Sudah lama sangat aku tidak update blog ini dengan sempurna mengikut kebiasaannya disebabkan masa yang terlalu suntuk. Setiap hari aku banyak habiskan masa duduk di dalam lab dengan pelbagai kerja dan tugasan yang sangat-sangat untuk aku bereskan. Masa terlalu suntuk setiap hari ditambah pula dengan pelbagai desakan yang tidak keruan. Namun begitu aku masih boleh mengawal keadaan menjadi lebih baik dan stabil tanpa rasa panik dan bercelaru.
Di dalam lab aku banyak menggunakan masa untuk membuat beberapa kajian dan R&D beberapa projek yang sudah lama aku inginkan untuk dilakukan. Memandangkan dana yang terhad, aku mengalihkan tumpuan kepada perkara lain tetapi masih berkaitan dengan projek R&D. Ramai yang bertanya dan tidak memahami tugasan aku seharian. Malah ada yang mempertikaikan kerja aku kerana tidak tahu punca dari mana datangnya keuntungan yang aku perolehi. Bagi aku 'ya' memang benar. Memang sukar untuk melihat dari mana datangnya hasil yang selama ini aku usahakan. Itu kerja aku dan hanya aku dan Allah saja yang tahu. Apa pun puncanya, Allah jua yang memberi rezeki dan biarlah ianya menjadi rahsia yang sukar untuk dirungkaikan.
Mengikut beberapa puluh senarai idea yang pernah aku rekodkan, hanya beberapa dari idea tersebut sudah berjaya dilaksanakan selepas R&D dilakukan. Proses satu-satu R&D bukanlah selama beberapa hari seperti 7 hari, 10 hari atau 2 hari. Sebenarnya lama sehingga memakan masa beberapa tahun. Itu pun bergantung kepada idea yang kita ada. Sebagai contoh, projek telur ayam sudah menjangkau 2 bulan tetapi masih dalam R&D lagi. Selain itu alat seperti metal detector juga mengambil masa lebih setahun. Walaupun alat tersebut sudah pun terhasil sejak hampir 100 tahun dulu, apa yang aku lakukan adalah adalah lain dari yang sedia ada dan ianya adalah penambahbaikan. Satu lagi ianya adalah versi Malaysia, mengikut cuaca dan bentuk muka bumi di Malaysia.
Pada masa yang sama aku sibuk dengan menyiapkan proposal projek dan juga R&D yang pernah aku jalankan sebelum ini. Proposal yang siap akan dihantar ke Kementerian berkaitan dan kepada pihak-pihak tertentu. Sebelum ini juga selepas siap beberapa rekaan, proses seterusnya adalah membuat ujian. Ujian-ujiannya termasuklah ujian pengoperasian, ujian ketahanan dan ujian kebolehan. Selepas semua ujian tersebut lulus, barulah boleh lanjutkan kepada proses seterusnya pula. Dari situlah produk akan terhasil dan dipasarkan kepada umum atau kepada penjual yang berkelayakan.
Pada masa kini aku sedang menguji penetas telur ayam kampung sehingga 2 minggu proses pemerhatiannya. Siap saja, proposal projek tersebut akan dihantar ke Kementerian juga. Namun begitu, proses R&D sedang berjalan pun sudah ada pembeli yang berminat dengan mengusaha ayam kampung secara komersial dan juga secara kecil-kecilan. Apa pun ini produk keluaran orang melayu Islam dan diharapkan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan kelak.
*** gambar 2 orang yang sedang pegang alat adalah pembeli dan juga ditugaskan untuk membuat pengujian untuk projek kerja mereka. Dua alat fungsi yang sama tetapi kekuatan yg berbeza ditunjukkan pada gambar. Gambar last adalah proses modifikasi di atas breadboard.
*** gambar 2 orang yang sedang pegang alat adalah pembeli dan juga ditugaskan untuk membuat pengujian untuk projek kerja mereka. Dua alat fungsi yang sama tetapi kekuatan yg berbeza ditunjukkan pada gambar. Gambar last adalah proses modifikasi di atas breadboard.