Langkau ke kandungan utama

Aktiviti terancang

Assalamualaikum dan salam ceria.
Bersua kembali. Kali ini saya bahasakan diri dengan panggilan saya pula. Apabila mood Ramadhan menjelma lagi, segala galanya perlu berubah. Mulakan dengan satu niat yang baik dan laksanakannya dengan tertib. Insyaallah.
Pada awal Ramadhan saya memulakan puasa di kampung. Tidak seperti Ramadhan yang lepas lepas semua mula berpuasa di rumah sendiri. Kecuali masa muda remaja dulu saya pernah mula berpuasa di luar kawasan tempat tinggal. Pada masa itu saya mendapat tugasan bekerja di area pantai timur. Mula mula memang kekok. Tapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan pula.
Bagi saya itu adalah permulaan yang memberi pengalaman yang tidak boleh dilepaskan mungkin akan menjadi ingatan sampai bila bila.
Buat masa kini saya telah memulakan tugasan yang sudah lama saya tidak lakukan seperti dulu. Membuat kerja naik taraf dan pembangunan produk baru dan lama. Atau pun buat kerja R&D sendiri. Tanpa ada pembiaya atau pelabur dana dari luar, saya melakukan kerja R&D dengan kos yang ditanggung sendiri. Bukan mudah ye. Itu lebih baik daripada meminta atau mengemis daripada orang lain atau pihak2 tertentu. Lagi pun memang sukar pun untuk dapatkan dana atau bantuan dari mana mana institusi. Ditambahkan pula dengan status saya sebagai orang perseorangan yang melakukan kerja ini tanpa ada hubung kait dengan mana mana institusi, lagilah susah dan mereka kurang mempercayainya. Jika diminta sekali pun dan pada sessi presentation pun juga saya teruk dihentam dan ditekan agar saya tidak mampu menjawab dan melupakan hasrat murni saya yang sudah lama saya impikan. Mungkin silap saya juga sebab membuatkan mereka susah nak faham idea gila saya dan pastinya mereka susah serta tidak boleh terima walaupun prototaip ada di depan mata mereka.
Memanglah saya hanya lakukannya sendiri tanpa ikatan dan kerjasama dari pihak yang lebih mereka percaya atau dari mana mana universiti, tapi saya sedih akan hal ini. Nak berkhidmat untuk negara pun susah.  Apa yang sebenarnya keadaan sekarang mahukan adalah apa yang mereka inginkan sebenarnya. Untuk membenarkan hasrat dan harapan saya terlaksana adalah mustahil bagi mereka. Perkara yang sama juga terjadi kepada beberapa kawan inventor yang lain. Malah perkara terburuk seperti meminta duit bawah meja juga pernah terjadi dan perkara ini saya dan rakan seperjuangan sangat membencinya. Seolah olah bukan bakat yang dibenarkan tetapi pengaruh wanglah yang mereka utamakan. Oklah habis di sini. Biarlah ia habis begitu dan saya tak mahu membesarkan hal sebegini selepas ini. Jangan ada sesiapa yang pertikaikan jika tidak saya bagi renjatan elektrik sehingga cedera parah nanti.
Melakukan kerja R&D guna kos sendiri memang baik jika kosnya mencukupi. Jika kos tidak cukup maka hasrat kerja naiktaraf dan pembangunan produk terpaksa ditangguhkan dahulu sehingga dapat balik kos pembiayaan. Oleh itu hasil jualan produk kreatif inilah yang saya gunakan sebahagian untuk menampung kos R&D saya. Dan terima kasih serta bersyukur saya kepada pelanggan yang membeli dan memberi sokongan kepada dalam bentuk kewangan bagi mengumpul dana untuk merealisasikan kerja saya ini. Alhamdulillah.
Jadi secara peribadinya saya lebih suka buat kerja guna duit sendiri yang saya kumpul sedikit demi sedikit daripada saya memohon dana daripada pihak yang memang tak nak bagi walaupun ada peruntukan. Prosidur sudah ikut dengan betul dan jayanya. Saya juga sudah bosan dengan macam macam tawaran dari banyak pihak dan menjanjikan itu ini. Macam macam... yang kenal menteri itu inilah, yang kenal ceo itu inilah, yang kenal ketua pemudalah, yang ada link dengan perdana menteri luar negaralah, yang ada link dengan kerabat rajalah, yang kenal dengan jutawan itu inilah.... semua sampah! Jangan marah haaa...  apa pun memang sampah! Hehehe...
Buat masa kini ada beberapa produk yang masih dalam pembangunan dan jika selesai maka produk tersebut akan terus dikomersialkan. Mungkin ada yang sedia maklum mengenai produk saya terkini. Apa yang ada sekarang adalah beberapa produk yang sudah terjual secara konsisten. Antaranya adalah alat pengesan logam BB, PI2, BFB dan pin pointer. Produk lain seperti dark sensor terpaksa dihentikan jualan sebab perlu R&D semula. Manakala produk terbaru akan keluar adalah lampu automatik PIR dengan solar panel, alarm pintu, lampu pintu kereta tanpa wayar dan itu saja setakat ini. Itu pun jika dana mencukupi barulah produk baru tadi akan dijual.
Alhamdulillah syukur dengan apa yang saya perolehi setakat ini. Pencapaian saya setakat ini boleh dikata membanggakan. Paling tidak, masa kerja dan masa dengan keluarga dapat dibahagikan dengan teratur dan bijak. Saya berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menentukan perjalanan hidup saya ini. Amin
Terima kasih.
P/s: Gambar: Lawatan pengurus2 dari Technology Park Malaysia ke lab saya di Melaka untuk melihat sendiri kerja saya dan memastikan saya cakap tak serupa bikin.... Apa pun mereka2 ini telah menjadi kawan baik di TPM.

Catatan popular daripada blog ini

Konsep free energy

Mungkin ada yang salah anggap apabila dikatakan free energy di mana tenaga yang dijana adalah percuma semata-mata tanpa perlu penambahan dan juga perlu mengeluarkan kos untuk menghasilkan tenaga percuma tersebut. Inilah yang dikatakan free energy. Rata-rata yang beranggapan free energy sama seperti kaedah solar panel yang menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenega elektrik secara percuma. Begitu juga dengan kaedah tenaga angin melalui pemusingan turbin generator yang dipasang di tempat yang berangin tiup kuat. Bagi aku semua kaedah tersebut masih belum 100% free energy kerana ia memerlukan sokongan untuk mencapai jumlah tenaga yang diperlukan. Setelah lama aku membuat pemerhatian dan juga beberapa ujikaji serta teori berkaitan dengan free energy, ianya 100% boleh dilaksanakan. Tetapi ianya seolah-olah sukar untuk dilasanakan atau dijadi kenyataan. Ia bersangkut paut dengan sensitiviti pihak-pihak tertentu. Sebagai contohnya seperti terciptanya kenderaan elektrik atau kenderaan

Litar converter dan inverter

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Adakah anda tahu akan litar inverter dan litar converter. Ok baik, kali ini saya sentuh bab agak advance sikit. Kepada yang baru mula belajar atau baru kenal komponen bab ini anda boleh baca dan ikuti. Jika anda sukar untuk faham itu tidak mengapa. Ini adalah sambungan dari topik solar panel sebelum ini. Persoalannya bolehkah solar panel yang bersaiz kecil berupaya untuk cas bateri yang mempunyai nilai volt yang tinggi seperti 12 volt? Jawapan saya adalah boleh. Bagaimana caranya? Dengan penambahan litar converter. Apakah litar converter dan inverter? Ada pelbagai versi jawapan. Saya akan terangkan dan anda boleh nilaikan sendiri. Litar converter berfungsi menukar nilai voltan masuk kepada satu nilai tertentu pada keluaran. Contoh voltan masuk 5 volt, keluaran pula 10 volt. Contoh lain, voltan masuk 8 volt dan keluaran pula 4 volt. Voltan biasanya adalah DC atau arus terus. Ada juga litar converter yang berfungsi menukarkan voltan positi

Selepas 2 Bulan, Inilah Hasilnya...

Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya ingin sharing sedikit mengenai system aquaponic dengan solar energy system yang telah saya hasilkan dan dibina melewati 2 bulan lalu. Tiada apa yang menarik perhatian jika rakan-rakan seorang yang biasa-biasa saja. Apa yang saya telah hasilkan ini memang nampak biasa saja. Setakat system akuaponik dan kemudian ditambah pula dengan system solar energy. Rata-rata orang akan katakan biasa-biasa saja. Ok, tak mengapa. Perkara kecil saja. Jadi pada kali ini saya berhasrat untuk berduskasi mengenai system solar energy ini secara terperinci. Yang mana maklumat yang saya ceritakan ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan panduan untuk yang memerlukannya. Hasil setelah dua bulan saya menguji system ini tidak mengecewakan. Ingat. Saya bukan nak menjual produk tapi sekadar menceritakan spec tentang system ini. Secara asasnya untuk membina satu system solar power memerlukan beberapa perkakasan penting. Jika pergi ke mana-mana perkakasan atau aks