Translate

Selasa, 12 Januari 2010

Projek Kabinet Telur Elektronik

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harap sihat hendaknya. Maaf aku pinta sebab lama tak berblog atas sebab sibuk dengan kerja dan projek yang sedang aku laksanakan bermula sebelum ini. Buat permulaan ini aku masih di tahap R&D lagi dan terlalu banyak benda yang hendak aku lakukan dan perlu untuk disiapkan.
Projek yang sedang aku lakukan adalah projek kabinet telur elektronik. Projek kerjasama dengan syarikat perabut di Rantau, Negeri Sembilan. Pada permulaannya aku buat projek ini di sana (Rantau) dan bergerak dari Semenyih semata-mata untuk menjayakan projek ini. Setelah siap rekaan kabinet tersebut tiba pula masanya tugas aku untuk mereka alat yang sesuai dipasang pada kabinet tersebut. Oleh itu kabinet tersebut dihantar ke Lab aku di Semenyih. Jadi senang la aku tak perlu berulang-alik ke Rantau. Apabila siap, kabinet ini akan dihantar semula ke Rantau untuk proses pengujian selama 1 bulan.

Untuk proses R&D projek ini memerlukan masa yang banyak untuk tumpuan sepenuhnya kepada alat yang hendak dipasang nanti. Rekaan litar kawalan sudah dilakukan, cuma tunggu masa untuk pemasangan dan pengujian pula. Siap saja, kabinet telur ini akan dihatar semula ke tempat untuk diuji.

Dalam sibuk membuat projek ini, aku tidak lari dengan beberapa projek lain lagi. Ada masanya aku terpaksa tangguh sementara projek kabinet ini untuk memberi laluan kepada projek alat pengesan 25 kaki. Masa terlalu suntuk, permintaan amat mengharapkan supaya siap cepat. Alat pengesan tersebut diperlukan oleh salah sebuah pihak yang menjalankan kerja cari gali. Mereka memerlukan alat tersebut dengan kadar segera dan memaksa aku untuk tangguh projek kabinet. Untuk itu aku melakukan kerja ini lebih masa sehingga lewat malam. Apa pun yang kita lakukan, Allah lebih Mengetahui dan Maha Merancang. Projek tersebut sukar untuk disiapkan kerana kekurangan bahan yang sepatutnya ada.

Sudah merata tempat aku cari satu bahan tersebut tapi masih tidak menjumpainya melainkan aku perlu order bahan tersebut dari Taiwan atau Hong Kong. Tapi perlu tunggu sehingga 3 minggu baru dapat. Masa yang suntuk membuatkan aku terpaksa re-design litar alat pengesan tersebut menjadi serupa dengan apa yang dikehendaki. Alhamdulillah, siap juga walaupun over time. Oleh itu tiba masa untuk pengujian pula. Alat berfungsi tetapi amat sukar untuk dikendalikannya. Hanya orang yang reka alat tersebut tahu cara menggunakannya. Kalau orang lain nak guna mestilah berpandukan manual. Tapi manual penggunaan aku tidak sempat untuk disiapkan kerana masa suntuk.

Alat tersebut diserahkan tanpa manual cara guna. Melainkan aku terpaksa menerangkan cara guna secara lisan. Apa yang pasti selepas ini, orang yang guna alat tersebut pasti sukar untuk mengendalikannya tanpa manual atau latihan yang betul.


Selepas siap projek kabinet telur elektronik, aku akan teruskan untuk menghasilkan alat pengesan terbaru untuk beberapa orang lagi yang menghendakinya.