Translate

Khamis, 26 Februari 2009

Selesai dari mengharungi pengalaman

Sudah terlalu lama aku tak update blog sehinggakan ramai yang dah blah dari blog aku ini. Sebabnya aku tak update blog. Seolah-olah aku ni dah mati. Tapi kini aku kembali lagi setelah sekian lama aku mengharungi hari-hari yang sangat bermakna buat diri aku. Kiranya macam pergi kursus jati diri la atau PLKN. Tapi korang jangan ingat pulak aku pergi PLKN.

Banyak punca aku tinggalkan blog ini dan beberapa blog aku yang lain. Kiranya aku nak memulakan cerita pendek dan ringkas untuk korang mengetahui ceritanya. Untuk cerita panjang, nanti aku akan keluarkan satu buku untuk tatapan umum dan ianya akan diterbitkan tidak lama lagi. Aku akan ceritakan pengalaman aku sebagai satu iktibar dan juga pengajaran berguna untuk korang yang mungkin akan mengalaminya seperti aku juga.

Dari pengalaman yang aku lalui sebelum ini ia benar-benar memberi banyak pengajaran dan peringatan selain dari mengajar aku cara hidup sebagai seorang manusia dan juga sebagai seorang usahawan yang sentiasa mengejar kejayaan. Kejayaan yang dikejar, kedukaan yang dapat. Pendek kata kegagalan yang diperolehi. Kini aku gagal dan kembali sebagai orang yang gagal. Pelik bukan? Orang selalu mengatakan berjaya kepada umum dan ia menjadikan satu kebanggaan. Tapi aku menjadi orang yang gagal. Boleh ke aku bangga? Boleh!

Isu kegagalan ini bukan suka-suka untuk aku perhebohkan dan dibangga-banggakan. Kegagalan ini memeritkan. Tapi disebaliknya juga ada keuntungan. Bagaimana? Tunggulah ye...