Assalamualaikum. Salah ceria. Salam bersua kembali.
Sudah hampir ke pertengah tahun 2019. Banyak perancangan
telah dibuat. Namun hasilnya masih kesamaran dan ada juga yang tidak kelihatan.
Saya hanya tahu merancang. Selebihnya hanya tuhan yang Maha Mengetahui.
Bermula dari 2017 lagi beberapa perancangan rapi telah
dibuat. Antaranya adalah teknologi tenaga solar. Kurang popular di Malaysia ini
dan rata-rata ramai yang tidak faham cara penggunaan keseluruhan sistem tenaga
solar ini. Dengan adanya kemudahan elektrik grid (tnb), keperluan tenaga solar
mungkin tidak diperlukan. Belum ada keperluan dan belum ada masalah yang timbul
berkenaan dengan keperluan elektrik.
Tambahan pula kos pemasangan sistem tenaga solar mungkin
juga mahal. Walaupun kos pemasangan adalah sekali sahaja ramai yang memilih
untuk membayar bil elektrik setiap bulan. Ini kerana bil elektrik masih lagi
murah dan mampu untuk dibayar setiap bulan. Keperluan untuk menggunakan
elektrik solar tidak diperlukan.
Tapi target saya sebenarnya bukanlah menyaingi elektrik
grid. Sistem elektrik solar yang saya hasilkan banyak menumpukan kepada
pengguna di sektor ladang, kebun dan pedalaman. Selain itu saya menghasilkan
produk solar generator mudah alih untuk kegunaan mudah alih. Saya lebih
tertumpu kepada pengguna seperti itu. Tidak melibatkan penggunaan elektrik grid
seperti di rumah, pejabat atau kilang.
Ramai yang menganggap penggunaan elektrik solar adalah
semudah yang mereka fikirkan. Contohnya sekeping solar panel 20 Watt boleh
menghidupkan aircond sepanjang hari. Mereka akan berfikir begitu seolah-oleh
ianya seperti mudah. Begitu juga mereka beranggapan solar panel yang bersaiz
kecil boleh menghidupkan lampu sebanyak
lima biji selama 12 jam di waktu malam. Semua andaian tersebut menggambarkan
ramai yang tidak faham sistem elektrik solar walaupun pada pengetahuan asas.
Disebabkan kekeliruan ini beberapa projek solar saya tidak
dapat diteruskan atas sebab kekurangan modal dan kos harga yang mereka tidak
boleh terima. Setelah diberi penjelasan maklumat yang sebenarnya barulah tahu
akan kebenaran sistem elektrik solar yang sebenarnya terutama pada penggunaan
dan kos pemasangan.
Disebabkan itulah saya sedaya upaya untuk menghasilkan
produk elektrik solar yang murah dan mampu dipasang oleh semua orang. Walaupun
bahan mentah terpaksa dibeli dari luar dan harga kos bahan mentah mungkin sukar
untuk saya kawal. Apa yang boleh saya lakukan adalah menghasilkan sistem
controller sendiri. Di mana sistem tersebut dapat menggunakan solar panel yang
kecil sesuai untuk penggunaan besar. Manakala sistem lain seperti bateri simpanan
cas elektrik juga perlu dibuat ubah suai dan penambah baikan. Seperti sedia
maklum, bahan mentah seperti bateri adalah komponen yang paling mahal
berbanding bahan lain seperti solar panel.
Namun rancangan saya untuk menghasilkan sistem solar saya
sendiri mungkin ditangguhkan kerana tiada dana. Dana dan modal tersebut untuk
menghasilkan sistem yang benar-benar boleh diguna secara efektif tetapi kos
yang rendah berbanding sistem sedia ada dari luar.
Perancangan telah menemui kegagalan. Pemberi dana juga tidak
berminat dengan projek ini dan mungkin menganggap tidak memberi pulangan yang
besar. Namun begitu, saya tetap akan teruskan projek ini sementara berusaha
mengumpul dana yang cukup untuk melaksanakan projek ini satu hari nanti.
Saya pernah
menerima satu pertanyaan mengenai produk solar charger yang harga RM250 sahaja.
Fungsinya adalah untuk cas peranti USB dan menghidupkan alatan kecil yang guna
port USB sahaja. Individu tersebut dari Sarawak dan menyatakan berminat untuk
membeli produk solar saya ini. Kemudian dia menyatakan untuk letak solar
tersebut di rumah untuk menghidupkan lampu, kipas dan tv dan boleh guna selama
12 jam. Dia beritahu saya anak-anak dia mahu sangat menonton tv kerana di rumah
tiada bekalan elektrik. Dia hidup sederhana tetapi tiada keperluan elektrik di
rumahnya. Dipendekkan cerita saya tidak menjual solar charger saya itu
kepadanya. Anda boleh simpulkan sendiri.