Assalamualaikum. Salam ceria.
Di bawah ini aku sertakan satu artikel mengenai masalah jantung yang berpunca daripada aktiviti yang sememangnya antara yang kurang sihat iaitu kurang tidur. Walaupun ianya antara sengaja dan tidak sengaja ianya boleh mengundang masalah seperti masalah kepada kesihatan jantung.
Aku nak bercerita mengenai hal aku yang pernah merasai masalah ini. Puncanya adalah kurang tidur yang terlalu kerap sehinggakan tidak memperdulikan masalah kesihatan yang akan timbul. Setelah mengamalkan aktiviti kurang tidur, masalah seperti denyutan jantung yang tidak stabil dan adakalanya berdegup laju serta lemah mental, menyebabkan aku resah ketakutan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti dikejarkan ke wab sakit jantung.
Mungkin kerja terlalu banyak dan perlu disiapkan cepat menyebabkan kita tidur lewat sehingga ke pagi merupakan faktor kebiasaan tidur lewat. Kawan-kawan boleh baca artikel di bawah ini nanti dan semoga ambil iktibar agar sentiasa menjaga kesihatan dan tidak terlalu mengcilkan hal tidur yang cukup. Lakukan tidur yang cukup dan jangan pula tidur yang terlebih had pula. Bagi aku ianya satu mimpi ngeri yang sangat menakutkan apabila jantung kita tidak stabil seperti ingin berhenti berdenyut pada bila-bila masa. Msa tu barulah terfikir anak bini, dosa-dosa yang pernah kita lakukan dan ingin melakukan solat taubat. Sekiranya jantung terhenti serta-merta, maka tamatkan riwayat dan tiadalah peluang untuk bertaubat lagi. Betapa adilnya Allah menciptakan tidur untuk kita. Jadikan tidur sebagai ibadat dan jangan asyit tidur sampai taknak beribadat.
Artikel
Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau.
Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.
Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. - Agensi
Translate
Selasa, 27 Disember 2011
Khamis, 1 Disember 2011
Sebulan Sekali?
Assalamualaikum.
Sebulan sekali ke? Takkan sebulan sekali je nak kena update blog? Nampak gayanya macam tu la...
Jadi mana yang tahu tu boleh agak akan kesibukan aku dengan kerja dan tugas. Apa pun aku terlalu penat dan perlu buat dan susun semula perancangan dengan lebih baik lagi.
Ok lah. Aku stop di sini. Saja nak test status guna tap dengan software baru. Insyaallah akan ada lagi update blog dalam masa singkat ini dan lebih banyak lagi.
Terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)