Translate

Jumaat, 2 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat tahun baru 2009. Apakah azam tahun baru 2009 ini? Adakah azam tahun lepas sudah tertunai atau tercapai ke tak? Bagi aku masih belum tercapai lagi azam yang lepas-lepas. Nampak gayanya kenalah sambung balik azam tahun lepas. Atau pun kenalah tukar azam yang lebih mudah nak dicapai.

Bila sebut pasal azam ni mestilah ada kena mengena dengan tahun baru. Tak kiralah tahun baru Islam atau tahun baru kalendar barat. Semuanya ada berunsurkan keazaman. Aku agak susah sikit nak capai azam yang dulu-dulu. banyak tahun dah azam tak tercapai. Semua perancangan tak tercapai dan ada yang kurang sempurna sehinggakan ia menjadi tidak tercapai. Kalau perancangan dah tercapai, sudah tentukan ianya menggembirakan. Tapi jika tidak tercapai, sudah tentu ianya mengecewakan. Apa pun aku nasihatkan supaya jangan kecewa jika azam tidak tercapai. Normal la tu.

Tahun lepas aku dengan Bro Jimi bekerjasama menjual e-book informasi menjana kewangan secara sambilan dan sepenuh masa. Secara keseluruhannya penjualan tidak memberangsangkan kerana banyak faktor yang sepatutnya aku dan Bro Jimi tidak patut lakukan. Banyak kelemahan yang melanda disebabkan kekurangan ilmu dan strategi pengurusan perniagaan. Akhirnya penjualan tidak begitu menguntungkan. Dari situ aku dan Bro Jimi belajar sesuatu yang boleh digunakan untuk strategi seterusnya. Pada 2009 ini aku akan teruskan penjualan e-book tersebut tetapi akan ditukarkan nama atau tajuk e-book tersebut. Atau mungkin juga aku akan kekalkan tajuk tersebut.

Selanjutnya aku akan urus semula MyEnik dan juga beberapa bisnes yang tersadai umpama mati segan hidup tak mahu. Kali ini aku akan memerlukan bantuan dari tenaga luar seperti bro Jimi dan Shahrul untuk memantapkan lagi pengaruh perniagaan. Insyaallah aku tengah usahakan untuk meminta bantuan kerajaan dan juga memerlukan dana untuk projek rekacipta aku.

Selebihnya aku harap korang semua termasuk member-member dapat memberi sokongan dan doa bagi membolehkan aku hidup bernafas sekali lagi setelah dilanda tsunami yang menyebabkan aku haru biru. Kini aku bangkit semula setelah berjaya keluar dari ancaman yang sentiasa mengancam aku.