Assalamualaikum. Salam Bertemu kembali.
Sejak-sejak ini, saya sudah banyak memberi artikel dan selalu update blog. Namun blog yang paling ketara adalah blog RnD ini. Sebabnya saya dalam perancangan untuk menghasilkan banyak idea produk dan cuba mencari dana bagi menampung kos RnD saya dan grup.
Selepas cerita mengenai saya masuk dalam akhbar Berita Harian (10 tahun dulu akhbr Metro), saya dicari oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Namun urusan tersebut telah diuruskan oleh ahli grup yang dilantik sebagai PR. Ia ditugaskan untuk menguruskan semua perbincangan dan keperluan yang dikehendaki. Namun tidak semua urusan perancangan akan berhasil dan memperolehi kejayaan. Apa pun terima kasih kerana ada pihak yang sudi membiayai saya terutama sekali bayaran kos pengiklanan.
Kini saya masih mencari dana. Saya memerlukan pihak yang boleh memberi dana untuk menanggung kos RnD saya dan seterusnya mencipta kejayaan. Pengalaman saya pernah membuat permohonan kepada banyak pihak yang boleh memberikan dana. Antaranya adalah Cradle, Mosti dan beberapa individu yang bergelar jutawan. Namun semuanya gagal. Tidak memperolehi apa-apa pun malah dihentam sekeras-kerasnya.
Sebab permohonan ditolak ada banyak sebab. Kebanyakannya sebab pembahagian dana yang tidak betul dan cara yang nampak salah. Contohnya duit dana akan masuk ke akaun kroni dahulu dan dana akan diberikan jika ada keperluan. Contoh lain pula sebab kegagalan saya untuk membuktikan konsep idea berpandukan teori sedia ada. Jika saya ada teori saya sendiri, ia akan reject. Sebab mungkin juga saya bukan Albert Einsteien (ntah camne nak eja) atau Nikola Tesla atau Ibnu Sinar yang boleh cipta teori sendiri.
Jadi sekarang ini, saya banyak menggunakan dana dari duit poket saya sendiri, duit simpanan isteri saya, duit hasil jualan produk-produk saya sendiri. Dan juga duit dari sumbangan orang-orang tertentu termasuklah pihak Muzium Angkatan Tentera. Apa pun, dana yang saya dapat tidak mencukupi. Melainkan saya perlu cari duit dengan cara bekerja makan gaji atau part time.
Sebelum ini saya pernah kerja makan gaji tetapi gagal. Ingat ya, bukan berniaga saja gagal, kerja makan gaji juga boleh gagal. Saya bekerja hampir setahun semata-mata untuk tampung kehidupan dan kumpul dana sedikit tapi gaji tiada. Malah saya ada guna wang simpanan hasil jualan produk untuk melakukan kerja yang bergaji itu. Sudahlah tak bergaji, guna pula duit simpanan sendiri habis sehingga lebih RM15K.
Selama ini saya berniaga dan perniagaan saya ok. Untuk lebih ok saya tubuhkan satu team atas permintaan orang yang mana dalam team itu ada bahagian yang menguruskan marketing, sale dan pengurusan kewangan. Saya lebih kepada productions dan product technical. Pendekkan cerita, semua kerja saya yang buat dari marketing, sale sampailah ke production semua sekali saya buat. Jadi, samalah saya berniaga sorang-sorang seperti sebelum tu kan?
Kini saya bergerak sendiri lagi. Dan tidak berhasrat untuk tubuhkan team baru buat masa ini. Saya pula mula berganding semula (bukan tubuh team) dengan Brader Hisyam yang pakar dalam water fuel untuk membina satu produk water fuel terbaru dengan menggunakan plasma power dan frequency wave. Saya akan uruskan bahagian elektronik dan high voltage. Manakala Brader Hisyam 100% pada technical water fuel.
Kementerian Pertahanan sangat berminat dengan idea produk water fuel dan mahu dijadikan produk untuk tentera. Tapi kami menunggu sajalah segala keputusannya nanti. Sebab ianya diuruskan oleh bahagian PR. Jika ada ketentuan rezeki, syukur Alhamdulillah. Jika tak, saya dan Brader Hisyam akan meneruskan projek kami sendiri secara solo.
Enam tahun dahulu saya dan Brader Hisyam pernah turun sama-sama ke Kelantan untuk mencari emas untuk dijadikan sebagai modal projek. Namun pencarian itu menghampakan. Pada masa itu juga alat pengesan emas saya masih tidak sabil lagi.
Terkini, saya dan Brader Hisyam berhasrat untuk menghasilkan produk Aircond dengan menggunakan tenaga solar dan tenaga-tenaga lain. Tanpa menggunakan elektrik TNB. Ini untuk dipasang pada tempat tertentu seperti pondok guard sebagai contoh dan rumah-rumah terpencil yang takde TNB tetapi mampu untuk keluar duit beli system ini.
Pengujian pertama dengan menggunakan Air Cooler sudah berjaya. Air cooler umpama kipas saja. Jadi penggunaan solar panel kepada air cooler 100% memang menjadi. Tetapi jika disambung pada aircond walaupun horse power yang kecil sekali pun tidak menjadi. Jadi saya memerlukan masa dan kos untuk menghasilkan satu alat yang boleh dipasang pada system aircond solar ini sehingga ia menjadi. Oleh itu, jadilah ia dengan nama aircond elektrik free.
Untuk capai hasil ini, saya perlu kumpul dana semula. Cara yang lebih baik adalah kerja makan gaji semula tapi kena pastikan gaji dibayar, jika tak harulah untuk kali ketiga. Target untuk jual produk saya pun saya tidak utamakan sangat. Sebab itu saya jarang untuk buat marketing sebab tidak mampu untuk buat banyak unit produk sekali gus dan modal yang masih tidak cukup untuk membuat stok. Saya lebih utamakan tempahan saja. Siapa nak kenalah tempah dulu dengan meletakan bayaran deposit dahulu.
Translate
Sabtu, 30 Julai 2016
Jumaat, 29 Julai 2016
Selepas 2 Bulan, Inilah Hasilnya...
Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya ingin sharing sedikit mengenai system aquaponic dengan solar energy system yang telah saya hasilkan dan dibina melewati 2 bulan lalu.
Tiada apa yang menarik perhatian jika rakan-rakan seorang yang biasa-biasa saja. Apa yang saya telah hasilkan ini memang nampak biasa saja. Setakat system akuaponik dan kemudian ditambah pula dengan system solar energy. Rata-rata orang akan katakan biasa-biasa saja. Ok, tak mengapa. Perkara kecil saja.
Jadi pada kali ini saya berhasrat untuk berduskasi mengenai system solar energy ini secara terperinci. Yang mana maklumat yang saya ceritakan ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan panduan untuk yang memerlukannya. Hasil setelah dua bulan saya menguji system ini tidak mengecewakan. Ingat. Saya bukan nak menjual produk tapi sekadar menceritakan spec tentang system ini.
Secara asasnya untuk membina satu system solar power memerlukan beberapa perkakasan penting. Jika pergi ke mana-mana perkakasan atau aksessori ini adalah wajib dipasang dan ianya perlu ada. Antaranya adalah Solar panel, solar controller, power inverter dan bateri. Fungsi bagi perkakasan ini boleh saya terangkan begini secara ringkas.
Solar panel adalah satu perkakasan atau komponen yang berfungsi menerima tenaga dari pancaran cahaya matahari. Kemudian dari penerimaan cahaya itu, ia akan menukarkan kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang terhasil merupakan voltan DC atau pun arus terus. Voltan arus terus merupakan voltan seperti pada bateri dan tidak sama seperti voltan AC iaitu arus ulang-alik seperti karen pada soket dinding rumah. Kekuatan atau kuasa solar panel bergantung kepada nilai Watt. Untuk mudah, semakin besar solar panel itu, semakin tinggi nilai Watt. Nilai Watt yang tinggi berupaya untuk menghidupkan banyak alatan. Tapi perlu tahu, semakin tinggi nilai Watt, semakin tinggi pula nilai duitnya.
Selepas solar panel adalah solar controller. Fungsi alat ini mengawal dan mengatur voltan daripada solar panel. Jadi alat ini akan mengatur perjalan voltan dari solar panel untuk dihantar kepada bateri atau pun terus ke alatan luar. Bateri pula gunanya untuk menyimpan voltan dari solar panel. Kenapa perlu simpan? Ok sampai masanya saya akan cerita.
Ok, jadi untuk menghasilkan satu system lengkap ini perlulah ada beberapa perkakasan yang saya sebut tadi. Oleh itu mudahlah kerja. Rakan-rakan hanya perlu beli semua perkakasan itu dan pasang. Mudah kan? Ye, memang mudah. Jadi apa yang peliknya kat sini sebab apa yang saya buat sama juga orang lain pun boleh buat? Baiklah, memang saya akui semua orang boleh buat seperti apa yang saya ceritakan tadi. Saya ada satu pengalaman untuk dikongsikan.
Waktu daulu ketika saya baru bermula dalam sector solar power ini, saya telah cuba untuk membina satu system seperti yang saya ceritakan mula-mula tadi. Maknanya semua berpandu kepada maklumat yang diberi di dalam buku. Kemudian saya menyediakan semua perkakasan yang disenaraikan dengan lengkap. Setelah dapat semua yang diperlukan, kerja pemasangan dilakukan serta merta. Kerja pemasangan juga sangat mudah sebab pendawaian tidak memerlukan kerja pematerian. Hanya guna test pen saja.
Pemasangan solar panel, solar controller dan bateri tidak menjadi masalah. Setelah siap dipasang, ianya perlu diuji. Ternyata pengujian itu juga Berjaya dan berfungsi dengan baik. Bateri yang dipasang dicas sempurna oleh solar panel. Jadi langkah pertama Berjaya.
Kemudian saya perlu tahu atas tujuan apa untuk saya pasang system solar power ini. Ye, saya terfikir untuk hidupkan lampu dan kipas. Setelah diuji ianya berfungsi dengan baik kerana ianya disambung terus ke bateri. Ok saya Berjaya.
Ok sekali lagi saya berjaya.
Hmmm... rakan-rakan ada perasan tak? Baca balik perenggan atas ini lagi. Perasan?
Saya berjaya sebab bateri dicas oleh solar panel. Saya berjaya sebab lampu dan kipas berfungsi selepas saya sambung ke bateri.
Nah itu silapnya. Saya sambung terus ke bateri. Sememangnya lampu dan kipas akan berfungsi kerana disambung terus ke bateri. Lampu dan kipas itu pula menggunakan voltan 12 VDC. Jadi ia memang benar-benar berfungsi. Bila dilihat balik fungsi solar panel hanya untuk cas bateri dan tidak Nampak lagi ia menghidupkan kipas dan lampu secara terus tanpa ada bateri. Jadi saya putuskan sambungan bateri dan solar panel sekarang bersambungan terus kepada lampu dan kipas. Apakah akan terjadi?
Lampu dan kipas berfungsi tetapi tidak sama seperti mula-mula dia berfungsi tadi. Lampu malap sikit dan kipas tidak laju berpusing. Apabila keadaan agak mendung sikit, langsung kedua-dua berhenti berfungsi. Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya guna solar panel 12 volt 5 Watt.
Bateri yang saya guna adalah 12 volt. Ketika matahari terik, voltan yang bterhasil pada solar panel adalah 13 volt ++. Jadi voltan ini adalah hamper sesuai untuk cas bateri 12 volt. Untuk pengetahuan rakan-rakan, untuk cas bateri, apa-apa voltan bateri sekali pun, untuk cas perlu voltan lebih sedikit dari voltan bateri. Contohnya bateri 12 volt dan nilai voltan cas adalah 13.5v hingga 14v, atau bateri 6 volt nilai cas adalah 7.5volt.
Ketika waktu mendung, voltan solar panel akan susut kepada 10 volt atau 8 volt. Pada voltan ini, bateri tidak boleh dicas lagi sebab... voltan tidak mencukupi untuk cas bateri. Ok, itu asas. Biar saya cerita asas dulu.
Jadi untuk saya onkan lampu dan kipas terus dari solar panel, perlu Watt yang lebih tinggi dan voltan juga perlu tinggi sedikit lagi. Tidak lagi slar panel 12 volt. Saya tukar kepada solar panel 18 volt 5 Watt. Yes, ini memang power walaupun ia masih dalam kategori rendah.
Kipas dan lampu berfungsi dengan baik walaupun keadaan sedikit mendung. Kemudian saya masukkan semula bateri yang mula-mula saya cabutkan. Solar panel sekarang boleh cas bateri dan menghidupkan sekali kipas dan lampu. Ianya berterusan sehingga ke waktu malam. pada waktu malam, kipas dan lampu berfugsi atas sebab disambung kepada bateri.
Jadi Nampak asasnya ye? Ok berbalik kepada akuaponik dan system solar tadi, satu perkakas yang penting dan belum saya terangkan adalah power inverter. Apa tujuan power inverter ini?
Saya berhasrat untuk membina satu system akuaponik yang boleh dipasang di rumah-rumah. Yang mana system akuaponik ini merupakan system penenaman pokok di ats dan pelihara ikan di bawahnya. Sistem aliran air akan mengalir berterusan atau secara berjadual yang komponen asasnya adalah motor pam air. Kemudian saya fikir adalah lebih baik pam air ini berfungsi 100% dengan solar panel sahaja. Pam air pula berfungsi dengan voltan AC 220Volt. Voltan AC boleh dapat pada soket dinding rumah. Saya tidak berhasrat untuk menggunakan tenaga dari TNB. Tujuan utama hanya guna solar power 100%. Oleh itu saya menggunakan Power Inverter. Fungsinya menukarkan voltan 12 dari bateri menjadi voltan 220V AC.
Bagi penggunaan power inverter, saya guna jenis yang ada di pasaran sebagai permulaan untuk pengujian sahaja. Setelah diuji, ia berfungsi dengan baik tetapi ianya disambung terus dari bateri. Jadi, system berfungsi dengan baik. Secara ringkasnya, solar panel akan cas bateri melalui solar controller kepada bateri. Kemudian power inverter akan menukarkan kepada voltan AC untuk menghidupkan pam air. Langkah pertama Berjaya.
Langkah seterusnya saya membina satu power inverter sendiri dengan menggunakan beberapa komponen dan transformer. Ia menjadi dan berfungsi dengan baik.
Langkah seterusnya saya berhasrat untuk menghidupkan pam air tanpa menggunakan bateri pada waktu siang. Maknanya hanya guna tenaga elektrik daripada solar panel sahaja. Jadi di sini cara penyambungan alatan adalah, solar panel ke solar controller dan terus ke power inverter. Power inverter akan onkan pam air. Adakah idea ini berhasil? Pada waktu ini saya menggunakan solar panel 18 volt dan 5 Watt sahaja.
Setelah dibuat penyambung dan ianya diuji. Ternyata tidak berfungsi walaupun ketika matahari terik. Saya menggunakan power interter yang dibeli dan ianya tidak berfungsi. Kemudian saya cuba tukar dengan power inverter yang saya hasilkan sendiri. Masih juga tidak berfungsi. Jadi percubaan kali ini gagal.
Sistem akuaponik sudah siap dibina. Ianya dibina tana system pam air yang menggunakan solar panel. Hanya guna kuasa dari TNB.
Bermula dari saat itu, saya telah membuat satu power inverter lain. Menggunakan kuasa yang kecil dan berupaya untuk menerima kuasa yang tinggi tanpa masalah gagal atau rosak. Saya bina dua jenis power inverter yang berlainan tetapi kecekapan yang hampir sama. Ubah suai banyak dilakukan sehinggalah tiba saat untunk diuji. Ternyata ianya berjaya setelah beberapa kali dibuat pengujian.
Kini, solar panel sahaja sudah boleh menghidupkan pam air secara berterusan selagi matahari dalam keadaan terik. Pam berfungsi dengan baik tanpa penyambungan bateri.
solaraquaponics from Mohd Azrai Bin Mohd Aris on Vimeo.
Satu masalah timbul kerana pam air tidak stabil kerana keadaan cahaya matahari tidak tetap. Apabila mendung sedikit saja, pam akan berhenti. Apabila matahari terik kembali, pam air berfungsi semula. Keadaan itu berlarutan sehingga saya tukar solar panel kepada watt yang lebih tinggi lagi. Saya tukar kepada 10 watt pula. Kali ini system berfungsi dengan baik. Pam air sentiasa berfungsi pada waktu siang walaupun matahari terlindung sedikit.
Sistem akuaponik solar energy telah berjaya berfungsi dengan sepenuhnya. Setelah berusaha menghasilkan power inverter khas untuk pam air ini kini ia beroperasi dengan dua unit pam air serentak. Pada waktu malam, pam air akan berfungsi dengan sambungan inverter kepada bateri. Bateri yang sesuai adalah bateri kereta 12volt kerana pam air boleh berfungsi semalaman sehingga ke esok harinya. Solar panel akan cas semula bateri sehingga penuh. Namun begitu jika ada di antara rakan-rakan yang tahu mengenai pengiraan tepat untuk system solar energy ini pasti akan banyak persoalan timbul. Namun begitu lihat saja pada hasilnya. Untuk lebih detail, bolehlah masuk ke bengkel anjuran saya nanti. Di situ saya akan ajar dan terangkan cara kendalian yang lebih terperinci lagi.
solaraquaponic from Mohd Azrai Bin Mohd Aris on Vimeo.
Jika saya cabut bateri, system ini akan beroperasi hanya pada waktu matahari ada sahaja. Pada waktu malam system ini akan berhenti. Sistem aquaponik ini juga boleh dijadikan kolam ikan dengan air pancut yang menggunakan pam air 100% guna tenaga elektrik dari solar panel. Tidak perlu pasang bateri jika ingin jimat lagi atau mahu ia berfungsi di waktu siang hari sahaja.
Penggunaan motor pam air adalah atas pemilihan saya. Ini kerana ianya dipilih berdasarkan beberapa kali ujian yang telah dilakukan. Motor pam yang sesuai adalah motor pam 2 Watt sahaja. Penggunaan tenaga yang redah. Namun begitu tekan air pula rendah dan tidak mampu untuk mengalirkan air pada jarak lebih dari satu kaki panjangnya. Motor pam 3 waat atau 4 watt juga boleh digunakan kerana saya telah menguji dua unit motor pam bergerak serentak menggunakan inverter dan solar panel yang sama.
Pemilihan motor pam jenis AC juga memang menjadi keutamaan saya. Pertamanya ia mudah diperolehi. Kedua ia jenis tahan lasak dan kalis air. Ketiga ia boleh digunakan pada jangka waktu yang lama. Ada yang juga yang bertanya jika boleh menggunakan motor DC 12V dan menggunakan terus dari solar panel atau bateri. Jawapan saya adalah tidak sesuai. Pertamanya motor jenis DC ini walaupun agak power tetapi bukan direka untuk ia bekerja pada jangka waktu yang lama. Kedua, ia tidak kalis air. Ketiga, ia mudah rosak kerana motor DC jenis yang digunakan itu adalah jenis brush dan boleh menyebabkan haus. Manakala motor pam yang saya pilih adalah jenis induction, tiada sentuhan berlaku. Jadi selama mana ia digunakan tidak mudah rosak. Saya pernah ujinya sehingga ke 300VAC dan ia masih berfungsi walaupun air pancut dengan laju sekali.
Oleh itu, system aquaponik ini telah duji dan telah pun ditetapkan penggunaan peralatan yang sepatutnya. Saya tidak galakkan untuk buat ubahsuai. Jika ubahsuai menjadi berfungsi, tak apalah. Tapi jika tidak berfungsi atau rosak disebabkan ubah suai tersebut, saya tidak bertanggungjawab.
Jika anda tidak suka aquaponik, anda boleh tukar menjadi system air pancut untuk kolam atau system penapisan air secara kitaran.
Berminat dengan system ini dan teringin nak buat satu untuk dipasang di rumah atau pejabat atau sekolah-sekolah, boleh lah ke laman web ini untuk tempahan di www.mydekonovasi.com.

Khamis, 28 Julai 2016
Impak Maksima Terkesima
Assalamualaikum. Salam bertemu kembali. Semoga rakan-rakan semua ceria hendaknya.
Kali ini saya ingin berduskusi mengenai perihal kekalutan. Semua orang pernah merasai kekalutan. Bezanya sama ada sedikit atau pun banyak. Kekalutan terjadi bergantung kepada situasi keadaan. Ia juga bergantung kepada kerja yang kita lakukan. Jadi apakah kekalutan ini adalah satu hal yang baik untuk kita atau sebaliknya.
Dalam usaha saya melakuka kerja RnD dengan pelbagai macam produk untuk diuji dan dibangunkan, kekalutan sering terjadi sekiranya hal-hal yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, kita bukan menghendakinya dan sudah tentu kita tidak mahu justeru kita mengelak sekeras mungkin. Kekalutan menyebabkan kerja menjadi tidak terurus dan seterusnya ia menjadi tidak normal. Akhirnya kita gagal.
Itu bagi sesetengah keadaan yang mungkin berlaku kepada kita atau orang lain. Namun ada juga kekalutan menjadikan keadaan bertambah positif. Bukan bermaksud kekalutan itu perihal yang positif. Cuma ia sebagai alat atau asbab terjadinya hasil yang positif atau berjaya. Rata-rata orang akan mengatakan kekalutan itu satu yang perlu dielakkan kerana ianya bersifat negative.
Di dalam satu kumpulan terdapat beberapa ahli di dalamnya. Setiap ahli akan diberikan tugasan masing-masing mengikut kemahiran dan kelayakan. Kerja yang dilakukan sekiranya lancar dan tiada sebarang gangguan, ianya pasti diakhiri dengan satu hasil yang bagus dan normal. Namun begitu jika berlakunya kekalutan pada kerja-kerja ahli, pasti kelancaran kerja menjadi tidak sempurna dan berlaku bermacam masalah seperti kelewatan atau paling teruk adalah gagal. Jika kekalutan ini diselesaikan dengan baik, pasti hasilnya juga akan baik malah bertambah baik kerana berlaku pembaikan dari hal kekalutan itu tadi.
Impian setiap ahli di dalam kumpulan berkehendakkan hasil yang boleh dirasai bersama. Keadaan ini merupakan normal berbentuk positif. Jika berlaku perkara yang negative pula seperti salah seorang ahli mempunyai sifat tamak atau pun tidak mampu bersabar dengan tekanan kerja, pasti akan berlaku lagi kekalutan. Jadi rasa tidak puas hati atau keadaan negative ini tidak mungkin dapat dibendung secara total. Bukan semua boleh dijadikan positif. Pasti adanya negative di dalam diri walaupun sedikit.
Hal yang demikian cara untuk mengelaknya adalah bermula pada diri sendiri. Ingat semula target utama kita dan tanya pada diri apakah kita ini sempurna untuk melakukan kerja atau tugasan yang telah diberikan. Adakah kita layak untuk menerima imbuhan dari kerja yang kita buat. Adakah layak atau sebaliknya. Fikirkan juga kemampuan kita jika dibandingkan dengan imbuhan yang kita dapat. Dan akhir sekali cek semula niat kita. Adakah niat kita itu positif atau negative?
Kekalutan berhubung kait dengan kerja dan perancangan. Jika tiada persefahaman mungkin akan berlaku kekalutan. Jika kita tiada ilmu juga boleh menjadikan kita kalut, bercelaru dan fikiran blur. Umpama tidak faham apa kerja yang dilakukan walaupun kerja sedang dilakukan. Akhirnya hasil nya juga tidak jelas.
Justeru itu, saya kini sedang berusaha ke arah yang lebih positif walaupun banyak energy negative masuk dari pelbagai arah. Pokoknya ikut pada kekuatan diri sendiri. Kemudian lihat juga kepada matlamat yang telah kita letak. Adakah masih berada di landasan yang betul atau sudah jauh menyimpang ke laut?
Saya pernah terima nasihat, "nak naik, selalulah kena tukul".

Ahad, 24 Julai 2016
Produk dibuat macam nak gila...
Selamat hari raya maaf zahir batin. Mood raya masih ada lagi. Sekiranya saya ada salah dan silap harap maafkan kesalahan saya.
Kali ini saya ingin bercerita sedikit mengenai produk terbaru saya yang baru saja saya siapkan. Siap sahaja produk ini saya telah lancarkan jualan secara kecil kecilan dahulu. Yang mana saya jual kepada kawan-kawan dan kenalan saya saja. Jualan untuk orang awam masih belum lagi dibuka.
Namun begitu belum sempat dibuka jualan lebih besar lagi, produk baru ini telah diceritakan di dalam surat khabar Berita Harian. Produk ini biasa saja. Tapi dengan fungsi yang pelbagai dan terdapat tambahan fungsi yang istimewa, produk ini menjadi perhatian akhbar.
Produk yang saya maksudkan adalah beg solar power mudah alih. Kalau dah namanya beg sudah tentu ianya mudah alih. Jadi fungsi tambahan yang saya masukkan ke dalam beg solar ini adalah fungsi Tesla. Jika anda tahu, tesla itu adalah nama orang. Tesla dahulunya seorang perekacipta yang telah mencipta banyak idea inovasi. Antaranya adalah menara kuasa. Menara kuasa beliau boleh menghantar tenaga elektrik melalui udara saja. Tak perlu kepada wayar atau kabel besar. Hanya wireless. Kalau anda nak tau Tesla dah lama mati sebab dia hidup pun dah lama zaman sekali dengan Thomas Edison. Thomas Edison tu kenal tak? Pun tak tau juga?
Baiklah. Cerita sikit pasal dua orang ni. Tak wajib tau pun, tapi untuk pengetahuan saja ye. Thomas Edison antara orang yang paling banyak menghasilkan idea rekacipta. Rasanya dia masih pemegang rekod orang yang mencipta inovasi paling banyak. Antara rekaan dia yang popular adalah mentol lampu yang kita guna sampai sekarang ini. Disebabkan dia popular dan berada di kalangan orang putih, jadi dialah orang pertama yang mencipta mentol. Kemudian dia juga berjaya menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan orang awam. Tesla pula merupakan seorang pembantu Thomas Edison. Maknanya Tesla pernah bekerja di bawah Edison. Tesla seorang yang genius. Sebabkan dia orang putih juga, jadi dia popular. Tesla berjaya menghasilkan elektrik juga sama seperti Edison. Bezanya, Edison menghasilkan voltan DC, manakala Tesla pula menghasilkan voltan AC. Jadi DC dan AC tu ape pula. Silalah google untuk maklumat lanjut.
Pendekkan cerita. Tesla menggunakan hasil penemuan voltan AC dia tu untuk mencipta beberapa idea inovasi. Antaranya adalah menara kuasa. Kemudian saya menggunakan teknologi Tesla ini untuk dimasukkan ke dalam system beg solar saya. Hasilnya sangat baik dan nampak seperti lain dari yang lain. Haa... lepas ni ada la yang nak tiru tu. Takpe lah... nak tiru pun takpe. Cuma jangan la claim idea tu saya yang ciplak dari orang lain pula ye. Sebab produk ini sudah menjadi hakcipta saya.
Satu lagi anda perlu tahu. Produk yang saya hasilkan ini bukanlah produk yang benar-benar baru dan takde lagi orang buat. Silap tu. Sudah ada pun orang buat. Bezanya saya membuat penambah baik dan tambahan fungsi saja. Jadi ia nampak lain dari yang lain.
Sedikit mengenai beg solar ini. Cerita mengenai RnD yang telah saya lakukan berulang-ulang kali dan beberapa kegagalan yang berlaku. Dengan modal cukup-cukup makan saja, saya telah membuat beberapa ujikaji dan ujian terhadap beberapa komponen untuk menghasilkan beg solar power ini. Dengan kekangan modal yang ada, hanya beberapa komponen saja yang dapat saya beli. Manakala komponen-komponen lain memang sudah ada dalam stok lama saya.
Bermulanya idea ini tercetus dari tahun 2013 lagi. Pada ketika itu saya dapat projek dari seorang student IPT untuk menghasilkan power bank yang menggunakan punca kuasa dari matahari atau solar panel. Jadi saya buat projek tersebut sehingga berjaya dan projek berfungsi dengan baik. Pada ketika itu apa yang saya buat memang ikut buku bulat-bulat. Projek diuji dengan baik. Ia berfungsi seperti apa yang diharapkan. Kemudian projek habis begitu saja selepas diserahkan kepada student tadi.
Dari situ timbul idea. Idea untuk buat semula solar power beg tu. Tapi proses pembikinan tidak terus dibuat. Kerjanya sedikit demi sedikit. Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan. Malah dari tahun demi tahun. Seperti yang saya bagitau tadi, sebab kekangan modal projek menjadi lambat.
Dalam tempoh perjalanan masa tadi, saya telah beberapa kali membuat pengujian terhadap kaedah solar panel mengecas bateri dan cara kerja power inverter. Jadinya, masa yang ada saya gunakan untuk menguji litar power inverter. Kemudian membuat rujukan terutama di internet seperti google dan youtube. Dengan ada kemudahan internet, saya membuat rujukan yang berkaitan dengan projek saya ini. Namun begitu, kekangan kewangan menjadi penghalang. Saya terpaksa mencari kerja yang sesuai untuk menapung kos sara diri dan keluarga dan pada masa yang sama juga menampung kos projek saya. Ada yang bertanya kenapa tidak minta dana kewangan untuk pembiayaan projek? Ada buat tapi tak dapat dan tak bagi. Cradle, Mosti, TPM dan macam-maca lagi dah minta, tapi semua kena reject. Oh ya baru teringat, sapalah saya ni. Belajar sekolah pondok je. Sapa nak pandang. Rugi je bagi duit pada saya. Baik bagi pada kroni je. Barulah masyuk ye tak?.
Dengan bekerja mungkin saya boleh menampung kos projek sebagai tambahan. Ditambahkan lagi dengan duit hasil penjualan produk yang sedia ada. Tapi apakan daya. Semuanya atas ketentuan Allah. Bekerja selama 6 bulan tapi tiada gaji. Pengiraan matematik saya gagal. Perancangan saya gagal lagi. Mungkin silap saya kerana mengharapkan duit gaji yang saya kerja sehinggakan terpaksa menggunakan keseluruhan duit simpanan saya sehingga zero. Dan bermula di situ pelbagai masalah timbul disebabkan tiada modal lagi.
Rezeki itu milik Allah. Dan Allah berhak untuk memberi kepada siapa saja. Saya cuba bangun semula. Nak bekerja dengan orang dah takut sebab masih dalam troma. Akhirnya saya memulakan semua bisnes saya semula secara full time. Dahulunya secara part time saja. Dalam tempoh masa di waktu saya tiada pekerjaan tetap lagi, projek bermula semula setelah terbiar begitu lama. Pada bulan Ramadhan lalu, saya berjaya habiskan RnD saya dan menyiapkan projek dengan jayanya. Alhamdulillah. Malah dua produk solar power telah pun dihasilkan. Duit modal projek dapat dari duit orang yang memberi pinjam. Itulah yang saya mampu.
Kini saya bersyukur kepada Allah yang memberi rezeki dan peluang untuk saya mencorak semula perjalanan kerja dan tugasan pada masa akan dating. Sedikit demi sedikit saya menapak kembali demi kemudahan orang lain. Apa yang saya buat ini kerana Allah demi kemudahan manusia terutama rakyat Malaysia. Saya perlukan sokongan anda. Maafkan saya jika saya ada buat salah. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi kaya raya. Sekadar hidup selesa, aman damai dan boleh menghasilkan banyak produk untuk kemudahan orang. Jika saya berhutang, saya akan bayar. Bezanya lambat atau cepat saja.

Langgan:
Catatan (Atom)