Pertama sekali aku ingin ucapkan terima kasih kerana korang kerana berjaya sampai di sini. Permulaan kata, aku ingin sekali meminta maaf sekiranya cara penyampai bahasa di dalam blog ini terlalu santai. Aku membahasakan diri aku sendiri dengan panggilan aku. Itu cara paling santai bagi aku. Tetapi jika berkawan, panggilan saya menjadi pilihan utama.
Blog ini adalah blog peribadi aku. Bukan tujuan untuk mengenakan sesiapa atau sebagai salah satu kaedah untuk memaki hamun seseorang. Bukan itu cara aku. Bagi aku sendiri, dimaki dan memaki bukanlah caranya dan ianya tidak boleh diterimapakai. Kalau dikritik, masih ok lagi bagi aku. Cuma aku tak pandai mengkritik orang. Aku hanya pandai bersabar dan mengharap sesuatu dari Allah.
Jika korang baca isi kandungan dalam blog ini, memang macam-macam ada. Yang merapu pun ada. Apa yang aku cerita berpandu kepada pengalaman aku dan juga aktiviti yang dijalankan. Sebab itulah ada macam-macam cerita. Maknanya blog ini tidak khusus kepada satu objektif dan tajuk tujuan. Ianya harmoni dan santai. Aku ada beberapa blog lain lagi, tetapi mempunyai topik khusus yang membincangkan mengenai objektif blog tersebut.
Aku adalah manusia biasa yang tiada apa-apa keistimewaan. Apa yang Allah anugerahkan kepada aku ianya satu kurniaan yang sangat besar pemberiannya. Segala kekurangan dan kelebihan yang Allah beri, aku terima seadanya sebagai seorang hambaNya. Oleh itu apa yang aku jadi pada hari ini adalah anugerah dan ketentuan dariNya yang tidak ternilai.
Aku sukakan teknologi dan pada masa yang sama aku pentingkan juga agama. Zaman sekarang adalah zaman teknologi. Di mana-mana teknologi sentiasa berlumba-lumba. Sehinggakan di barat lebih mempercayai teknologi dari kewujudan Tuhan. Apabila aku sukakan teknologi, maka aku sukakan pengkajian. Oleh itu setiap masa kau suka mengkaji. Setelah mengkaji aku akan mengolah idea dan berdoa semoga Allah memberi ilham dan ilmu yang jarang orang miliki.
Pada satu ketika, aku lebih suka mencipta sesuatu yang baru. Atau pun upgrade sesuatu yang sedia ada. Namun semua benda yang aku lakukan tidak pernah diketengahkan. Insyaalah, sampai masanya aku akan lakukan sesuatu yang sudah lama diharapkan. Bagi aku waktu sekarang ini paling banyak belajar dan menggandakan pengalaman untuk masa depan dan persediaan menghadapi pelbagai cabaran.
Aku suka berkawan tetapi aku tidak punyai ramai sahabat. Hanya segelintir sahaja. Walaupun begitu aku jarang bersosial melainkan dalam persatuan dan kelab bersama rakan-rakan yang sekepala giler-giler. Aku mempunyai kumpulan dan menyertai pertubuhan luar. Ianya berkaitan dengan pengkajian dan pencarian.
Secara kesimpulannya aku suka berkawan secara ikhlas dan tidak mengharapkan sesuatu kebendaan. Bagi aku kebahagian diutamakan. Tetapi amat sukar untuk memahami diri aku ini yang mempunyai personaliti yang flexible dan hanya beberapa orang tertentu yang boleh memahami. Bagi aku tidak perlu untuk sesiapa pun bersusah payah untuk faham pemikiran dan personaliti aku. Cukup dengan bersangka baik.