Kemungkinan segala masalah aku dengan MyEnik akan berakhir untuk masa terdekat ini setelah berbulan lamanya aku menanggung derita dengan masalah orang yang tak bertanggungjawab yang memang suka memusnahkan impian orang seperti aku ni. Kalau nak ceritakan, panjang ceritanya. Tapi masih dalam siasatan, so aku tak boleh nak cakap banyak la. Apa pun tunggu jelah.
Masalah yang berlaku selama berbulan lamanya ini memang aku jarang ceritakan dalam blog ini walaupun hati aku ni tak senang nak berdiam diri. Apa pun biarlah aku pendamkan aje. Cuma kalau ada masalah lain tu memang aku cerita pada umum. Disebabkan masalah ini aku menanggung banyak kerugian dan hilang banyak maklumat pelanggan Myenik seperti nama, nombor telefon dan alamat.
Masalah yang berlaku ini juga menyebabkan akaun bank aku tak boleh digunakan untuk transaksi untuk bisness sebab duit dalam simpanan asyik ghaib aje. Masih dalam siasatan. Begitu juga dengan web site MyEnik dan juga akaun e-mail yang berkaitan rapat antara satu sama lain. Yang paling sayang sekali adalah mailing list MyEnik. Sebab itu kalau korang perasan web site MyEnik macam tu aje. Takde update apa-apa maklumat. Sebab tak boleh.
Kini untuk sementara waktu sehingga masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin, aku banyak kali guna blog MyEnik untuk update maklumat. Itu je takat yang aku mampu. Ada juga yang tanya aku tahap konfiden Myenik pada masa akan datang ini setelah sudah ok? Aku jawab Insyaallah selepas ini akan lebih bagus dan lebih yakin lagi. Banyak perubahan akan berlaku termasuklah juga dengan cara pembelian dan pembayaran. Satu lagi aku akan pasang agen untuk setiap negeri seperti produk boleh diperolehi di kedai-kedai terpilih sahaja.
Oklah... aku tak mau cerita banyak pasal masalah ni. Biar aku yang tanggung sendiri. Sendiri buat sediri tanggung la. Tak kiralah baik atau buruk. Kedua-duanya aku terima sebagai ujian dan dugaan dari Tuhan. Lagi pun kita hidup di dunia ni pun adalah untuk menerima segala ujian dan dugaan. Wallahualam...