Translate

Rabu, 9 April 2008

Jadi Macam Tak Semangat

Bisnes saya dalam industri elektronik sudah menjangkau lebih dari 3 tahun. Sebenarnya lebih. Bermula dari minat bertukar kepada mencari sumber pendapatan menjadikan ia satu pengalaman yang sangat seronok.

Tindakan yang saya ambil pun takut-takut berani je. Berkat usaha dan doa, alhamdulillah menjadi kenyataan. Mula-mula nak start tu memang susah dan agak jahil dengan ilmu internet dan juga ilmu marketing. So dari situ macam-macam buku, ebook dan juga kursus free yang saya sertai semata-mata ingin mempelajari bidang yang baru bagi saya ini.

Sudah lebih 3 tahun saya melaluinya dan pelbagai kenangan pahit dan manis telah saya tempuhi. Ada yang best dan ada yang tak best. Ada yang menaikkan semangat dan ada yang membunuh semangat untuk berusaha. Banyak perkara penyebab semangat menjadi luntur, lantaran saya hampir-hampir berhenti. Namun saya tidak boleh mengaku kalah dan berhenti kerana ini merupakan satu perjuangan dan juga jihad ekonomi.

Pengalaman saya dalam MyEnik ada yang best dan ada yang tak best. Yang bestnya tak yah cerita la sebab kerja yang saya lakukan untuk orang lain tu yang membuatkan saya rasa seronok. Yang tak bestnya kalau ada orang suka ambil kesempatan. Saya pernah mengalami kerugian kerana orang tak bayar kerja yang saya lakukan. Barang dah ambil, tetapi tak bayar. Yang paling sedih sekali ada orang yang pertikaikan harga yang saya kenakan terlalu mahal sebab dia kata barang yang dibuat tu sebenarnya murah di pasaran. Memang la murah kalau beli barang tu je. Tapi bagaimana pula kos upah kerja-kerja yang saya buat? Kos pengangkutan? Kos idea? Kos elektrik? Dan banyak kos lagi la. Itu pun saya tak kenakan sebab diminta diskaun lagi. Barang dah hantar dan diambil, tetapi bayaran takde. So apa tindakan saya? Saya diamkan je dan berniat untuk sedekahkan je. Mungkin diaorang tak mampu nak bayar agaknya.

Semua itu saya anggap sebagai satu pengajaran dan perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang. Wallahualam.