Produk Baru Siapa Nak Order?
Aku kali ini rasa agak tak berapa sedap badan la. Badan sakit sana sini. Tapi bukan nak demam. Mungkin adalah masalahnya tu. Tak lama lagi aku akan keluarkan beberapa produk baru. Semua produk berasaskan elektronik. Tak kiralah apa pun janji elektronik. Sebelum ini seperti yang ramai dah tahu aku ni sibuk dengan kerja uji kaji dan R&D untuk beberapa produk baru. Semuanya aku reka sendiri. Tiru tu ada juga tapi aku upgrade jadi lebih baik lagi. Kalau diikutkan banyak juga produk yang akan aku hasilkan dan semua produk tersebut akan dijual di pasaran. Buat masa ini ada satu syarikat yang menjadi marketing aku punya produk. Usaha sama itu juga terjalin sudah sekian lama. Harap-harap berkekalan la. Apa pun tidak semua idea dan produk yang diterima. Ianya bergantung kepada kehendak syarikat tersebut. Ia memilihi beberapa produk yang sesuai dengan perniagaan mereka. Contohnya jika syarikat terbabit menjual produk berasaskan sistem kereta, tidak mungkin mereka menerima produk berasaskan p...