Agak kelam kabut sikit beberapa minggu ni dan juga bulan ni sebab banyak perkara yang mesti dijalankan dengan serentak. Ikutkan memang perlu untuk menyelesaikan kerja satu persatu, tetapi bagaimana pula untuk sesuatu kerja yang mesti diselesaikan pada masa yang sama tempohnya? Itulah dia namanya tindakan yang fleksibel. Ikut sana sini semua boleh ikut. Janji kerja dan tugasan perlu disiapkan segera.
Apakah tugasan yang penting sangat tu. Ha... itu agak rumit sikit nak bagitau. Sebabnya kalau bagitau sekarang takut tak jadi pulak. Bila dah tak jadi malu lak rasa muka ini. Sebab pengalaman dah banyak kali mengajar. Banyak kali gagal. Tapi bukan bermaksud patah semangat dan tak nak berusaha lagi. Cuma berhati-hati je.
Secara kasarnya saya crita sikit. Pada ketika ini, saya sibuk dengan perancangan untuk menyiapkan beberapa projek. U all boleh tengok pada blog saya yang lain seperti di myenik.blogspot.com. Pada masa ini juga akan muncul beberapa blog baru yang saya kelolakan sendiri dan ada juga kongsi dengan member.
Satu lagi. Saya terlalu sibuk dengan merekacipta beberapa produk dan alatan untuk dikomersialkan di pasaran. Ape bende tu? Sorry, setakat itu je yang boleh saya crita. Ada masa nanti saya nak bagi sesuatu yang best bagi saya. Tunggu la...