Assalamulaikum. Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan juga para pengunjung blog lepak santai ini. Seperti biasa aku kekurangan masa untuk bersama-sama di dalam blog ini di kala aku masih mencari-cari waktu yang sesuai untuk update blog. Sela masa yang sangat jauh menjadikan blog ini seperti kekurangan info yang menarik dan kurangnya penceritaan.
Aku cuba untuk memaksakan diri ini untuk melakukan semua yang ada di dalam senarai tugas-tugas penting sehingga yang kurang penting. Tapi hanya sekejap saja. Itu pun sudah memadai. Nampak gayanya aku sudah terpesong dari hala tuju yang sepatutnya aku lalui betul. Seperti apa yang aku buat tidak mengena. Tapi pada hakikatnya aku sudah pun berada di landasan yang betul dan selesa. Cuma bisikan-bisikan halus sentiasa bermain di telinga aku ini supaya aku alpa dan lalai berpanjangan sehingga aku tewas kembali.
Aku hanyalah manusia biasa dan mempunyai iman turun dan naik. Hanya aku berharap supaya iman milik aku berada kekal di tahap tertinggi tapi aku tidak mampu bertahan lama. Bila naik, pastinya akan turun dan kemudian naik semula. Kita juga amat tahu keadaan ini dan Allah Maha Mengetahui.
Benar kata cerdik pandai. Benar kata para alim ulama. Benar kata orang berilmu dan benarlah kata orang-orang semua, masa yang tidak bijak digunakan akan merugikan aku. Hidup ini hanyalah sekali dan mati pasti akan terjadi. Aku juga faham dan tahu dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Ianya adalah perjalanan aku untuk ke negeri yang kekal abadi. Jadi, apalah sangat dunia ini jika dibandingkan dengan kekesalan yang melanda disebabkan masa yang berlalu. Amat kurang bijak rasanya.
Aku melalui banyak pengalaman yang berhubungkait dengan sikap manusia dan sejarah perjalanan hidup. Aku tahu semua manusia tidak akan sempurna. Pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Tapi bagaimana pula yang sengaja? Adakah ianya tergolong tidak sempurna? Mungkin ada alasannya.
Aku kini banyak melakukan kerja R&D dan cuba menghasilkan beberapa produk yang sesuai dikomersialkan. Tapi ada kalanya tergendala disebabkan kos. Buat masa ini kos R&D adalah dari simpanan aku je. Belum ada mana-mana pihak yang berminat untuk membiayai kerja R&D aku ini kecuali ada satu tapi tak menjadi sebab campurtangan orang ketiga. Tiada rezeki lagi. Cuma jika kerja R&D aku selesai, aku tidak mengharapkan mana-mana pembiaya sebab hasilnya dari R&D tersebut sudah melebihi kos pembiayaan. Yang pasti aku perlu bersabar dan bekerja setiap hari sehingga berjaya. Insyaallah.
Pada masa yang sama juga aku perlu menguruskan produk kreatif pula yang kian mendapat sambutan dari pada pembeli yang ingin membeli barang dan alatan jualan. Dengan hasil jual itulah yang akan membiayai kerja-kerja R&D aku selama ini. Jika kurang, maka lambatlah matlamat untuk siap. Apa-apa pun aku sentiasa lakukan yang terbaik.
Aku harap, rakan-rakan dapat memberi sokongan sepenuhnya usaha aku ini. Kini aku tidaklah mengharapkan apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana pihak untuk membangunkan keja-kerja R&D aku nih. Untuk masa ini aku banyak guna hasil dari jualan produk kreatif. Jadi, orang yang membeli produk dari produk kreatif secara automatik membantu aku membiayai kerja R&D aku. Cuma aku agak terkilan usaha aku untuk mohon gran disalahanggap seperti mahu guna kewangan itu untuk keperluan peribadi semata-mata dan orang yang tidak serius berjaya dapatkan gran tersebut dengan membeli kereta mewah dan melupakan kerja R&D mereka.
Lu pikir la sendiri... assalamualaikum....