Translate

Ahad, 21 Februari 2016

Projek-projek

Assalamualaikum dan salam ceria.
 
Untuk kali ini saya lebih selesa untuk menceritakan kesibukan kerja dan tugas sekarang ini.  Bermula dari sejak hujung tahun lepas selepas saya tidak lagi aktif menghasilkan produk saya sendiri.
Untuk menghasilkan produk sendiri bagi saya tiada masalah besar.  Hanya pada pengurusan masa dan sumber kewangan yang perlu dititik beratkan.  Sehinggakan saya sudah tidak dapat sentuhan ajaib lagi.  Tidak sama seperti dahulu.  Dahulunya saya aktif menghasilkan produk sendiri dan menjualkannya.
 
Apabila saya rasakan tiada sentuhan ajaib lagi,  maka saya ambil keputusan untuk menangguhkan projek lama saya untuk sementara waktu ini. Penangguhan dibuat untuk memberikan laluan kepada saya untuk keluar menimba ilmu dalam bidang pengurusan projek dan timba pengalaman dalam pengurusan juga dan bersama dengan kerja-kerja projek.
 
Hanya ilmulah yang menjaga kehidupan kita. Tanpa ilmu,  kita sukar untuk pergi jauh. Oleh itu saya telah ambil keputusan untuk mencari ilmu baru sambil bekerja disamping menerima pendapatan baru.
Projek lama saya tidaklah saya tinggalkan terus. Bukanlah bermakna saya buangkannya 100%.  Sampai masanya saya akan jalankan semula projek lama saya dulu.
 
Malah pada masa yang sama juga saya melakukan kerja-kerja R&D untuk produk-produk lama dan baru. Oleh itu terkini saya sudah kurang untuk menjual produk-produk saya sebelum ini. Saya lebih banyak melakukan kerja-kerja projek luar seperti projek pemasangan sistem lapang sasar untuk polis dan Rela beserta dengan projek yang melibatkan sistem PLC dan elektronik.
 
Insyaallah dengan kerja projek baru ini saya mengambil kesempatan untuk mempelajari sistem pengurusan projek dan menimba pengalaman daripadanya. Insyaallah setelah selesai kerja naik taraf produk lama saya akan kembali semula menjalankan penghasilan produk saya. Doa-doakan saya kemudahan dan keberkatan saya menjalankan semula projek lama saya semula.
 
Antara produk terbaru saya pada masa akan datang adalah produk metal detector digital,  produk inovasi low cost dan produk pembelajaran baru.

Ahad, 7 Februari 2016

Sibuk bekerja

Assalamualaikum dan salam ceria. Begitu lama saya tak post hal hal yang berkenaan aktiviti yang dilakukan sebelum ini.  Jika dilihat pada post terakhir adalah pada bulan 10 tahun lepas.  Kini sudah pun bulan dua 2016.  Masa yang lama diambil sehinggalah saya berani untuk muncul di dalam blok ini.
 
Sebelum ini bukannya saya tidak memperdulikan kemudahan blog yang ada.  Memang banyak blog yang ada tetapi semuanya seperti mati tidak dikebumikan. 
 
Sehinggalah sekarang ini saya benar benar terlintas sejenak untuk menulis apa yang terkandung di dalam benak hati ini. Dikhabarkan saya kini tersangat sibuk dengan kerja kerja duniawi. Projek sana sini.  Outstation sana sini dan kerja yang pelbagai sehinggakan saya benar benar berserabut.
 
Puncanya sebab tiada perancangan yang betul dan pengurusan yang salah. Namun begitu, walaupun saya sedar akan masalah ini,  untuk permulaan saya ikut saja apa yang boleh saya buat.  Kemudian dengan perlahan lahan secara berterusan saya akan perbaiki perancangan. Bukan mudah juga ye.
Dengan pengalaman yang saya ada,  setelah bertahun tahun lamanya saya menimba pengalaman di dalam hal berkaitan dengan perniagaan dan juga mengurus projek,  Insyaallah saya mampu untuk melalukannya sendiri dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Saya masih ingat lagi dan merasakan kekesalan yang amat sangat setelah 3 syarikat yang pernah saya bernaung akhirnya musnah rebah ke bumi. Berpunca dengan banyak faktor.
 
Kini setelah kembali semula dan cuba bangkit semula dari kegagalan lalu,  saya berazam kembali untuk naik semula dengan percubaan sendiri.  Cuma bezanya kali ini saya akan bergerak sendiri. Tiada lagi partner,  tiada lagi rakan kongsi dan tiada lagi orang orang perantaraan. Hanya yang boleh saya terima adalah kerjasama bisnes dan team sekerja.  Tiada level yang membezakan taraf kerja. Kerja sama rata.  Sama sama susah,  sama sama dapat.
 
Pada rakan rakan di luar sana yang mengikuti perkembangan saya kini,  saya perlukan doa kalian untuk saya naik semula dan berusaha memberikan yang terbaik untuk kali ini.
Insyaallah,  selepas ni saya akan update aktiviti yang saya lalukan bersama sama dengan projek projek baru bagi tujuan promosi bisnes dan sebagai sumber rujukan umum. Apa yang saya lakukan ini sekurang kurangnya dapat memberi manfaat kebaikan untuk semua orang.
Nantikan juga aktiviti dan projek terbaru saya pada post yang akan datang.