Antara peluang yang diberi dengan peluang yang datang merupakan dua perkara yang sama saja jika difikir sambil lalu. Namun jika diteliti dengan mendalam ianya berbeza sebenarnya. Bergantung kepada pemikiran masing masing dan dari sudut mana ianya dilihat. Dari dahulunya saya suka mencari peluang atau dengan kata lain mencipta kerjaya sendiri. Mencari kerja sama istilah melakukan kerja sedia ada yang menanti seseorang untuk melakukan kerja kerja yang telah tersedia. Manakala mencipta kerja merupakan kaedah menghasilkan peluang kerja yang belum pernah ujud atau kerja yang baru untuk mula buat. Agak berbelit ye kepala otak ni.
Seperti yang sedia maklum pada waktu ketika ini saya sangat sibuk dengan kerja kerja projek. Antara kerja projek yang masih berjalan adalah projek sistem lapang sasar untuk tempat menembak. Ianya projek kemudahan bagi polis dan RELA. Insyallah pada masa akan datang pula banyak tempat tempat baru yang perlu dipasang.
Namun begitu selepas semua projek projek ini selesai atau tidak berada dalam keadaan mendesak, kerja rnd saya akan bermula semula setelah sekian lama ditinggalkan. Pada masa tersebut juga senarai produk akan dinyatakan secara rasminya. Apa pun saya akan umumkan juga beberapa produk yang akan dikeluarkan sebelum kerja rnd bermula. Senarai item ini masih belum disahkan secara rasmi tetapi ianya sekadar perancangan kasar sahaja.
Antara item produk yang dijangka akan dihasilkan adalah antaranya seperti set solar energy mudah alih, set metal detector, smart led message, psu, item sensoring, item smart security system, module pembelajaran elektronik dan banyak lagi. Penerangan terperinci setiap item projek tidak perlu untuk saya terangkan. Namun bagi item set metal detector, semua metal detector yang pernah dihasilkan dan dijual akan dihentikan pengeluaran dan penjualannya kerana memberi laluan untuk set metal detector yang baru. Manakala set metal detector yang baru ini pula hanya dikeluarkan versi terbaru yang belum ada dipasaran lagi.
Apa pun saya sendiri juga menunggu akan saat saat ini setelah semua kerja dan projek selesai atau tidak lagi dalam susana mendesak. Dan juga akan berlaku kerjasama untuk menghasilkan free energy generator.