Baru baru ni saya ada pergi ke Segamat untuk ambil ubat anak kedua saya. Jauh juga perjalanan dari Kajang ke Segamat, Johor. Ikut perancangan saya akan ke sana ambil ubat dari pukul 10 pagi dan akan sampai Segamat dalam pukul 1 petang. Selepas ambil ubat dan terus balik semula ke Kajang. Ikut perancangan saya akan sampai Kajang dalam pukul 5 petang.
Namun itu semua perancangan manusia dan tuhan lebih berkuasa menentukannya. Apa terjadi? Saya sampai di Segamat pada pukul 4 petang. Ini berpunca dari masalah yang berlaku di lebuh raya Plus menuju ke Seremban yang jem teruk. Ada kemalangan melibatkan sebuah treler panjang yang terbalik melintang jalan dan menyebabkan barang muatan bertaburan di atas jalan dan menghalang jalan.
Sebabkan jem tersebut perjalan saya terganggu dan berakhir sehingga ke pukul 1 petang. Sepatutnya waktu begini saya sudah sampai ke Segamat. Tetapi lain pula jadinya. Setelah melepasi tempat kemalangan saya meneruskan perjalanan dan berhenti makan di Gemencheh. Selepas berhenti makan, saya meneruskan perjalanan semula sehingga tiba di tempat yang ditujui pada pukul 4 petang.
Selepas sejam saya pun balik semula ke Kajang pada pukul 5 petang dan sampai ke Kajang dalam pukul 8 malam. Hanya 3 jam perjalanan balik ke Kajang berbanding 6 jam pergi ke Segamat melalui jalan yang sama pergi dan balik.
Bila cerita pasal jem ni saya jadi macam fobia sebab dah banyak kali alaminya. Sebelum ini pernah alami kejadian yang sama tapi tempat berlainan iaitu di Semenyih ketikan balik dari kerja. Ada kemalangan lori terbalik juga dan menghalang jalan. Jarak nak sampai ke rumah dalam 1 km lebih je lagi. Tapi jemnya sampaikan kereta tak bergerak.
Satu lagi kejadian pada jalan yang sama, lori kemalangan dan melintangan jalan. Kali ini di atas jambatan. Jadi kenderaan tidak boleh elak untuk ikut mana-mana ruang. Masa kejadian tersebut saya sampai di rumah pukul 12 malam. Selalunya paling lewat pun pukul 8 atau 9 malam. Sejak dari tu saya dah serik. Kebetulan masa tu aircond kereta baru je rosak.