Assalamalaikum. Salam kembali. Sudah begitu lama sekali aku online dan update post untuk blog ini. Umpama mati hidup semula. Semuanya ada sejarah tersendiri dan ada cerita disebaliknya.
Kini aku terpanggil untuk update post blog ini kerana sudah tiba masanya untuk aku meluahkan isi hati ini yang sudah lama terpendam. Biarlah apa pun mereka katakan asalkan aku tetap dengan cara tersendiri.
Kini tiba tahun 2014 yang sudah lamanya aku seperti tidak berbuat apa apa yang boleh menampakkan hasil yang menarik. Seperti juga ramai yang tertunggu apa lagi yang akan aku tunjukkan. Sehinggakan setelah kian lama masa berlalu sehingga hampir 2 tahun menyepi, semuanya lari meninggalkan penantian itu. Aku dapat merasainya dan tidak kisah jika ada yang lain juga rasa.
2014 menjanjikan pelbagai habuan yang tidak pernah aku terfikir. Semuanya ketentuan Allah. Biar aku sendiri saja yang bekerja bergolek terlentang siang dan malam. Biarkan juga ada kata kata kecil menggeletek lubang telinga ini namun aku masih dengan cara aku. Usaha saja. Selebihnya serah pada Illahi. Biarkan penat dan sengsara sekali pun, namun tidak sekali aku akan merungut dan memaki. Sebab dari kecil aku dididik untuk bersabar dan bersyukur dengan apa yang aku dapat.
Beberapa tahun kebelakangan ini aku seperti tidak berbuat apa apa. Walhal 24 jam bersengkang mata melakukan kerja. Segala penat dan kesakitan ditolak ketepi. Segala tohmahan dan makian aku telankan juga. Dan tidak kurang juga ada yang memuji. Namun pujian bukanlah yang aku impikan. Bukan juga caci makian yang aku senangi. Tapi kefahaman itu lebih penting. Tiada persefahaman akan berlaku kepincangan. Akan berlaku jarak perhubungan dan akan terjadinya kedengkian yang dipersetankan. Akhirnya halatuju menjadi sebutan saja. Impian menjadi pudar dan perjalanan membingungkan.
Segala apa yang aku lalui pada masa lalu banyak menjadikan seorang pemikir sepenuh masa. Apa yang aku tempuhi meninggalkan kesan yang berbeza untuk setiap hal. Namun aku amat rasa bersalah atas apa yang telah berlaku. Semuanya hampir kepada salah aku yang menyebabkan sejarah dulu tercipta. Bagaikan aku merasai luka yang sangat dalam sehingga kini masih aku rasai.
Jika aku boleh undurkan masa, semua masalah dulu boleh aku elak. Tapi tidak boleh. Hanya yang boleh adalah terima hakikat dan perbaiki kelemahan. Niat aku nak tebus semula kegagalan yang lalu. Namun ia amat sukar sekali untuk dilakukan kerana ianya hampir tidak masuk akal. Seolah olah tiada ruang untuk menebus semua kegagalan lalu. Hanya Allah sajalah yang aku harapkan untuk merubah keadaan tersebut.
Jika dulu boleh dikatakan aku tewas namun bukan bermakna aku tersungkur. 2014 lebih menjanjikan banyak peluang yang besar. Cumanya, apa yang aku peroleh sekarang ini atas sebab kegagalan dahulu. Berjaya besar sekali pun tetapi banyak melibatkan jiwa lain sengsara. Bagaimana mungkin boleh aku biarkan kekecewaan orang lain penyebab aku berjaya sekarang. Tidak mungkin.
Apa yang boleh aku buat adalah membantu semula. Membantu memulihkan sejarah lalu. Sejarah tetap jadi sejarah. Namun sejarah lama boleh dilanjutkan menjadi happy ending. Itu impian aku. Tidak sesekali aku membenarkan orang lain kecundang atas kerana membenarkan untuk aku berjaya. Jika itu terjadi dan biarkan ia berlalu maka hati ini akan menjadi resah gelisah.
Aku nak hidup lama dengan aman. Tanpa sebarang konflik dan kecelaruan. Hidup aman di dunia dan akhirat nanti. Bukan hidup di dunia aman tetapi orang lain yang terima hampasnya. Tetapi hidup diakhirat tersiksa. Semua tu aku tak nak. Dan aku bukan jenis begitu.
Doa aku semoga kejayaan yang aku perolehi nanti dapat membantu dan menebus kembali kegagalan dulu. Amin