Translate

Khamis, 10 Februari 2022

Saya Terpaksa dan Dipaksa

Assalamualaikum. Salam bersua kembali.

Sudah hampir masuk tahun ketiga kita hidup dalam suasana endemik bersama-sama dengan virus covid-19. Keadaan kehidupan kita juga turut berubah dari pelbagai arah. Banyak yang terkesan. Hampir semua orang tahu.

Saya antara yang terkesan. Kini saya bermula balik menulis terutama dalam blog dan Insyaallah tidak lama lagi akan terbit buku penulisan pertama saya. Terus terang sebenarnya saya tidak ada masa yang cukup untuk semua ini terutama dalam penulisan. Sedangkan untuk hantar post baru dalam FB dan IG juga sepertinya tiada masa.

Kini saya terpaksa. Saya seperti didesak dan dipaksa untuk menulis dan menghidupkan kembali kehidupan dalam blog. Bukan satu blog yang saya ada tetapi lebih. Setiap satu blog menceritakan niche yang berbeza. Kecuali dalam blog ini. Ia merangkumi penulisan semua blog yang saya tulis. Hanya penerangan ringkas dan beberapa pendapat secara peribadi.

Saya terpaksa menulis sebab dahulunya saya aktif sebagai blogger. Malah sebahagian pendapatan saya adalah dari blog. Jadi saya dipaksa untuk menjadi blogger semula. Siapa yang memaksa saya? Keadaan yang memaksa saya.

Setiap penulisan dalam blog ini akan update dalam FB personal saya juga. Mungkin akan datang saya akan hasilkan FB Pages personal saya. Dalam FB Pages senang untuk follower tahu akan post terbaru dari blog ini. Pada masa yang sama saya share pada FB personal juga supaya orang lain juga tahu.

Keadaan kehidupan kita bersama covid-19 ini banyak memberi kesan pada saya. Saya kehilangan kerja dan sumber pendapatan tetap. Bisnes tidak berjalan lancar malah mati akhirnya. Pada masa itu juga saya memang tidak aktif lagi sebagai blogger seperti 10 tahun dulu. Punca saya berhenti jadi blogger adalah sebab faktor kerja dan kesibukan tugasan baru. Ia menyebabkan saya dilupakan untuk menulis. Faktor lain kerana ada sumber pendapatan baru yang menyebabkan saya sombong untuk meneruskan kerja penulisan.

Apabila saya jatuh terduduk dan tersungkur barulah saya sedar semula. Tapi bak kata nasi sudah menjadi bubur atau sayang semuanya sudah terlambat menyebabkan saya rasa tawar untuk bermula balik. Perasaan tersebut hadir sebelum ini membuatkan saya rasa sudah tiada guna lagi untuk saya meneruskannya. Sehinggalah saya dipaksa dan terpaksa untuk meneruskan menulis kembali.

Yes... selamat datang kembali untuk diri saya dalam dunia blogger ini. Saya faham keadaannya dalam dunia blog ini. Orang akan membaca penulisan kita. Dalam ramai-ramai pembaca bukan semunya suka pada menulisan kita dan bukan semua yang membenci cerita kita. Jadi, bersedialah pada macam-macam komen positif dan negatif. Saya perlu pandai mengawal situasi keadaan. Pujian dan makian itu perkara biasa.

Sekali lagi saya ucapkan selamat datang kembali pada saya dalam dunia blog. Pada rakan-rakan, saya perlukan sokongan dan kritikan yang membina. Saya umpama mati hidup semula. Dahulu hidup di zaman lain dan akhirnya mati. Kemudian hidup semula di zaman yang berbeza pula.

Support saya melalui koleksi ebook yang saya syorkan dan beberapa projek yang saya lakukan. Link pada menu atas blog ini.