Bismillah.
Antara aktiviti yang membuatkan saya ingat sehingga sekarang adalah aktiviti bersama-sama jiran tetangga. Apabila kita menyertai satu komuniti yang agak besar walaupun kecil, ianya memberikan satu pengalaman menarik. Saya sudah menyertai pelbagai komuniti dan grup-grup yang membawa kepada pengalaman aktiviti tersendiri.
Baru-baru ini di dalam komuniti kejiranan saya ada buat beberapa aktiviti. Antaranya adalah persiapan untuk sambutan hari kemerdekaan negara. Kami berkumpul dan berbincang mengenai aktiviti yang hendak diadakan nanti. Salah satunya adalah pemasangan banner untuk sambutan kemerdekaan. Menariknya adalah banner tersebut dihiasi dengan kerlipan LED yang mana bahagian tersebut sayalah orang bertanggungjawab untuk mengendalikannya.
Tahniah untuk semua! |
Di dalam meeting, cadangan diberikan untuk membuat efek LED pada perkataan MERDEKA. Majoriti setuju dengan cadangan tersebut walaupun bukan saya yang mencadangkannya. Bermula dari itu saya mula memikirkan bagaimana untuk memulakan proses pembuatan sistem LED ini.
Dahulunya saya banyak luangkan masa untuk menghasilkan projek-projek efek LED seperti running light, led kerlip-kerlip, fading LED, LED polis dan sebagainya. Semua ini dibuat dengan hanya menggunakan komponen elektronik semata-mata. Kini agak maju sikit, saya menggunakan teknologi Arduino. Bagi saya ianya mudah kerana efek pada LED itu membolehkan kita tentukan melodi apakah yang kita mahukan.
Pengujian |
Control Box |
Tiba hari pemasangan banner. Semua yang terlibat turun dan membantu untuk kerja pemasangan LED pada perkataan MERDEKA. Dengan menggunakan LED strip, kerja pemasangan menjadi cepat walaupun ianya agak rumit ketika membentuk LED strip mengikut huruf-huruf yang ada. Sampai satu masa, kerja pemasangan telah pun siap. Masanya untuk diuji sebelum ianya dipasang pada lokasi.
Buat kerja sambil bergurau senda |
Solar Panel |
Banner dibiarkan beroperasi selama hampir 3 minggu. LED efek pula berfungsi dengan baik dan tidak berlaku kerosakan. Namun kadang kala LED berkelip-kelip separuh perkataan dan ada yang tidak berkelip langsung. Masalah tersebut sebenarnya kecil dan boleh diatasi. Puncanya adalah kerana tenaga dari bateri yang tidak cukup untuk sistem LED berfungsi sepenuhnya. Bateri yang tidak cukup cas disebabkan kerana solar panel tidak mampu untuk cas penuh bateri tersebut.
Seperti yang telah saya jelaskan awal-awal tadi. Adakah anda ingat dan faham? Saya telah terangkan mengenai solar panel awal cerita tadi. Stok yang saya ada, ada dua iaitu 5 watt dan 10 watt. Pada banner ini saya pasangkan yang jenis 5 watt sahaja. 5 watt solar panel masih boleh cas bateri tetapi perlu masa yang lama untuk dicas penuh dn cahaya matahari perlu lebih lama dalam keadaan terik.
Oleh itu solar panel 5 watt sebenarnya tidak cukup untuk cas bateri kereta dengan sempurna. Manakala solar panel 10 watt pula saya telah guna untuk sistem bilik lab saya. Jadi, saya tidak buka dan pasang pada banner tersebut.
Apa pun projek ini berjaya bagi saya. Semua ajk dan hadirin sangat berpuas hati dengan masing-masing punya tugasan dan menampakkan hasil. Projek ini juga merupakan salah satu usaha untuk pertandingan sambutan kemerdekaan anjuran Majlis Perbandaran.
Usaha kami ini juga salah satu cara untuk membantu Persatuan Taman (Induk) bagi memeriahkan lagi program dan jika ada rezeki InsyaAllah boleh menang anugerah, Insyaallah.