Assalamualaikum. Salam ceria, salam bersua kembali.
Sudah lebih dari setahun usia PKP sehingga ke hari ini. Namun pada hari ini PKP masih lagi berjalan seperti biasa.
Semasa PKP ini sebenarnya ramai yang telah terkesan dan ada yang menghadapi kesusahan hidup. Walaupun tidak kena pada semua tetapi ramai orang yang kena musibah ini. Termasuklah juga saya.
Sejak dari bermula PKP yang pertama lagi saya sudah menerima kesannya. Saya dapat merasai apa yang orang lain rasakan apabila dibuang kerja atau tidak boleh melakuka kerja. Kerja perlu dibuat untuk mendapatkan sumber rezeki wang ringgit. Wang ringgit inilah juga diperlukan untuk perbelanjaan diri dan keluarga.
Tidak kurang di situ masih ada yang pandai mengambil peluang berniaga online. Bagi perniagaan sedia ada juga mampu menaikkan sale berkali-kali ganda berbanding sebelum bermulanya PKP. Semuanya ada cara masing-masing.
Pendek kata, ada yang mendapat kesusahan dan ada yang memperolehi kesenangan berganda. Saya di sini doakan semuanya yang terbaik untuk semua orang.
Semua perjalanan hidup kita di dunia ini dipermudahkan serta memperolehi kejayaan yang besar.