Translate

Rabu, 15 Jun 2022

Perjalanan masih jauh

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini dalam bulan ini juga (bulan Jun 2022) saya bersama keluarga pergi bercuti ke Port Dickson. Percutian ini sebenarnya tidak dirancangan dengan serius, hanya sekadar perancangan di mulut saja.

 
Namun semuanya berjalan dengan lancar. Semua telah selamat dan rasa seronok dengan hari percutian tersebut. Saya sekeluarga bersama-sama dengan keluarga mertua dan keluarga adik ipar pergi beramai-ramai menginap di sebuah homestay berdekatan dengan pantai Poli Port Dickson.

Apa yang nak saya sampaikan di sini bukanlah nak bagitau aktiviti percutian tersebut tetapi saya nak bercerita tentang keadaan semasa percutian tersebut. Memang tidak dapat digambarkan keseronokannya, bukan pada diri saya sendiri saja tetapi hampir semua orang termasuk ahli keluarga saya. Tambahan pula saya ada seorang baby kecik yang pada ketika itu baru berumur 5 bulan.

Pada gambaran perasaan saya sememangnya seronok. Kepuasan saya adalah melihat keluarga yang sangat seronok dapat pergi bercuti dengan melakukan macam-macam aktiviti pada masa itu. Itulah kepuasan seorang lelaki yang bergelar seorang suami dan seorang ayah apabila melihat isteri dan anak-anak gembira. 

Namun disebalik keseronokan itu sebenarnya terselindung perasaan lain. Mungkin Tuhan nak tunjukkan perancanganNya itu lebih baik dan memberi kebaikan kepada saya. Saya sebenarnya pengidap Anxiety Disorder tahap rendah. Disebabkan itu juga macam-macam penyakit datang.

Ramai yang tahu dan ramai yang tak tahu, penyakit yang kita alami sebenarnya datang daripada satu punca seperti Anxiety atau Despression. Punca dari situlah penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, organ dalaman tidak berfungsi dengan baik dan banyak lagi akan muncul.

Sebenarnya apa puncanya saya jadi begitu? Saya tidak pasti sebenarnya. Namun saya boleh agak berpunca sebab saya sangat penat dengan kerja dan juga pemakanan yang tidak teratur. Tambahan pula saya sudah lama meninggalkan aktiviti senaman. Pada hal saya dulu memang suka dan kerap bersenam. Apabila aktivit bersenam ditinggalkan lama, besar kemungkinan kesan negatif berlaku pada badan.

Ianya nampak kesannya apabila saya berjalan menuju ke pantai dari homestay. Selepas beberapa minit berjalan degupan jantung saya terlalu laju dan menyebabkan saya berasa mengah atau lelah. Apabila hal ini terjadi, sememangnya saya sangat kecewa, risau dan takut. Tambahan pula saya memang mempunyai kolestrol tinggi sejak zaman muda lagi.

Apabila sampai di pantai, saya mencari satu kawasan untuk saya duduk berehat sambil mengadap ke laut. Selepas beberapa minit keadaan saya kembali normal setelah terasa penat dan lelah berjalan tadi. Waktu di pantai saya guna sebaik mungkin dengan berehat sambil melihat gelagat anak-anak dan keluarga mandi di pantai.

Tiada apa yang dapat saya ucapkan selain rasa kesyukur atas nikmat yang Allah beri. Berada di pantai pun nikmat sebab dapat berehat dan boleh mengurangkan efek Anxiety. Alhamdulillah terasa nimat yang Allah beri. Walaupun hanya duduk berehat di tepi pantai saja dan tak mandi pun.

Apabila jadi hal seperti ini sebenarnya barulah kita dapat bezakan antara nikmat dan penderitaan. Semuanya Allah beri. Bergantung kepada kesabaran diri kita sebenarnya. Allah nak uji dan nak tengok keredhaan diri kita terhadap ujian yang kita terima. Walau apa pun ujian yang datang bergantung pada diri kita dan cara bagaimana kita menanggungnya. Sesungguhnya setiap ujian yang Allah beri berbeza-beza bagi setiap umat manusia.

Sebab tu kita sendiri jangan mudah melatah dengan ujian yang Allah timpa pada orang lain. Ujian itu untuk dirinya sebab mengikut kesesuaian dirinya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Jangan mudah meremeh ujian yang orang lain dapat walaupun kita nampak ujian tersebut kecil saja. Sebab kita tidak tahu tahap kesanggupan ujian yang orang itu sanggup menanggung.

Oleh itu marilah kita sentiasa bersyukur kepada Allah dalam semua hal dan keadaan. Aamiin

Untuk artikel posting akan datang Insyaallah saya akan kongsikan bagaimana saya bertahan dengan hanya mengamalkan beberapa petua orang dulu-dulu dan secara Islam. Namun petua amalan ini sebenarnya bagus diamalkan sejak umur kita muda lagi. Kerana kesannya lebih baik berbanding diamalkan bermula dari pertengahan umur.


Khamis, 10 Februari 2022

Saya Terpaksa dan Dipaksa

Assalamualaikum. Salam bersua kembali.

Sudah hampir masuk tahun ketiga kita hidup dalam suasana endemik bersama-sama dengan virus covid-19. Keadaan kehidupan kita juga turut berubah dari pelbagai arah. Banyak yang terkesan. Hampir semua orang tahu.

Saya antara yang terkesan. Kini saya bermula balik menulis terutama dalam blog dan Insyaallah tidak lama lagi akan terbit buku penulisan pertama saya. Terus terang sebenarnya saya tidak ada masa yang cukup untuk semua ini terutama dalam penulisan. Sedangkan untuk hantar post baru dalam FB dan IG juga sepertinya tiada masa.

Kini saya terpaksa. Saya seperti didesak dan dipaksa untuk menulis dan menghidupkan kembali kehidupan dalam blog. Bukan satu blog yang saya ada tetapi lebih. Setiap satu blog menceritakan niche yang berbeza. Kecuali dalam blog ini. Ia merangkumi penulisan semua blog yang saya tulis. Hanya penerangan ringkas dan beberapa pendapat secara peribadi.

Saya terpaksa menulis sebab dahulunya saya aktif sebagai blogger. Malah sebahagian pendapatan saya adalah dari blog. Jadi saya dipaksa untuk menjadi blogger semula. Siapa yang memaksa saya? Keadaan yang memaksa saya.

Setiap penulisan dalam blog ini akan update dalam FB personal saya juga. Mungkin akan datang saya akan hasilkan FB Pages personal saya. Dalam FB Pages senang untuk follower tahu akan post terbaru dari blog ini. Pada masa yang sama saya share pada FB personal juga supaya orang lain juga tahu.

Keadaan kehidupan kita bersama covid-19 ini banyak memberi kesan pada saya. Saya kehilangan kerja dan sumber pendapatan tetap. Bisnes tidak berjalan lancar malah mati akhirnya. Pada masa itu juga saya memang tidak aktif lagi sebagai blogger seperti 10 tahun dulu. Punca saya berhenti jadi blogger adalah sebab faktor kerja dan kesibukan tugasan baru. Ia menyebabkan saya dilupakan untuk menulis. Faktor lain kerana ada sumber pendapatan baru yang menyebabkan saya sombong untuk meneruskan kerja penulisan.

Apabila saya jatuh terduduk dan tersungkur barulah saya sedar semula. Tapi bak kata nasi sudah menjadi bubur atau sayang semuanya sudah terlambat menyebabkan saya rasa tawar untuk bermula balik. Perasaan tersebut hadir sebelum ini membuatkan saya rasa sudah tiada guna lagi untuk saya meneruskannya. Sehinggalah saya dipaksa dan terpaksa untuk meneruskan menulis kembali.

Yes... selamat datang kembali untuk diri saya dalam dunia blogger ini. Saya faham keadaannya dalam dunia blog ini. Orang akan membaca penulisan kita. Dalam ramai-ramai pembaca bukan semunya suka pada menulisan kita dan bukan semua yang membenci cerita kita. Jadi, bersedialah pada macam-macam komen positif dan negatif. Saya perlu pandai mengawal situasi keadaan. Pujian dan makian itu perkara biasa.

Sekali lagi saya ucapkan selamat datang kembali pada saya dalam dunia blog. Pada rakan-rakan, saya perlukan sokongan dan kritikan yang membina. Saya umpama mati hidup semula. Dahulu hidup di zaman lain dan akhirnya mati. Kemudian hidup semula di zaman yang berbeza pula.

Support saya melalui koleksi ebook yang saya syorkan dan beberapa projek yang saya lakukan. Link pada menu atas blog ini.

Rabu, 9 Februari 2022

Norma Baru, Era Baru

Kini sudah pun masuk tahun 2022. Setelah menjangkau masa bermula dari awal tahun 2020 sehingga kini kita dihadapkan dengan suasana yang melanda negara kita termasuk seluruh dunia iaitu wabak corona virus dan covid-19.


Wabak yang melanda ini telah banyak memberi perubahan drastik kepada semua sektor. Antara yang terkesan adalah sektor ekonomi dan sosialisma kepada kita semua. Banyak kesan negatif berlaku berpunca dari hal ini. Ianya boleh dikatakan perubahan sebanyak 360 darjah dan ianya meninggalkan kesan yang amat dasyat.

Kita banyak bercerita tentang orang lain yang terkena musibah mungkin kerana kita tidak merasainya atau menghadapinya seteruk orang lain. Ada yang kehilangan orang yang tersayang, ada yang kehilangan kerja yang menjadi sumber pendapatan tetap dan ada yang kehilangan harta benda dan segala-galanya. Ianya antara fenomena yang paling buruk yang pernah kita hadapi.

Semua yang berlaku ini banyak memberi kesan kepada diri saya juga. Tidak semuanya musibah yang melanda ini memberi kesan negatif pada diri saya, tapi masih ada harapan lagi sebenarnya yang menjadikan hal ini lebih baik dalam hidup saya.

Apabila diceritakan mengenai hal negatif, sebenarnya ianya adalah dari mindset kita. Bergantung kepada diri kita menilai bagaimana cara kita meletakan sesuatu musibah itu sebagai satu hal yang baik atau buruk. Rata-rata orang akan menyatakan ianya sebagai satu hal yang buruk dan musibah yang amat dasyat. Cuma segelintir yang berfikir sebaliknya. Bagi saya kedua-duanya tetap ada, baik dan buruk. Rasanya hampir semua orang tahu.

Jumpa lagi pada post seterusnya.