Dalam kehidupan ini kita perlu dan mesti menghadapi pelbagai rintangan mahupun dugaan. Tetapi tidak semua orang yang mampu untuk menghadapinya dan lain orang lain pula karenahnya. Termasuklah diri aku sendiri. Terlalu sukar untuk orang lain mengenali karenah aku dan pendirian aku. Aku umpama sumpah-sumpah yang sering bertukar-tukar karekter dan keadaan. Mengikut kajian, orang seperti ini perlu berhati-hati dan berjaga-jaga apabila berurusan dengannya atau menghadapinya. Jangan cuba untuk mendalami karekter orang seperti ini kerana keadaannya sering berubah-ubah dan sukar untuk membaca fikirannya boleh menyebabkan orang lain tertekan.
Bukan itu sebenarnya yang ingin aku sentuh. Cuma sekadar pengetahuan dan pemberitahuan sahaja. Dan aku sangat terkilan dengan beberapa hal yang telah menimpa rakan-rakan aku yang mengalami kesusahan. Terkilannya sebab aku tidak mampu untuk membantu pada saat ini. Aku doakan semoga Allah memberi kemudahan dan memberi ketabahan di dalam hati supaya dapat menghadapi dugaan hidup.
Walaupun aku pun mengalami kesukaran, tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesusahan sahabat yang dahulunya selalu memberi dorongan dan pernah memberi pertolongan di kala aku susah dahulu. Dia tolong aku dengan ikhlas dan bukan dengan bersyarat bagai. Amat kasihan sekali apabila dia mengalami kesukaran hidup di tengah-tengah kemewahan kota. Namun diri dia sangat tabah menghadapinya dan di saat ini memerlukan bantuan dan pertolongan dari kawan-kawannya. Bagi aku, hanya doa dan kata-kata semangat sajalah yang mampu aku bagi.
Kami sekepala. Tidak timbul rasa iri hati atau ingin berlebih-lebih. Jika aku susah, dia bantu sikit. Kalau dia susah, aku bantu sikit setakat yang mampu. Dan tidak timbul 'kau hutang aku, aku hutang kau'. Sebabnya, dengan izin Allah ianya akan terbayar juga jika masing-masing ikhlas dan tidak ada perasaan iri hati membangga-bangga diri. Kita tidak tahu perasaan yang tersirat di dalam hati orang lain melainkan Allah memberikan connection antara satu sama lain. Asalkan kita ikhlas dan tidak timbul syak yang negatif.
Dunia ini bulat dan kecil. Tiada tempat untuk kita lari. Dan bagi aku, ke mana lagi untuk aku lari sebab aku sentiasa menunggu. Cuma cara aku yang tersendiri menghadapi sesuatu perkara menampakkan tekanan yang kuat sukar untuk orang lain baca. Pe'el aku pula hanya bercakap sekali. Begitu juga jika aku dengar ungkapan orang lain juga sekali saja. Tidak perlu diulang berkali-kali. Tidak perlu ditekankan banyak kali.
Aku dengan sahabat sukakan hutan. Walaupun aku bukan pakar dalam ilmu hutan, tetapi hutanlah salah satu tempat untuk reformat disk dan defrag file yang dah banyak terabur. Untuk perancangan akan datang ini aku berhasrat untuk masuk hutan lagi. Dahulu selalu pergi balik hari, tapi kali ini mungkin lama sikit. Aku tidak kisahlah kalau ada pulak yang kata aku pergi bertapa dalam hutan atau gua. Memang aku selalu bertapa tapi bukan dalam hutan atau gua tetapi dalam lab. Dan jangan pula ada yang marah kalau duduk dalam lab bertapa. Jangan ada yang tidak senang kalau aku selalu buat R&D saja. Terima kasih atas nasihat tersebut, tetapi itulah kerja aku. Dan janganlah marah jika aku tidak menunjukkan apa-apa hasil lagi. Jangan paksa aku. Jika itu pun ada yang rasa tertekan, aku pula 100 kali lebih rasa tertekan dengan kerja aku.
Insyaallah, kesenangan yang Allah bagi bukan untuk diri kita sahaja. Tetapi ianya dikongsi bersama. Apalah sangat jika dapat bantu sahabat aku yang susah tu dengan bantuan yang dapat meringankan beban dia. Apa pun tiada paksaan untuk memberi bantuan. Ikut kepada ikhlas di hati tanpa mengharapkan sesuatu pulangan walaupun ianya satu perancangan sahaja. Kita hanya mampu merancangan dan Allah sebenar-benarnya yang menentukan hasilnya nanti. Jangan marah jika orang yang merancang itu gagal. Setidak-tidaknya dia berusaha merancang, berusaha dan tawakkal.
Untuk isteri aku, terima kasih banyak-banyak sebab memahami kerjaya aku walaupun aku selalu bertapa dalam lab. Tanggungjawab kepada Allah dan keluarga aku tidak pernah lupa beb. Korang tak nampak jangan memandai buat cerita dusta.
Translate
Jumaat, 22 Oktober 2010
Isnin, 18 Oktober 2010
Belanjawan kaitan dengan perancangan dulu...
Baru-baru ini PM kita telah membentangkan belajawan 2011 yang rata-ratanya banyak memberi impak positif kepada rakyat Malaysia secara umumnya. Itu seperti yang dibentangkan di parlimen tempoh hari. Jadi aku tak reti nak komen lebih lebih tentang hal tersebut melainkan PM ada menyentuh mengenai suntikan dana dan menggalakkan penggunaan dan penghasilan teknologi hijau. Ya... itulah yang aku tengah buat dan sudah lama aku menceburinya sejak 2 tahun lalu. Tapi tiada hasil lagi sebab masalah lorong yang tidak betul.
Mungkin ada yang rasa hairan apa yang menjadikan ia lorong yang salah. Aku pun hairan juga. Tapi tak mengapalah sebab aku sudah usaha dan untuk tahun depan aku cuba lagi. Cuma mungkin aku mula awal pada tahun ini dan kebetulan aku punya pelabur sudah pun tengok perkembangan projek aku baru-baru ini. Apa pun aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada pelabur yang memahami tugas aku dan perancangan aku waktu ini. Maknanya aku cakap sekali sudah cukup. Tak perlu untuk aku ulang banyak-banyak kali alasan yang sama. Nanti terganggu fikiran aku dan tugas aku yang tak seberapa ini. Memang terbaik...
Kepada Abang Fared teruskan usaha menaik taraf hydrogen car dia. Controller yang dia suruh aku reka tu pun sudah siap lama cuma belum ada kesempatan untuk ke lab dia di Damansara. Ada rezeki aku sampailah di sana. Begitu juga dengan Producer Shahrizan yang sudah lama aku tak pergi office dia. Dah banyak kali berjanji tapi aku pulak banyak kali bertangguh. Sibuk dengan urusan yang tidak seberapa ini. Kepada member-member yang ingin sangat berjumpa dengan aku, harap maaf sebab aku terpaksa jadi halimunan sekejap. Sampai masa aku muncul dengan suasana yang sangat drastik sekali. Jangan risau pasal aku.
Jika ada rezeki, insyaallah awal tahun hadapan akan termeterai MOU dengan IYC (International Youth Center) berlokasi di Cheras. Perjanjian bekerjasama dengan pihak IYC untuk mengadakan program kepada belia-belia rakan muda yang lebih cenderung kepada inovasi. Untuk masa-masa tertentu setiap bulan aku akan buat seminar dan kursus mengenai inovasi kepada belia-belia. Projek ini disokong sepenuhnya oleh kerajaan dan kementerian belia dan sukan. Memang terbaik dan projek ini dibantu oleh 2 pembantu setia aku yang sangat setia.
Produk peribadi aku yang terbaru adalah alat pengesan logam pintar. Alat ini direka untuk aku saja yang sesuai untuk aktiviti di dalam hutan dan untuk beberapa fungsi tertentu. Ia mempunyai binaan dalaman sensor emf, storm detector, ultrasonic detector. Ia disertakan dengan lampu LED ultrabright dan UV. Satu lagi yang penting ia mempunyai sensor ion dan penghalau binatang buas dan nyamuk elektronik. Sebenarnya alat ini aku reka khas untuk group My UFO dot net. Tapi tulah... presiden macam tak berminat je. Mungkin sebab aku tak tunjuk lagi alat ini. Aku just bagitau melalui sms je... So, pastinya alat ini untuk diri aku sendiri untuk kegunaan masuk hutan tak lama lagi.
Mungkin ada yang rasa hairan apa yang menjadikan ia lorong yang salah. Aku pun hairan juga. Tapi tak mengapalah sebab aku sudah usaha dan untuk tahun depan aku cuba lagi. Cuma mungkin aku mula awal pada tahun ini dan kebetulan aku punya pelabur sudah pun tengok perkembangan projek aku baru-baru ini. Apa pun aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada pelabur yang memahami tugas aku dan perancangan aku waktu ini. Maknanya aku cakap sekali sudah cukup. Tak perlu untuk aku ulang banyak-banyak kali alasan yang sama. Nanti terganggu fikiran aku dan tugas aku yang tak seberapa ini. Memang terbaik...
Kepada Abang Fared teruskan usaha menaik taraf hydrogen car dia. Controller yang dia suruh aku reka tu pun sudah siap lama cuma belum ada kesempatan untuk ke lab dia di Damansara. Ada rezeki aku sampailah di sana. Begitu juga dengan Producer Shahrizan yang sudah lama aku tak pergi office dia. Dah banyak kali berjanji tapi aku pulak banyak kali bertangguh. Sibuk dengan urusan yang tidak seberapa ini. Kepada member-member yang ingin sangat berjumpa dengan aku, harap maaf sebab aku terpaksa jadi halimunan sekejap. Sampai masa aku muncul dengan suasana yang sangat drastik sekali. Jangan risau pasal aku.
Jika ada rezeki, insyaallah awal tahun hadapan akan termeterai MOU dengan IYC (International Youth Center) berlokasi di Cheras. Perjanjian bekerjasama dengan pihak IYC untuk mengadakan program kepada belia-belia rakan muda yang lebih cenderung kepada inovasi. Untuk masa-masa tertentu setiap bulan aku akan buat seminar dan kursus mengenai inovasi kepada belia-belia. Projek ini disokong sepenuhnya oleh kerajaan dan kementerian belia dan sukan. Memang terbaik dan projek ini dibantu oleh 2 pembantu setia aku yang sangat setia.
Last sekali mengenai R&D terbaru aku. Aku telah memulakan semula R&D green technology yang ditangguhkan 5 bulan lalu. Memang kelam kabut dan kepala otak selalu panas sebab processor dalam kepala aktif sangat. Jadi faham-faham jelah ye. Aku tidak suka diganggu. Jika ada urusan, silalah berhubung dengan PA aku dahulu.
Apa produk terbaru? Buat masa ini tiada produk terbaru akan keluar tetapi beberapa produk terbaru tersebut sudah standby untuk dikeluarkan nanti (mungkin selepas siap R&D yang terbaru). Antaranya seperti, door knob alarm, mesin terapi, penghalau serangga dan binatang perosak, lukah elektronik, beat frequency oscilator metal detector, emf detector meter, regulator untuk motorsikal dan kereta, smart blinking car brake lamp dan lampu solar taman versi baru.
Berubah segalanya di sini...
Dalam menjalani kehidupan ini aku sering kali merasai pelbagai perasaan yang jarang sekali aku merasai sebelum ini. Mungkin juga kerana pengalaman yang jarang-jarang dilalui membuatkan aku rasa tidak begitu biasa dan agak kekok. Sejak dari bulan Ramadhan sehingga kini aku belum dapat update blog aku ini mahu pun blog-blog yang lain. Bukan sahaja disebabkan kesibukan tetapi banyak alasan lain yang membuatkan aku tidak dapat mengemaskini seperti biasa.
Aku masih lagi terasa kesedihan walaupun ke hari ini dengan pemergian atuk perempuan (nenek) aku selama-lamanya. Pemergian arwah sangat dirasai walaupun arwah pergi sebab sakit tua dengan umur yang sangat lanjut sekali. Bila dikenangkan kisah silam, zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling dirasai aku bersama arwah. Itu hanyalah kenangan silam. Yang pergi tetap pergi. Tinggal aku yang ntah bila lagi.
Aku di dunia ini perlu meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Apalah sangat hidup di dunia yang penuh dengan kepalsuan ini dan pinjaman semata-mata. Jika dibandingkan dengan kehidupan kekal di akhirat kelak. Tiada yang bernilai di dunia ini melainkan amal takwa.
Apa pun tanggungjawab perlu diselesaikan juga sebagai satu kewajipan. Urusan kekeluargaan, pekerjaan, keagamaan dan pelbagai urusan penting lagi semata-mata kerana Allah perlu diteruskan. Melakukan apa jua urusan asalkan tidak terkeluar dari landasan agama, sudah mencukupi menjadikan kita berada di lorong yang betul dan tidak menyimpang jauh terhanyut entah ke mana.
Pada masa ini, aku masih lagi menjalankan projek lama dan ada juga beberapa projek baru. Semua ini kritikal dan membuatkan aku terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga lajut ke waktu malam. Biar sibuk sekarang, sebab target aku untuk kurangkan kerja setelah urusan awal ini selesai. Memang nampak sukar untuk dilaksanakan walaupun atas kertas kerja nampak mudah. Tapi siapa yang mampu ketahui apa yang aku rasai kerana terlalu berat untuk dilaksanakan. Perancangan tetap perancangan. Merancang dan gagal, gagal merancang dan merancang dan berjaya adalah perkara biasa dalam tindak tanduk dan keputusan. Namun tidak semua apa yang dirancangan akan berjaya. Kerana tiada kejayaan tanpa kegagalan. Cuma jangan diulangkan lagi perkara yang sama.
Aku banyak membuat perancangan. Alhamdulillah ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya. Namun aku masih merancang dan selebihnya aku usaha dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Adakah dengan merancang kita pasti akan berjaya 100%? Adakah benar jika kita gagal bermakna kita salah merancang? Adakah benar kita dianggap sebagai seorang yang tidak berbuat apa-apa sekiranya orang melihat kita gagal? Adakah dengan kejayaan kita pada hari ini kita anggap kita yang terbaik melakukan perancangan? dan menganggap orang yang gagal itu tidak pernah merancang? Adakah benar dengan usaha sekali itu akan membuahkan hasil yang besar? dan melihat orang yang gagal itu tidak sebagai berusaha? Adakah dengan hanya melihat kertas kerja sahaja terus menganggap orang tersebut telah berjaya?
Apa pun aku masih berusaha (merancang, bertindak dan tawakkal)...

Langgan:
Catatan (Atom)