Translate

Ahad, 7 Februari 2016

Sibuk bekerja

Assalamualaikum dan salam ceria. Begitu lama saya tak post hal hal yang berkenaan aktiviti yang dilakukan sebelum ini.  Jika dilihat pada post terakhir adalah pada bulan 10 tahun lepas.  Kini sudah pun bulan dua 2016.  Masa yang lama diambil sehinggalah saya berani untuk muncul di dalam blok ini.
 
Sebelum ini bukannya saya tidak memperdulikan kemudahan blog yang ada.  Memang banyak blog yang ada tetapi semuanya seperti mati tidak dikebumikan. 
 
Sehinggalah sekarang ini saya benar benar terlintas sejenak untuk menulis apa yang terkandung di dalam benak hati ini. Dikhabarkan saya kini tersangat sibuk dengan kerja kerja duniawi. Projek sana sini.  Outstation sana sini dan kerja yang pelbagai sehinggakan saya benar benar berserabut.
 
Puncanya sebab tiada perancangan yang betul dan pengurusan yang salah. Namun begitu, walaupun saya sedar akan masalah ini,  untuk permulaan saya ikut saja apa yang boleh saya buat.  Kemudian dengan perlahan lahan secara berterusan saya akan perbaiki perancangan. Bukan mudah juga ye.
Dengan pengalaman yang saya ada,  setelah bertahun tahun lamanya saya menimba pengalaman di dalam hal berkaitan dengan perniagaan dan juga mengurus projek,  Insyaallah saya mampu untuk melalukannya sendiri dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Saya masih ingat lagi dan merasakan kekesalan yang amat sangat setelah 3 syarikat yang pernah saya bernaung akhirnya musnah rebah ke bumi. Berpunca dengan banyak faktor.
 
Kini setelah kembali semula dan cuba bangkit semula dari kegagalan lalu,  saya berazam kembali untuk naik semula dengan percubaan sendiri.  Cuma bezanya kali ini saya akan bergerak sendiri. Tiada lagi partner,  tiada lagi rakan kongsi dan tiada lagi orang orang perantaraan. Hanya yang boleh saya terima adalah kerjasama bisnes dan team sekerja.  Tiada level yang membezakan taraf kerja. Kerja sama rata.  Sama sama susah,  sama sama dapat.
 
Pada rakan rakan di luar sana yang mengikuti perkembangan saya kini,  saya perlukan doa kalian untuk saya naik semula dan berusaha memberikan yang terbaik untuk kali ini.
Insyaallah,  selepas ni saya akan update aktiviti yang saya lalukan bersama sama dengan projek projek baru bagi tujuan promosi bisnes dan sebagai sumber rujukan umum. Apa yang saya lakukan ini sekurang kurangnya dapat memberi manfaat kebaikan untuk semua orang.
Nantikan juga aktiviti dan projek terbaru saya pada post yang akan datang.