Translate

Isnin, 18 Disember 2023

OverThinking dan Oveltine

Pada waktu sekarang ini terasa sangat cabaran dalam kehidupan seharian. Sepuluh tahun dahulu tidak sama seperti waktu sekarang ini. Banyak yang berubah. Berubah pada cara hidup, cara kerja dan rutin seharian juga banyak yang menunjukkan perubahan. 

Kini saya merasainya juga akan berlaku perubahan yang besar sekali. Tidak sama seperti dulu. Ianya lebih ketara selepas wabak covid19 melanda seluruh dunia yang menyebabkan banyak berlaku perubahan besar pada banyak sektor terutama sekali sektor ekomomi.

Bermulanya wabak Corona Virus dan kemudian Covid19 cara kehidupan saya berubah mungkin disebabkan SOP yang merubahkan cara hidup seharian.

Saya masih ingat lagi ketika PKP kali pertama diumumkan. Ketika itu saya baru dapat kerja baru sebagai agent jualan. Pekerjaan tersebut skop kerjanya perlu keluar mencari prospek. Namun disebabkan PKP dilaksanakan semua orang diwajibkan duduk di rumah sahaja. Segala aktiviti luar termasuk bekerja di luar kawasan tidak dibenarkan.

Disebabkan saya baru mula bekerja dan tidak ada apa-apa profit dan belum confirm lagi, saya diberhentikan kerja. Pada ketika itu saya berada di kampung isteri dan terpaksa menjalani PKP di kampung sehingga Hari Raya. Lama sangat tu.

Selepas itu saya balik ke rumah setelah dibenarkan balik dan PKP dilongarkan pada masa itu. Kemudian selepas itu PKP sekali lagi bersambung di rumah sendiri pula sehinggalah ke tahun berikutnya.

Dalam tempoh tersebut iaitu tempoh PKP dilaksnakan, satu pekerjaan pun tak dapat saya lakukan. Untuk buat kerja online juga terbatas kerana hanya ada smart phone saja. Komputer pada masa tu tertinggal di rumah. Setelah dapat balik ke rumah barulah dapat menggunakan laptop. Namun semuanya seperti sudah terlambat. Banyak benda yang perlu diubah dan dibuat. Kerja-kerja online saya sebelum ini sudah tidak relevant lagi pada masa sekarang. Untuk tukar bidang lain perlukan modal dan juga persediaan lain yang memerlukan masa.

Kemudian adakan pula program pengambilan vaksin. Untuk vaksin pertama saya ok. Tapi pada vaksin kedua saya mengalami gejala yang teruk. Kondisi jantung saya tidak normal malah mengalami beberapa simptom lain yang menyebabkan diri saya tidak seceria sebelum tu. Hampir 3 bulan saya sakit dan tidak mahu lagi ambil vaksin penggalak sebab takut kesan yang lebih buruk lagi. 

Selepas mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil ubatan herba dan melakukan senaman berkala, Alhamdulillah saya semakin pulih. Sehingga ke hari ini saya masih mengamalkan pengambilan herba bagi mengekalkan kesihatan walaupun saya sudah sihat. 

Selain itu kesihatan mental juga perlu diutama juga. Mengambil pemakanan yang sihat setiap hari dan juga amalan kesihatan juga penting. Cara kita berfikir secara positif dan tidak over thinking pada sesuatu perkara. Pemikiran kita mencerminkan diri kita sendiri. 

Amalan setiap hari dengan zikir-zikir mudah serta solat di awal waktu juga disarankan. Latih diri sentiasa positif boleh manjadikan diri kita kuat dari sebarang ancaman liar dan juga penyakit berjangkit. Pernah tak dengar ubati penyakit dengan minda positif? 

Kalau belum pernah, korang boleh cuba dan cari guru yang boleh mengajar teknik tersebut. 


Selasa, 21 November 2023

Teknik potong rumput

Masa muda remaja dulu kerja potong rumput ni memang dah menjadi kebiasaan aku. Lepas habis pengajian UTM, kerja yang mula-mula aku buat adalah kerja potong rumput.



Bukan buat kerja sendiri tapi kerja secara berkumpulan di bawah satu syarikat kontrak lanskap. Bukan tiada pilihan kerja tapi memang masa tu dah terjebak sebab syarikat sepupu dan kalangan pekerjanya pun dari orang kampung belah ayah aku. So tak kekok dan rasa seronok bekerja bersama. Masa tu pekerja Bangla, Indon atau Pakistan memang takde. Semuanya orang tempatan.

Kali pertama guna mesin potong rumput sandang ni memang agak kekok. Sebab tak biasa guna dan lagi pun kat rumah memang takde mesin sandang ni. Ada pun yang jenis tolak je.

Lama jugalah aku kerja potong rumput ni sampailah masanya aku dapat kerja lain yang berkaitan dengan bidang yang belajar dulu iaitu bidang elektronik. Walaupun dapat kerja baru, kerja potong rumput aku tak tinggal terus. Ada masa cuti hujung minggu aku buat kerja potong rumput secara sambilan dengan syarikat sepupu aku tu juga.

Tiada apa yang nak dimalukan dengan kerja potong rumput ni dulu. Walaupun aku ni jenis orang yang pemalu. Lagi pun masa kerja muka dan seluruh badan memang bertutup dan berbungkus. Dah macam ninja. Selain dari elak dari terkena batu dan sampah tutup muka juga boleh elak dari kulit terbakar sebab panas terik. Salin itu juga tak nak bagi orang nampak muka. Hehe...

Sekarang ni dah tua-tua pun masih potong rumput tapi bukan untuk cari duit lagi. Kalau balik kampung memang ada je aktiviti bersih laman rumah dan potong rumput. Guna dua jenis mesin iaitu mesin sandang dan mesin tolak.


Biasanya aku akan guna mesin tolak dulu dan kemudian masin sandang pula. Guna mesin tolak hasilnya rumput nampak sekata dan rumput yang dipotong dapat dikumpulkan dalam bekasnya terus. Kerja menyapu jadi kurang.

Mesin sandang pula guna untuk potong kawasan yang mesin tolak tak boleh lalu dan sempit. Selain itu boleh mengemaskan keadaan rumput yang tidak cantik.

Selepas selesai potong rumput, kemaskan kawasan yang dipotong dengan menyapu dan mengumpulkan rumput-rumput yang telah dipotong.

Rumput-rumput yang dikumpulkan boleh bakar atau dibungkus dengan plastik sampah dan diletakkan di satu tempat yang mudah untuk pekerja pembersihan ambil.

Nak tahu tak cara dan teknik betul menggunakan mesin potong rumput sandang? Insyaallah untuk post seterusnya nanti aku tunjukkan caranya.

Jumpa lagi.