Translate

Ahad, 20 April 2014

Kembali terjalin perhubungan neutron

Assalamualaikum,  salam terhormat kepada pembaca dan pemikir.
Kini aku sendiri bergerak memulakan perbicaraan di dalam blog lama ini. Tujuan utama adalah melahirkan rasa hati yang selama ini aku menyimpannya. Bukan maksud aku menyuarakan ketidakpuasan hati ini atau meluahkan rasa amarah hati. Bukan. Aku tak perlu lakukan semua itu.
Perjalanan menghadapi hidup ini memerlukan bimbingan serta panduan yang betul dan lurus. Manakala kita perlu mengikutnya dan istiqamah mengekalkan kualiti kehidupan setiap masa. Namun bukan mudah.
Setiap hari aku menjalani kehidupan ini dengan menempuhi pelbagai suasana yang baik dan buruk. Apa yang terjadi sesuatu perkara itu dihadapan mata ianya memberi 1000 makna dan pengajaran sekiranya kita berfikir akan apa yang tuhan hendak tunjukkan. Peranan aku adalah berfikir dan ambil pengajaran.
Setiap hari kita menghadap menyembah Allah yang Maha Esa, memohon perlindungan dan diampunkan dosa.  Interaksi tersebut melahirkan keadaan seperti kejadian kejadian berlaku di hadapan kita sama ada secara langsung atau tidak sebagai satu mesej dari apa yang kita minta. Semua situasi yang berlaku sebenarnya memaksa aku untuk berfikir baik dan buruk akan kesannya. Akhirnya aku perlu merumus keputusan dari kejadian yang berlaku dengan ilmu dan berfikir baik buruknya lagi sebagai panduan akan datang.
Setelah banyak yang aku lalui, dan banyak kejadian yang berlaku baru baru ini dan juga yang lepas lepas, ia menggambarkan satu mesej yang perlu difikirkan untuk dijadikan iktibar pengajaran hidup. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik walaupun kita sendiri mengatakan kitalah yang paling baik. Namun masih ada lagi orang menyatakan kita belum cukup baik. Semua bergantung kepada hati. Dan itulah yang tuhan hendak kita fikirkan atas sebab yang terjadi. Itu pun jika Allah jadikan kita ini dari orang orang boleh berfikir dan selalu mengambil ikhtibar.
Dipendekkan ruang, kejadian yang berlaku pada diri aku ini dalam tempuh sebelum ini memberikan banyak peringatan. Peringatan pada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Namun apa yang menimpa pada aku baru baru ini bukan sesuatu yang malang, sedih atau bala. Kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan juga adalah satu bentuk mesej yang tidak boleh aku biarkan.  Kerana satu perkara baik atau kejayaan itu bukanlah bentuk penamat di dunia ini. Aku tidak anggap kejayaan aku kini adalah penamatnya dan aku telah berjaya. Sangat takut rasanya satu nikmat kejayaan yang Allah berikan kepada kita namun aku hanya berdiam gembira. Tunggulah babak seterusnya.
Insyaallah aku cuba mengatur perjalanan ini semula mengikut mesej mesej yang telah disampaikan menerusi pelbagai kejadian yang telah berlaku. Mengatur kembali ke lorong yang betul. Tidak lagi terkeluar dari landasan kepincangan. Memperbaiki setiap masa kelemahan dalam hidup dan menaikan kualiti hidup sebagai batu loncatan ke alam akhirat nanti.
Biarlah nilai dunia ini kosong, namun penuhilah kekosongan itu untuk kehidupan seterusnya di akhirat kelak.
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad saw.
Sekian