Amat sukar untuk memuaskan hati orang. Sedangkan hati sendiri pun belum tentu boleh puas. Memenuhi kehendak orang sama juga dengan memuaskan hati. Pusing sana pusing sini, balik-balik tang tu juga.
Saya mengendali beberapa blog. Semua blog saya 90% adalah bertumpu kepada bisnes. Walaupun tak rancak tetapi boleh la. Sebab banyak benda baru. Lagi pun projek sendiri pun belum selesai lagi. Insyaallah ada rezeki nanti capailah impian. Dah lama dah bertungkus lumus dengan macam-macam hal. Setidak-tidaknya ada juga usaha.
Mengenai bisnes internet ni sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil berat. Jika tidak takut tidak menjadi. Bila dah tak jadi tu... tau tau jelah kan. Kalau yang jenis kuat semangat tu mesti berusaha lagi dan tak berhenti separuh jalan. Ni cerita orang yang dah lemah semangat. Bukan lemah lagi dah. Dah takde semangat dah. Pasti usahanya terhenti takat tu je.
Persekitaran memjadi faktor utama semangat yang berterusan. Selain itu juga motivasi diri perlu ada. Sebabnya memang selalu terjadi bisikan -bisikan halus berkata-kata pada telinga kita suruh buat itu-ini. Biasanya benda yang tak elok la. Contohnya seperti 'dah la tu... ko takkan berjaya punya... usaha bagai nak rak tapi takde ape-ape pun?'. Maka dengan hati yang tulus kita pun berfikir kepada kepenatan dan kemalasan yang meluap-luap. Hati dah mula pudar. Minat pun dah takde. Apa lagi la... berhenti je la.
Bila melihat akan kejayaan orang lain maka pelbagai persepsi yang timbul. Paling utama adalah 'mereka semua ni penipu!'. Kenyataan tersebut dilafaskan sebab kita merasakan diri tidak berjaya. Lu pikir la sendiri! Assalamualaikum (Nabil punya ni...)
Teruskan usaha saya dan korang juga.