Kali ini saya ingin berduskusi mengenai perihal kekalutan. Semua orang pernah merasai kekalutan. Bezanya sama ada sedikit atau pun banyak. Kekalutan terjadi bergantung kepada situasi keadaan. Ia juga bergantung kepada kerja yang kita lakukan. Jadi apakah kekalutan ini adalah satu hal yang baik untuk kita atau sebaliknya.

Itu bagi sesetengah keadaan yang mungkin berlaku kepada kita atau orang lain. Namun ada juga kekalutan menjadikan keadaan bertambah positif. Bukan bermaksud kekalutan itu perihal yang positif. Cuma ia sebagai alat atau asbab terjadinya hasil yang positif atau berjaya. Rata-rata orang akan mengatakan kekalutan itu satu yang perlu dielakkan kerana ianya bersifat negative.
Di dalam satu kumpulan terdapat beberapa ahli di dalamnya. Setiap ahli akan diberikan tugasan masing-masing mengikut kemahiran dan kelayakan. Kerja yang dilakukan sekiranya lancar dan tiada sebarang gangguan, ianya pasti diakhiri dengan satu hasil yang bagus dan normal. Namun begitu jika berlakunya kekalutan pada kerja-kerja ahli, pasti kelancaran kerja menjadi tidak sempurna dan berlaku bermacam masalah seperti kelewatan atau paling teruk adalah gagal. Jika kekalutan ini diselesaikan dengan baik, pasti hasilnya juga akan baik malah bertambah baik kerana berlaku pembaikan dari hal kekalutan itu tadi.

Hal yang demikian cara untuk mengelaknya adalah bermula pada diri sendiri. Ingat semula target utama kita dan tanya pada diri apakah kita ini sempurna untuk melakukan kerja atau tugasan yang telah diberikan. Adakah kita layak untuk menerima imbuhan dari kerja yang kita buat. Adakah layak atau sebaliknya. Fikirkan juga kemampuan kita jika dibandingkan dengan imbuhan yang kita dapat. Dan akhir sekali cek semula niat kita. Adakah niat kita itu positif atau negative?
Kekalutan berhubung kait dengan kerja dan perancangan. Jika tiada persefahaman mungkin akan berlaku kekalutan. Jika kita tiada ilmu juga boleh menjadikan kita kalut, bercelaru dan fikiran blur. Umpama tidak faham apa kerja yang dilakukan walaupun kerja sedang dilakukan. Akhirnya hasil nya juga tidak jelas.
Justeru itu, saya kini sedang berusaha ke arah yang lebih positif walaupun banyak energy negative masuk dari pelbagai arah. Pokoknya ikut pada kekuatan diri sendiri. Kemudian lihat juga kepada matlamat yang telah kita letak. Adakah masih berada di landasan yang betul atau sudah jauh menyimpang ke laut?
Saya pernah terima nasihat, "nak naik, selalulah kena tukul".