Suka tak bermain dengan rubik's cube? Kalau nak tau, kotak banyak kaler ni menjadi permainan kesukaan aku sejak aku umur 13 tahun lagi. Aku usung ke sana sini dengan benda ini. Aku suka bermain dengan benda ini. Pada umur tersebut aku dah boleh selesaikan paling cepat sehingga dua warna sahaja. Tapi susah nak selesaikan kesemua warna dengan lengkap.
Jadi sekarang ni aku lekat balik dengan benda ini. Setiap masa kalau aku nak rest kepala otak aku, aku akan bermain dengan rubik's cube ini sampai habis. Lepas tu aku akan sambung buat kerja balik.
Tapi ada satu kaedah lain lagi kalau nak selesaikan masalah rubik ni. Salah satu cara adalah dengan cabut semua dan pasang balik. Ha ha ha... memang senang tetapi macam tipu diri sendiri la. Untuk lebih drastik, lebih bagus selesaikan dengan cara yang betul. Ianya salah satu cara untuk tajamkan minda dan menguatkan ingatan.
Apa pun, jangan terlalu taksub pula bermain benda ni sampai lupa perkara lain dan perkara yang wajib.
Translate
Selasa, 14 Disember 2010
Sabtu, 4 Disember 2010
Sudah perhujung tahun...
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam ceria. Nampaknya kita sudah hampir ke penghujung tahun 2010. Cepat masa berlalu sehinggakan terleka yang kita ni sudah berada di penghujung tahun 2010. Aku serba sedikit merasai pelbagai kenangan manis mahu pun pahit sepanjang tahun 2010 ini. Ianya menjadi tanda-tanda yang bermakna bagi aku untuk dijadikan pedoman dan panduan untuk meneruskan lagi perjalanan kehidupan di muka bumi ini.
Sungguh bertuah rasanya jika Allah memberikan hidayah dan petunjuk dalam kita menempuhi kehidupan di dunia yang fana ini. Namun kehidupan perlu diteruskan walaupun kita tidak mengetahui apakah yang akan berlaku dan terjadinya pada masa akan datang. Ianya adalah satu perkara ghaib yang sememangnya kita tidak ketahui melainkan Allah.
Sepanjang 2010 ini banyak pengalaman yang menjadikan ia sebagai satu pengajaran. Mahu pun manis atau pun pahit, kedua-duanya sama ertinya dalam kehidupan. Apa pun Allah sebenarnya ingin menduga kita. Baik dan buruk itu adalah ujian dan dugaan dari Allah. Terpulang kepada kita untuk menghadapinya dengan macam-macam cara dan sebenar-benar anjuran adalah cara Islam yang benar.
Syukur Alhamdulillah kerana segala kenangan pahit yang aku lalui sebelum ini dapat memberi kesedaran dan impak positif dalam diri. Segala kesusahan juga sangat memberi kesan yang amat mendalam sehinggakan aku sedar yang aku ini adalah insan yang sangat lemah di sisi Allah. Tetapi aku sangat bersemangat apabila Allah menciptakan aku sedemikan rupa dengan sifat-sifat tersendiri. Segala kekurangan dan kelebihan itu anugerah Allah. Syukur.
Sudah terlalu lama aku berkecimpung dalam dunia rekacipta elektronik ini sejak hampir 20 tahun lamanya. Sepanjangan perjalanan yang pernah aku lalui aku menempuhi 1001 macam pengalaman, perasaan, emosi dan juga penerimaan. Demi Allah, jika bukan dari pertolonganNya sudah pasti aku akan hilang punca dan arah tujuan. Dan paling penting sekali adalah sabar dan yakin. Nasihat untuk diri aku dan kepada rakan-rakan adalah kita mesti banyak bersabar dan yakin kepada Allah. Sabar menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan serta sabar menghadapi perjalanan hidup. Apa akan jadi jika kita tidak sabar dan tidak yakin pada diri dan Allah?
Tiada apa yang hendak aku katakan mengenai kejayaan sebab kesan dari kegagalan lalu banyak memberi impak yang besar dalam diri. Aku sedar kejayaan tidak kekal selamanya. Dan kegagalan adalah suatu yang mesti kita elak dan tidak perlu ditakuti. Kejayaan pula adalah satu anugerah dan tidak perlu dipermegahkan sehingga melampaui batas. Cukup sekadar sentiasa bersyukur kepada Allah.
Perancangan aku tahun ini kurang mencapai target yang ditetapkan. Ini kerana perancangan untuk buka produksi kecil tergendala atas sebab tertentu yang menyebabkan aku sangat kecewa seketika. Tapi Alhamdulillah sebab perancangan tersebut telah terlaksana kembali dan dijangka selesai awal tahun hadapan. Namun sesuatu yang tidak aku rancang pula mendapat hasil yang tidak disangka-sangka. Manakala penjualan produk semakin meningkat naik walaupun bahagian produksi belum ditubuhkan secara rasminya lagi. Insyaallah akan beroleh kejayaan kelak.
Kini perancangan aku untuk tahun baru sudah dibuat jalan kerjanya. Menantikan saatnya untuk dilaksanakan tanpa perlu menunggu saatnya tahun hadapan. Aku rasa sangat sibuk dengan kerja-kerja dan usaha aku untuk melaksanakan pelbagai perkara yang wajib untuk aku selesaikan dan juga beberapa perancangan baru yang muncul. Bagi para pelabur saatnya sudah hampir tiba, Insyaallah. Nantikan masanya dan aku sangat berterima kasih atas bantuan dari segi wang ringgit mahupun peluang yang diberikan. Sampai masanya Allah akan membalas dan memberikan hasil yang ditetapkanNya.
Tahun ini aku banyak mencuba sesuatu yang baru. Baru bagi aku tetapi mungkin tidak bagi orang lain. Namun ianya satu saat yang sangat berharga dalam diri yang sepatutnya aku tidak patut lupakan. Bagi aku kejayaan dan kegagalan itu merupakan lumrah dalam perjalanan kehidupan. Aku perlu pandai untuk menilai, memilih dan melaksanakannya. Segala tohmahan dan pujian aku serahkan kepada Allah semata-mata. Pujian untuk aku bukan milik aku mutlak tetapi milik Allah. Tohmahan dan kejian pula datangnya dari kesilapan aku. Aku akui selalu melakukan kesilapan dan pada masa yang sama aku cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. Bukan kufur tetapi berusaha.
Kini atas sokongan keluarga, rakan-rakan, kenalan-kenalan dan pelbagai pihak, serba sedikit dapat memberikan suntikan positif untuk aku bergerak selangkah lagi. Begitu juga dengan kritikan yang terpaksa aku lupakan seketika bagi memberikan peluang kepada aku memperbaiki kelemahan. Semuanya aku serah kepada Allah.
Insyaallah. Segalanya baru bermula. Wallahualam.

Langgan:
Catatan (Atom)