Assalamualaikum dan salam muhibbah.
Selepas saja habis hari raya aidilfitri dan hari raya korban, kerja-kerja saya menjadi tidak keruan. Banyak tugasan-tugasan yang saya terlepas pandang dan tidak mampu untuk menyiapkannya. Tambahan pula waktu itu pelbagai masalah timbul berkaitan dengan kerja kaijian dan produk-produk yang tidak berfungsi dengan baik. Saya terima sebagai satu tarbiah dari Allah.
Setelah menempuhi masa yang agak lama akhirnya sedikit masalah terungkai. Produk saya kembali berfungsi. Masanya yang begitu lama dan berhari-hari mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi. Kalau diikutkan habis semua ilmu-ilmu diperah semula semata-mata untuk mencari penyelesaian tersebut. Bagaikan mengulangkaji ilmu yang pernah saya belajar dahulu dan ditambahkan dengan sedikit pengalaman yang ada.
Kini Alhamdulillah ianya telah berlalu. Cuma masalah lain pula timbul dan semakin menjadi-jadi pula. Berikutan dengan itu banyak perubahan yang telah berlaku. Antaranya adalah perubahan jadual kerja, perubahan cara hidup, perubahan rutin harian dan perubahan cara riadah dan hobi. Semua berubah serta merta. Pasal perubahan ini tidak menjadi satu masalah besar bagi saya cuma hasilnya yang tidak memuaskan dan berada dalam keadaan parah sekali membuatkan saya bertambah kelam kabut.
Seperti yang ramai ketahui, saya sangat menggemari aktiviti yang berkreatif dan inovatif. S
aya juga minat dan ada bakat dalam art dan pelukisan. Semua ini berkaitan dengan cara kehidupan saya. Malah ianya sumber pendapatan saya. Namun jika ianya terganggu dengan masalah-masalah tadi, ianya memberi impak yang sangat besar. Ia mengganggu kelancaran perjalanan sebelum ini.
Apabila terjadi pelbagai masalah ini, timbul pula seribu satu perasaan. Yang paling utama sekali adalah pengorbanan.
Jadinya saya menjadi serba salah dan tidak keruan waktu itu. Manakan tidaknya, semua kerja, tugasan, aktiviti harian telah berubah. Saya pula bukan jenis orang yang multitasking. Kena pula kerja yang banyak dan banyak belum siap. Pendek kata semuanya saya perlu tanggung.
Dahulunya saya ada rakan niaga pun seperti sama juga. Malah tugas yang tidak sepatutnya saya buat, terpaksa saya yang lakukan juga. Jadi saya terlalu sukar untuk menyiapkan tugas walaupun tugasan telah pun dibahagi-bahagikan. Apa yang saya perlukan waktu ini adalah, orang yang boleh buat kerja dokumen, orang yang boleh menghantar atau pos barang pelangan, orang yang menyelia bahagian marketing dan orang yang boleh buat kopi ketika saya memerlukannya.
Disebabkan ini tugasan seperti pos barang menjadi lambat, tarikh kursus terpaksa ditangguh berkali kali, produk ebook banyak tak siap, R&D tak terbuat buat lagi dan macam-macam lagi. Semuanya atas bebanan saya. Namun begitu semua itu Insyaallah akan lancer sekiranya pembahagian kerja dan tugas dilakukan dengan baik. Tugas utama saya menjana idea, menghasilkan produk dan membuat R&D. Tapi sekarang saya perlu buat kerja marketing, sale, pembungkusan dan courier, kawal kewangan dan menjadi admin. Yang mana sepatutnya itu bukan tugas utama saya. Bila ini berlaku, tugasan saya mula terganggu dan terabai. Atau sebaliknya.
Sampai sekarang saya masih belum menjumpai satu team yang benar-benar bekerja demi tugasan masing masing yang diberikan. Sampai masanya nanti saya mungkin akan bekerja makan gaji semula sebagai kerjaya utama dan manakala bisnes menjadi kerjaya sampingan semula. Wallahua'lam.
Apa pun saya redha atas ketentuanNya dan sentiasa bersyukur.