Translate

Isnin, 19 Januari 2009

Bertukar Arah

Kali ini aku terpaksa update blog guna handphone pulak. Sebabnya kerana laptop aku yang dah lama rosak dan akhirya tak boleh digunakan lagi. Mula-mula tu laptop aku dah mula buat ragam tapi aku boleh memperbaikinya. Setakat simple punya masalah kira boleh la. Tapi kalau dah masuk bab rosak yang aku tak pernah tengok, agak susah la. Pening kepala juga sebab dah takde idea nak buat apa. Nak tak nak kenalah hantar ke service center. Aku guna model Dell dan memang puas hati guna laptop jenis ni. Nak edit video atau gambar memang senang dan laju. Tak macam laptop lama aku sebelum ni. Nak buka photoshop je dah lembab.

Kini aku dah takde laptop untuk sementara. Jadi banyak kerja yang tertangguh. Paling tak best sekali aku punya tugasan yang perlu aku siapkan untuk satu presentation nanti. Pelanggan banyak kali bertanya mengenai projek yang dijanjikan. Tapi sebabkan masalah laptop aku rosak dan semua data ada dalam hardrive, semua perancangan tergendala. Bukan aku sorang je yang kena camni, Bro Jimi pun sama nasib seperti aku gak. Kena pada waktu yang sama. Masalah pada display screen laptop tetiba blank. Satu wording pun tak keluar. 

Sekarang ni aku terpaksa terima kenyataan. Dan anggap semua ini sebagai satu dugaan. Projek banyak masuk tapi ada banyak halangan. Aku tak kisah semua tu. Biasalah hidup sebagai manusia di bumi ini memang kita ditugaskan untuk menerima dugaan dan cabaran. 

Berbalik pada update blog ni, aku guna handphone Nokia aku yang lama ni untuk update blog. Walaupun handphone lama tapi sangat berguna untuk pelbagai kerja seperti, cek email, hantar email, hantar dan terima fax, buat kerja dengan excel dan word dan macam-macam lagi. Walaupun nokia 9300 yang aku beli ni nampak buruk sebab cover dia aku spray warna sendiri, tapi sangat berguna. Kalau nak mengaji Quran pun guna handphone pun boleh. Kalau pergi kenduri baca yasin, aku guna handphone ni je. Jadi untuk aku update blog memang tak jadi masalah. Masalah bagi orang lain adalah saiznya yang besar. Besar tu besar la, tapi boleh masuk poket seluar juga.

Bagi aku setiap barang yang kita ada perlulah digunakan dengan bijak dan betul. Satu lagi yang best boleh unlock kereta guna handphone je. Walaupun kita berada di KL dan kereta berada di Sabah, lock kereta boleh dikawal guna handphone je.