Translate

Selasa, 23 Ogos 2011

Bukan senang nak bahagi masa...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Kini sudah pun masuk fasa ketiga Ramadhan. Mana yang rajin bertandang ke rumah Allah untuk Tarawwih atau beriktikaf, saya doakan semoga Allah memberikan keampunan dan terhindar dari api neraka.

Tidak kurang juga bagi mereka yang sibuk dengan persiapan untuk sambutan hari raya nanti. Sibuk tu sibuk juga dan harap-harap ianya memenuhi keperluan dan tidak berlebih-lebihan sangat. Aku biasa je. Apa yang penting adalah perubahan dalam diri kesan dari amalan puasa di bulan Ramadhan. Banyak pengajaran  dan ilmu yang diperolehi.

Seperti orang lain juga dan terkena kepada diri sendiri juga, kesibukan urusan kerja memang tidak dapat aku elakkan. Tambahan pula perancangan sentiasa berubah-ubah. Bukan seperti orang lain yang mana perancangan yang diorang buat menjadi lancar dengan sedikit sahaja masalah. Atau pun apa yang dirancang itulah yang akan diterima hasilnya. Tidak macam aku, jika aku rancang A, akan berlakunya perancangan B sehinggakan menjadi C.

Agak pelik dan susah nak kawal. Lebih-lebih lagi perancangan yang aku buat ini melibatkan permintaan dan kehendak orang sekeliling. So aku banyak kejar ke sana ke sini semata-mata nak bagi perancangan yang aku buat berada di landasan yang betul.

Selepas 26 haribulan ini aku akan mula cuti hari raya. So segala permintaan dan juga urusan berkaitan dengan produk kreatif dan myenique tidak dapat dilayan. Masa cuti aku di kampung. Namun begitu aku masih menerima panggilan masuk, cuma tiada masa untuk membuat temujanji atau meeting. Begitu juga dengan aktiviti metal detector. Kalau ada aktiviti tu pun aku lakukan sendiri kat kampung jelah.

Cuti-cuti juga, Raya pun raya juga. Tapi aku masih melakukan kerja walaupun bercuti. Aku akan cuba curi masa yang ada masa cuti untuk siapkan beberapa produk digital untuk MyEnique dan buku belajar elektronik yang akan keluar selepas cuti raya nanti.

Aku raya inilah satu-satunya produk terbaik yang akan muncul yang pernah aku buat. Ia bukan ebook biasa. Ia dijual dalam bentuk DVD yang mengandungi maklumat ebook dan video. Untuk produkreatif pula, alat Zapper akan dijual secara serius bersama dengan produk pertanian yang pertama.

Oleh itu kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan semua. Salah dan silap aku selama ini aku mohon kemaafan. Aku bukalah manusia yang sangat lengkap dengan sifat-sifat terpuji seperti Rasullullah, cuma aku sentisa berusaha untuk mencontohinya. Kepada rakan-rakan pun, aku maafkan atas apa yang pernah berlaku secara langsung atau pun tidak langsung. Aku halalkan dan maafkan atas keikhlasan hati kerana Allah. Tapi rasanya takde siapa pun yang buat salah dengan aku, cuma aku je yang banyak buat salah dengan orang lain.

Selamat hari raya. Berhati-hati di jalan raya. Sebelum memandu pulang ke kampung, lakukan solat hajat terlebih dahulu untuk keselamatan dalam perjalanan.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Masuknya 10 hari terakhir...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Selamat datang Ramadhan dan selamat tinggal Ramadhan. Kini kita hampir memasuki 10 Ramadhan terakhir. Masuklah juga penggal ke tiga dalam fasa bulan Ramadhan. Jadi ape urusan kita?

Terpulang kepada hak masing-masing. Mana-mana yang mengetahui amalan apakah yang seharusnya dilakukan pada 10 Ramadhan terakhir ini dan ada juga yang jahil atau buat-buat jahil. Jika dirasa ianya baik untuk kita maka lakukanlah amalan yang menjanjikan ganjaran besar dari Allah untuk Ramadhan ini.  Selamat beramal saya ucapkan kepada rakan-rakan semua yang rajin-rajin beramal soleh seperti bertadarus, membaca Al-Quran, bersedekah, tolong-menolong, beriktikaf 10 Ramadhan terakhir dan sebagainya.

Aku di sini ingin menyusun ampun dan maaf di atas kesilapan dan kesalahan aku kepada rakan-rakan sekelian yang tak sengaja mahupun yang disengajakan. Maaf juga kerana terlalu awal untuk aku memohon kemaafan melalui blog ini kerana takut takde masa lagi nak update blog selepas ini (sibuk arr...). Ape yang penting, raya nanti datang le ke rumah.

Rumusannya, walaupun Ramadhan belum berakhir lagi tetapi aku dapat banyak merasai pelbagai pengalaman dalam diri aku sendiri tentang kehidupan dan kesusahan orang lain yang boleh dijadikan pengajaran untuk masa akan datang. Betapa pentingnya niat kita dalam melakukan sesuatu di dunia ini.

Salam Lebaran untuk semua. semua kita semua menjadi ahli Syurga Allah yang kekal abadi. Insyaallah.

Tawaran produk

Assalamualaikum dan salam ceria.

Bermula dari 19/08/2011, produkreatif menawarkan penjualan produk Pengesan Logam BFO terhad kepada 5 unit pada harga RM400 seunit. Dengan setiap pembelian akan dapat seunit alat Pengesan Logam Pin Pointer yang berharga RM89 seunit. Kos penghantaran tiada dikenakan.

Oleh itu, tawaran terhad ini akan berlangsung sehingga 26/08/2011 iaitu pada hari Jumaat. Di mana pada hari tersebut adalah hari terakhir untuk urusniaga seperti proses pembayaran dan proses penghantaran (courier).

Anda boleh rebut peluang terhad ini sebelum harga asal seperti biasa. Promosi juga akan tutup sekiranya stok 5 unit habis awal sebelum tarikh tutup promosi. Sila ke web site www.myenique.com/bfo.html untuk maklumat lanjut produk dan promosi.

Anda diminta hubungi saya dahulu untuk pengesahan pembelian dan stok yang masih ada.

p/s: selepas cuti raya produk ini akan kekal harganya (RM450) berikutan dikendalikan oleh pengurusan baru dari syarikat saya. :)

Khamis, 11 Ogos 2011

Sudah melepasi 1/3 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Sekarang ini kita sudah melepas 1/3 Bulan Ramadhan. Diharapkan rakan-rakan masih lagi mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna serta mengejar pahala dan keampunan dari Allah.

Pada bulan puasa ini aku tidak banyak berada di lab besar dan office. Aku banyak meluahkan masa berada di lab di rumah aku sendiri. Ini memandangkan keadaan cuaca yang agak panas dan kering yang menyebabkan berlaku penghidratan yang cepat semasa berada di lab besar. Begitu juga dengan pembantu aku yang juga hanya mampu bertahan sehingga tengah hari sahaja. Kami akan berada di lab besar hanya untuk beberapa waktu sahaja. Kemudiannya kami akan balik ke rumah dan sambung kerja. Maklumlah lab belum pasang air condition lagi.

Ada kalanya aku terpaksa juga datang ke lab besar atas urusan tertentu seperti temujanji dengan student dan pelanggan yang ingin melihat dan mengetahui produk dengan lebih dekat lagi. Pada masa kini pula aku terlalu sibuk dengan pelbagai kerja yang masih belum selesai lagi. Walaupun aku ada pembantu (PA) tetapi kerja yang aku buat ini sukar untuk diberikan kepada orang lain untuk disiapkan. Kiranya kerja semuanya hanya aku sorang sahaja yang faham dan ianya berkenaan dengan teknikal ,pengetahuan dan kreativiti.

Kalau kerja setakat menaip atau potong kayu, boleh juga berikan kepada orang lain untuk buatnya. Tapi ini tidak sebab kerja yang dilakukan memerlukan tindakan dan membuat keputusan bergantung kepada penilaian aku sendiri. Begitu juga dengan layanan panggilan telefon daripada pelanggan dan macam-macam orang yang ingin tahu pengenai produk dan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan elektronik. Jadi aku lebih banyak habis masa kepada perkara lain dan kerja sebenar sudah menjadi lambat untuk disiapkan. Untuk kerja menjawab telefon juga tidak dapat diberikan kepada orang lain termasuklah PA aku sendiri sebab kalau bagi orang lain jawab, last-last passing kat aku juga. Soalan teknikal dan soalan berkaitan dengan pemahaman ilmu pengetahuan yang susah untuk orang lain terangkan.

Jadi kini aku digelar sebagai orang yang tamakkan kerja. Semua kerja aku lakukan dan aku tidak mampu untuk melakukan semua ini pada masa akan datang tetapi masih boleh lakukannya untuk masa sekarang. Sampai bila aku nak tamakkan kerja sebab aku sudah susun strategi dan matlamat untuk masa akan datang semua kerja dibahagi-bahagikan supaya aku boleh relax. Biar susah sekarang ni, jangan susah sampai bila-bila.

Tang promosi produk juga aku yang lakukan. Begitu juga dengan kerja melibatkan dokumen syarikat. Semuanya aku lakukan untuk masa kini dan bagi aku tidak mengapa sebab aku anggap sebagai pengalaman aku sebelum diberikan tugasan-tugasan kepada pekerja lain. Jadi senang pada masa akan datang aku tahu semuanya sebab sudah merasi pengalaman sebelum ini dan aku boleh relaks serta kembali semula dengan kerja-kerja R&D aku. Kerja R&D tidak perlu untuk berjumpa pelanggan, melakukan promosi atau marketing, tidak perlu melakukan kerja-kerja dokumentasi syarikat, tidak perlu menjawab telefon dan tidak perlu buat kopi sebab dah ada tea lady.

Oleh sebab terlalu banyak kerja, pergi sana sini sehinggakan banyak kos mengalir keluar dan paling utama adalah penat. Aku rasa terlalu penat. Kerja berlarutan sehingga ke malam. Adakalanya kesihatan aku terganggu dan terlalu penat. Sampaikan pemakanan suppliment juga tidak dapat membantu sebab kekurangan tidur dan memberikan kesan buruk seperti kurang tumpuan dan badan cepat naik.

Apa pun bagi aku ini adalah sementara sahaja. Apa yang penting hubungan aku dengan keluarga sentiasa erat.  Di kala aku penat, hanya anak-anaklah pengubatnya. Walaupun sibuk, hubungan aku dengan anak-anak terlalu rapat dan mesra.