Translate

Sabtu, 28 Jun 2008

Main dengan e-mail

Ada beberapa perkara yang ingin aku sentuh sikit mengenai e-mail. Maaf la ye aku ni bukan terror mana pun bab e-mail dan internet ni. Tapi pengalaman tu yang menjadi pemangkin untuk aku story dalam blog ni.

Aku selalu berurusan dengan pelanggan MyEnik setiap hari. Ada yang bertanya soalan-soalan yang boleh aku jawab dan ada yang aku tak boleh jawab, ada yang hantar e-mail memberi sokongan dan galakan, ada yang hantar email kata-kata maki hamun kat aku, ada yang tersalah hantar email kat aku dan macam-macam lagi lah.

Semua e-mail yang aku dapat tu ada yang aku simpan dalam folder dan ada yang aku delete. Kengkadang tu aku delete je bila tengok tajuk seperti email spam.

Pengalaman aku bermain dengan email ini boleh jadi macam-macam hal. Terutama sekali pada email yahoo. Korang semua mesti perasan email yahoo.com dan yahoo.com.my kan? Haaa... ini lah yang aku nak bagitau ni. Harap ianya boleh jadi panduan dan juga maklumat peribadi korang.

Ada ketika bila aku dapat tempahan produk digital dan memerlukan pengesahan melalui e-mail atau pun e-mail yang bertanya soalan-soalan, dalam form yang aku buat mempunyai ruangan email yang mesti diisi oleh pelanggan. Sistem yang aku buat nampak pro la sikit tapi tak guna juga walaupun aku buat dua ruangan untuk isi e-mail dua kali (satu lagi untuk pengesahan e-mail), kalau salah masuk alamat email.

Bila aku reply balik email ikut maklumat email yang diorang taip memang tidak jadi masalah. Bila dah lama tu (sebulan kot) diorang send balik email yang sama dengan soalan yanga sama atau bertanya produk tak sampai. Peristiwa macam ni selalu terjadi pada aku. Mula-mula tu aku panik la. Sebab dah selalu kena jadi aku cool je.

Bab masalah ini sebenarnya banyak cara penyelesaiannya. Korang pun tau. Antaranya, jangan buat form. Suruh e-mail je terus ke e-mail aku. Jadi pada sender tu aku boleh tau alamat email yang sebenarnya. Tapi itu macam susahkan pelanggan je dan nampak tak bersistem pulak. Satu lagi cara, tapi korang don't try this at home la ye. Ini cara aku dan berisiko sikit. Aku cerita untuk sekadar maklumat je.

Sebelum tu, berbalik pada email yahoo tadi, aku ada beberapa email yahoo guna untuk peribadi dan bisnes. Bila dah banyak email ni sampai aku lupa beberapa email yang aku ada. Bila cerita bab lupa ni, terjadi kisahnya aku isi form guna email yahoo.com.my tapi aku key-in yahoo.com je. Patutnya yahoo.com.my.

Lama punya tunggu satu habuk pun takde. Maknanya takde reply. So aku isi balik form tu tapi kali ni baru aku perasan yang aku lupa nak taruk .my belakang yahoo.com. Kemudian baru aku dapat reply email.

Sama kesnya pada pelanggan aku. Bagi alamat email minta maklumat atau e-book melalui form yang aku sediakan. Bila aku send diorang kata tak dapat. Pada hal aku dah send 8 kali dah tapi diorang kata masih tak dapat juga. Diorang apa lagi naik bebulu la dengan aku dan fikir aku main tipu, pada hal aku pun dah berbulu lama dah. Teringat kes sebelum ini, jadi aku pun reply email lagi sekali tapi email diorang aku tambah .my kat belakang je. Lepas tu baru diorang kata dah dapat. Lega rasanya walaupun masih berbulu. Jadi aku bertindak ikut logik.

Cara aku tu ada risikonya sebab takut terbagi kat orang lain je. So far ok je. Semua pelanggan aku rasa happy dan bergumbira walaupun aku dah naik berbulu. Jadi jaga-jaga pada korang juga kepada yang ada email yahoo.com.my. Jangan lupa .my belakang tu. Ada sesetengah kes aku tak buat camtu sebab diorang ada email lain.

Jumaat, 27 Jun 2008

Aku nampak UFO?

Aku dah lama tak pergi berkumpul dengan member ufonet. Yang aku tau diorang dah nak tubuhkan ufo Malaysia. Tak berapa pasti. Sorry la ye kepada member ufonet. Aku tak dapat hadir perjumpaan hari tusebab aku nak buat kejutan dengan korang sebenarnya.

Baru baru ni secara senyap-senyap aku ada buat misi meninjau langit dengan teropong. Biasanya malam la sebab siang mana boleh. Silap-silap terteropong ke matahari pulak. Buta mata aku.

Selain kapal terbang, banyak benda lain yang melalui langit seperti burung, kelawar, soyus, langsuir dan yang penting sekali adalah ufo. Ufo tu apa? Aku tanya kemudian aku jawab balik. Ufo adalah benda terbang yang tidak diketahui benda atau namanya. Kalau korang nampak benda terbang macam burung tapi itu bukan burung atau kapal terbang atau apa saja, itulah ufo.

Kalau korang nampak burung terbang tapi tak tau nama burung tu, tak bermakna itu pun ufo. Teringat misi group ufonet buat xpdc ke Terengganu (lokasi sebenar dirahsiakan) untuk melihat, meninjau lokasi yang terdapat adanya ufo. Memang kami nampak ufo sebab kami tak tau apa benda yang terbang atas langit tu.

Pada waktu tu peralatan baru nak pasang. Teropong ntah ke mana, kamera ntah kemana, segalanya terlepas begitu saja. Cadangnya memang nak ambil gambar tapi masing-masing terpegun, terkedu, terbeliak, tertanya-tanya menyebabkan lupa segala-galanya. Tapi kalau dapat ambil pun tak nampak sebab kecil dan jauh.

Lepas kejadian tu, kembali ke KL, seminggu lepas tu macam-macam aku jumpa di atas langit. Aku dah mula risau sebab Bro Jimi warning aku sebab dia kata lepas kejadian malam tu ufo tu aim kat aku. Bertambah risau sebab bini aku masa tu sedang mengandung. Risau aku masa tu.

Bukan aku saja yang kena, Bro Jimi pun menghadapi perkara yang pelik. Bro Jimi berjumpa dan berborang dengan alien (menyamar sebagai manusia). Korang mesti tak percaya punya semua ni dan aku pun tak suruh korang percaya. Kami cuma buat kajian tentang ufo dan angkasa lepas. Bab hantu ke pontianak ke, kami tak masuk campur.

Jadi teropong yang aku gunakan tu untuk tengok bulan, bintang dan planet-planet. Nampak cantik dan rasa kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa. Rasa keinsafan. Terasa betapa kedilnya aku di atas dunia ni.

Khamis, 26 Jun 2008

Janji Halal

Untuk mencari kerja atau ada yang terkeneng-keneng nak buat bisnes sendiri itu perkara utama adalah sumber pendapatan yang halal. Tak kisah la apa pun yang kita nak buat, nak cari duit pun, halal haram tu kena jaga. Sebab tulah aku sekarang ni telah membuat beberapa keputusan peribadi yang agak drastik dan fantastik.

Untuk membuat keputusan juga memerlukan cara dan timing yang betul. Bab-bab nak buat keputusan ni memang memeningkan kepala aku. Tapi itulah hakikatnya kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Keputusan perlu dibuat.

Untuk menjamin sesuatu yang halal kita perlu kepada ilmu. Maksud aku ilmu yang membolehkan kita tau sesuatu perkara yang kita lakukan itu halal atau haram. Please jangan tanya aku apa yang haram dan apa yang halal. Korang tanya la yang arif pasal halal haram. Aku pun bertanya juga untuk mendapatkan kepastian seperti guru agama atau ayah aku sendiri. Yang penting hendaklah orang tu berilmu tinggi dan arif dalam bidangnya.

So minggu depan aku start dengan projek besar aku. So aku dah notice pada bini aku tang hal ni sebab mungkin balik lewat sampai ke malam. Apa yang besar sangat tu? Ada la. Projek aku dengan partner aku untuk mencari dana projek rekacipta aku yang perlu aku rahsiakan setakat ini je.

Minggu ni agak sebuk dengan persiapan sampaikan aku demam dan jatuh sakit. Apa pun semangat aku melebihi kesakitan itu. Alhamdulillah aku boleh pikul beban tu. Pada masa yang sama juga beberapa projek lain juga jalan tapi slow sikit la. Aku juga tengah update sikit demi sikit blog aku ni dengan beberapa link ke web site projek aku dan juga aku punya bisnes.

Aku rasa tanpa korang dan member aku, pasti aku tidak mampu untuk bergerak lebih ke depan lagi. Tapi tidak semua perancangan aku semuanya berjaya. Aku lebih banyak menanggun kegagalan dan kekecewaan berbanding kejayaan. Kalau berjaya pun tak lama dan hasilnya sedikit. So aku tau hidup kat dunia ni sekajap je. Tak tau bila tarikh lupusnya.

Oleh itu aku kena buat yang terbaik demi agama , keluarga dan negara tercinta. Terima kasih atas sokongan korang.

Rabu, 25 Jun 2008

Kerja part time

Sekarang ni ramai juga member aku yang dah mula cari kerja part time. Sebab dah ada peluang baik, jadi mereka ambil kesempatan untuk tambah pendapatan. Macam macam la yang diorang buat. Sebenarnya memang banyak cara untuk menambah pendapatan. Ada yang masuk mlm, berniaga pasar malam, jual burger, jadi agen insuran, agen hartanah, ambil upah dan macam-macam lah.

Salah satu cara lagi adalah berniaga di internet. Macam korang tahu, internet ni sangat luas pengaruhnya. Kalau jual barang boleh sampai ke Las Vegas atau pun Egypt. Duduk satu taman perumahan pun boleh berniaga melalui internet. Sedangkan kat opis pun berchatting dengan member meja sebelah pun boleh. Bos pun tak perasan.

Untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan internet ni perkara utama adalah ilmu. Ilmu kena ada. Jangan main lanyak je. Nanti korang pulak yang kena lanyak. Satu lagi kena sungguh sungguh. Buat dari bawah, dari sambilan je dulu. Lepas tu kalau dah stabil dan income pun cecah RM50 ribu sebulan, terpulang la kat korang nak buat sepenuh masa ke, apa ke. Janji jangan kacau orang atau bini orang.

Sekarang ni pun aku tengah siapkan beberapa web site untuk dipromosikan di internet. Macam-macam web site yang aku buat. Kiranya aku punya projek besar lah ni. Bukan takat tu je, aku sekarang ni mempunyai banyak projek lagi yang belum aku bereskan lagi. Tapi partner aku ada seperti Shahrul dan Bro Jimi.

Kalau korang ada projek dan berhasrat nak join venture dengan aku pun boleh. Lagi pun aku terima banyak e-mail untuk join venture dengan aku untuk pelbagai bisnes. Ada masa ke? Penat weh! Kena buat jadual waktu la macam kat sekolah dulu. Insyaalah lepas ni kalau dah siap aku punya projek, aku bagitau korang. Mungkin korang boleh join asalkan korang subscribe je email korang dalam blog aku ni. Aku janji korang dapat free punya.

Selasa, 24 Jun 2008

Harga minyak naik. Darah korang naik tak?

Harga minyak dah naik melambung tinggi menyebabkan ramai orang kena darah tinggi. Bukan setakat harga minyak je naik, barang-barang keperluan seperti makanan juga naik. Ini kerana kuih dan nasi lemak mengandungi minyak petrol dalam ramuan masakan. Betul ke? Aku agak je.

Harga minyak dah naik so apa tindakan korang sekarang ni? Mengenai persoalan ini la kan, aku suka tanya pada setiap orang yang aku jumpa. Tak kira sapa pun. Mana yang kenal aku ni bapak pemalu dan pendiam, tapi sebenarnya aku menyamar je. Sebab ikut sunah Nabi Muhammad saw. He he he.

Jadi jawapan yang aku terima bermacam-macam bentuk dan nada. Aku saja nak tau je dan suka tengaok reaksi orang mengenai isu hangat ni. Maaf aku katakan, semua yang aku jumpa semuanya jawapan mereka seperti kekecewaan. Maknanya tak setuju. Tapi aku nak juga jumpa orang yang suka dan mempunyai jawapan yang menggembirakan. Yang dalam parlimen tu aku tak mau campur. Itu kerja diorang.

Tapi dulu masa sebelum harga minyak naik, aku pernah berjumpa dengan seorang yang bergelar Mahaguru XX. XX tu maksudnya dua nombor yang aku lupa pulak. Dia seorang mamak dan bekerja sepenuh masa di online iaitu di internet. Pendapat dia berbeza. Kengkadang aku dengar pun hangin juga tapi sebabkan aku ni berhemah tinggi, terpaksalah aku cool je. Katanya' Biar harga minyak atau barang naik. Buat apa kita bising? Tugas kita adalah bekerja keras untuk mendapatkan duit. Bukannya bising sana, bising sini tapi tak dapat apa pun'. Macam tu kata dia. Member aku pun ada sekali. Aku tengok muka member aku macam nak tahan berak je. Tak setujulah tu.

Apa pun itu pendapat masing-masing. lagi pun kalau aku kata macam tu, orang lain boleh corner tang lain pulak. Kalau nak berdepat ni aku tak suka. Sebab aku memang tak suka debat. Tapi aku suka tengok debat yang pihak aku sokong tu menang. Apa korang punya pandangan aku tak kisah. Lantak la. Janji aku tunai tanggungjawab aku pada agama, keluarga dan negara.

Bila harga minyak dah naik ni kerajaan benarkan kakitangan kerajaan buat kerja part time. Hah apa lagi! nak kerja part time boleh jumpa aku atau bertenggek kat blog aku ni. Aku buka peluang korang buat kerja part time secara halal dan sah. Program macam pelaburan haram aku tak masuk ye. Main kasino online pun jauh sekali. Walau pun aku ada dapat copy cek satu juta dollar dari TOTO tapi aku tak claim. (aku pun tak tau macam mana aku boleh dapat cek sebanyak tu? yang aku tau itulah scam supaya aku labur duit. Terang-terang benda tu haram. Korang jangan main tau! Aku sepak kang sapa yang main).

Mengenai income dari internet ni aku ada pandangan sendiri. Ramai orang yang anggap income dari internet ni scam. Bukan semuanya scam. Kalau betul-betul ianya tiada unsur tipu. Aku sendiri pernah kena tipu di internet. Tapi itu pun silap aku juga sebab takde ilmu. Main tibai je. So sekarang aku ada bisnes sendiri secara online dan selebihnya offline.

Sekarang ni mana ada peluang aku sapu je. Tapi kena tapis dulu. Tapis ikut kemampuan. Kalau korang nak tau ada RM200 je dah boleh buka bisnes di internet. Satu lagi supaya korang tidak kongfius, perniagaan internet tidak sama dengan program kewangan internet. Jangan anggap program menjana wang tu adalah perniagaan internet. Sebab tu ramai yang kena tipu dan ramai yang melingkup macam aku dulu. He he he.