Assalamualaikum. Salam ceria bertemu kembali.
Agaknya post untuk blog ini setahun sekali kot.... sebab tu lama sangat tak keluar.
He he he.... memang sekarang ini dan hari hari yang lalu aku berada dalam situasi busy. Sibuk dengan pelbagai urusan sehinggakan tidak dapat membahagikan masa untuk update blog. Bukan untuk blog ini saja tapi ada beberapa blog yang lain juga. Jadi nampak macam aku ni tak berapa pro pun untuk membahagikan masa dengan lebih pintar.
Saat aku mengarang blog ini ketika di waktu orang lain sedang nyenyak tidur. Aku bukan tak boleh nak tidur tapi tergerak hati nak mengarang sesuatu. Jadi inilah hasilnya yang boleh ditatapi.
Setelah sekian lama aku berada di dalam industri ciptaan aku sendiri sehingga kini, aku masih tertanya tanya halajutu apa yang aku telah rancangkan dan sediakan. Dah buat baru fikir halatuju, ada ke patut?