan tersebut saya mengambil masa hampir setahun. Ianya adalah benar.

Jika saya berhenti dari mempromosi, walaupun 2-3 hari, ia boleh memberi kesan kepada bisnes. Bermakna proses promosi adalah penting dan perlu kerap. Terdapat baca cara promosi dan ianya adalah ilmu yang sepatutnya saya anda korang mesti tahu. Tapi kalau korang takde bisnes, buat apa nak promosi?