Translate

Rabu, 24 Februari 2021

Aktiviti Semasa dan Selepas PKP

 Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali.

Terlalu lama saya tidak update blog ini atas sebab tertentu. Mungkin saya akan ceritakan apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan kehidupan saya yang menyebabkan blog ini sudah lama tidak update.

Ada sesuatu yang menarik yang akan saya kongsikan. Banyak sebenarnya. Cuma saya menjadi agak malas sikit kebelakangan ini. Mungkin atas faktor usia dan cara hidup yang totally banyak berubah sejak wabak covid19 melanda.

Sejak covid19 melanda dan sebelumnya adalah corona virus, banyak yang terkesan. Salah seorangnya adalah diri saya sendiri. Pendapatan bulanan agak terganggu dan berlaku banyak perubahan. Ianya menjadi satu mimpi ngeri yang mana ianya terpaksa dilalui. Bukan diri saya saja tapi untuk semua orang.

Dahulunya saya aktif dengan aktiviti pencarian atau metal detecting. Kemudiannya keadaan menjadi suram dan akhirnya terkubur. Seterusnya saya aktif dengan pembangunan tenaga solar. Saya melakukan kerja RnD sendiri sehingga mencapai apa yang saya inginkan. Viral sekejap sampai masuk paper beberapa kali. Kemudian terkubur juga.

Mana silapnya? Banyak faktor sebenarnya. Tapi saya tetap katakan ianya berpunca dari diri saya sendiri. Memang saya silap dan sentiasa melakukan banyak kesilapan dan akhirnya memusnahkan segalanya.

Kini saya bangkit kembali. Bangkit dalam keadaan kosong dan tiada apa yang boleh dijadikan modal. Modal wang ringkit mungkin tidak mencukupi tapi modal semangat dan ilmu mungkin boleh diharapkan untuk bangkit semula dari kejatuhan yang teruk.

Saya mengambil langkah dengan mengubah strategi baru dengan cara belajar mencari ilmu baru. Saya masih lagi dalam bidang metal detector dan tenaga solar. Masih lagi dalam bidang yang sama tetapi dengan kaedah yang baru. Dengan ilmu yang telah dipelajari ini Insyaallah ianya menjadi satu kemunculan kembali yang lebih baik dari sebelumnya.

Adakah saya akan beralih kepada bidang baru? Jawapan saya tidak. Saya tidak beralih bidang tetapi saya akan tambah bidang baru. Nanti saya akan ceritakan pada post selanjutnya. Saya akan ceritakan bagaimana saya bertindak bangun dari kejatuhan. Saya akan ceritakan apa yang telah lakukan untuk bertindak.

 Nantikan post seterusnya...